Kerana salah faham, Shahira Naydia memilih untuk meneruskan pengajiannya di luar negara. Dia rela tidak pulang ke tanah air kerana tidak mahu bertemu dengan Adam Afwa. Namun tak sampai seminggu berada di Malaysia, mereka bertemu kembali. Shahira Naydia seorang gadis yang berusia 24 tahun akhirnya pulang ke tanah air setelah 5 tahun berada di bumi United Kingdom. "Ya Allah, aku masih belum bersedia berjumpa dengan dia. Kenapa terlalu awal aku bertemu dengannya?" Adam Afwa merupakan CEO kepada syarikat AA Sdn Bhd, sebuah syarikat courier yang sedang meningkat naik di Malaysia. Jejaka tampan ini berusia 29 tahun dan merupakan kawan baik Sayf Iskandar, abang kepada Shahira Naydia semasa belajar. "Bila aku tengok Eyra, aku teringat pada arwah adik aku.."