sikapmu menawan hati

3.2K 40 6
                                    

Hari demi hari aku semakin suka berteman dengan Faiz kerana perhatian yang diberikannya.

Sedikit sebanyak aku tahu dari cerita Faiz tentang kehidupan sehariannya yang sibuk.
Kerja Faiz memerlukannya menumpukan fokus tinggi dan tak boleh ada kesilapan kerana akan buruk akibatnya.
Faiz akan meninggalkan fonnya ketika bekerja.
Dari setiap chat yang Faiz antar aku jadi tahu masa bila dia tak sibuk dan sebaliknya.
Kerana masanya sama je tiap hari.
Tapi Faiz akan lebih kerap chat bila dia tak bekerja alias cuti.

Tiap permulaan hari sapaan Faiz akan mengawali hari2ku
"morning sayang"
Aku balas "morning hai awak"
dah abis keje ke... Tanya ku.
"Ye sayang... Nak breakfast ni". Dengan team semua ada ni jawabnya.

Faiz akan bercerita apa yang mereka tengah makan dan sembangkan.
Dan Faiz tak pernah lupa mempelawa aku untuk join sekali dengan diorang.
"Jomlah syg meh join kitorang breakfast"
Aku cakap"meh awak jemput sini"
Faiz akan gelak "alaaa kalau dekat dah amik syg, bak duduk sini" katanya
Aku akan cakap lagi xpela"meh tapau antar dg grabfood" Ahaha
"Grabfood tak sampai situ la sayang" katanya.
Aku akan cakap"alaaa"majuk konon-konon haha.
Dengan cepat Faiz akan memujuk aku.

Dan chat aku dengannya berterusan sehingga diorang habis breakfast.
Gurau senda, gelak ketawa sentiasa ada dalam setiap perbualan antara aku dengan Faiz.

Faiz akan bercerita tentang kawan2 kerjanya.
Dia juga akan bercerita yang dia sentiasa dibuli oleh kawan2nya sebab dia seorang yang paling berani antara mereka berlima...

Nanti aku cerita pasal kawan2 Faiz pula ye..
Korang jangan lupa komen n vote untuk aku lebih bersemangat lagi okey...
Tata😍😍😘

Terlarang Itu Indah Where stories live. Discover now