Cerita Gay Melayu
#1 Kehangatan di Kebun Getah
Kisah ini telah pun berlaku pada tahun 3 tahun lepas semasa aku baru lepas menamatkan SPM. Waktu itu, ayah menyuruh aku balik ke kampong untuk menjaga rumah atuk dan nenek memandang kedua-dua mereka telah dibawa oleh Pak Long untuk menjalani rawatan panjang. Oleh kerana aku sudah tiada sebarang kerja lain yang boleh mengisi masa lapang aku, aku terus bersetuju dengan suruhan ayah. Selain itu, bukan aku seorang sahaja yang akan menjaga rumah kampong memandangkan abang sepupu aku, abang Farid memang berada di sana untuk membantu atuk menoreh getah.Pada hari aku sampai di sana, abang Farid telah pun menunggu aku di perhentian bas yang terletak di hulu kampong. Nasib baiklah abang Farid sudi menjemput aku, jika tidak; terpaksalah aku menapak lebih kurang 3km untuk sampai ke rumah. Seperti biasa, aku bersalam dengan abang Farid. Orangnya berkulit sawo matang, lebih kurang sama tinggi dengan aku dan mempunyai senyuman yang manis membuatkan aku tertawan sedikit.
Oleh kerana, abang Farid merupakan anak kelima dalam keluarga Pak Long, juga salah seorang saudara aku sendiri; terpaksalah aku menyorokkan perasaan itu.
“Dah lama tunggu ke abang ayid?”tegur aku sebelum membonceng motorsikal yang ditunggang oleh abang Farid.
“Takdela Is. Baru aje......tadipun abang jumpe kawan kat sini.”jawab abang Farid dengan ringkas.
Suaranya lembut dan tenang sahaja, bagi aku amat padan dengan paras rupa abang Farid yang agak tampan itu. Dalam diam-diam, aku mula meminati abang Farid biarpun di bawah kesedaran aku.
Pagi itu aku bangun agak lewat memandangkan malam tadi, aku habiskan masa berbual-bual dengan abang Farid tentang banyak hal sehingga pukul 2 pagi. Aku bangkit dari katil dan mula melihat-lihat di sekitar rumah. Agak lama juga aku tidak balik ke kampong sejak dari aku tingkatan 3 lagi, selalunya atuk dan nenek sahaja akan datang ke rumah aku sambil menjenguk adik-beradik ayah yang lain.
Aku mencari-cari abang Farid dengan harapan yang dia sudah balik dari kebun, namun kelibatnya masih tiada. Jam baru menunjukkan pukul 11 pagi, aku terus ke dapur dan mendapati abang Farid telah menyiapkan nasi goreng untuk aku.
‘Dahla hensem, suara sedap lepas tu pandai masak....untungnye sape dapat’, getus akudalam hati sambil menjamah sarapan yang disediakan.
Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi derum motorsikal melewati halaman rumah membuatkan aku pergi ke tingkap untuk menjenguk. Kelihatan abang Farid sedang meletakkan motorsikalnya di dalam pondok kecil di tepi rumah. Kemudian abang Farid muncul semula tanpa memakai baju dan menghala ke dalam rumah.
Aku melihat sahaja betapa indahnya badan milik abang Farid itu, ototnya memang mengiurkan. Lagi-lagi dengan jeans lusuh yang dipakainya, membuatkan aku terpesona. Bahkan mahu sahaja aku meluru untuk memeluknya erat-erat.
“Is dah sarapan?”tanya abang Farid sejurus dia perasan yang aku asyik memerhatikannya.
Aku terus tersedar dari lamunan panjang. Segera aku menganggukkan kepala untuk menyembunyikan perasaan malu aku. Cemas juga aku jika abang Farid tahu aku sedang memerhatikan tubuh badannya yang mengiurkan itu. Namun mata aku tetap tidak lepas meneliti setiap inci tubuh badan abang Farid sehinggalah dia hilang di balik pintu bilik mandi.
Baru sahaja aku hendak naik ke atas rumah, kedengaran pula suara abang Farid memanggil nama aku.
“Ye bang ayid? Nape?”soal aku pabila aku rapat di pintu bilik mandi.
“Tolong ambilkan tuala untuk abang. Lupela nak amek tadi.”pinta abang Farid.
Aku segera masuk ke bilik abang Farid dan mengambilkan tuala mandinya. Kemudian, aku hulurkan di atas pintu mandi itu.