Bab 43

373 26 3
                                    

My energy will always match yours. So if my energy is off then go check yours, honey.

Terlepas gelak kecil Arian bila Ayra sejak tadi bersin tanpa henti.

"Kesiannya dekat dia." Arian ukir senyuman kecil. Nak gelak lebih lebih kasihan pula pada isterinya itu.

"Penat tau." Ayra henyak kepala ke riba Arian. Serentak itu matanya dipejam rapat.

"Siapa suruh cari penyakit? Pergi mandi hujan dekat luar, dah jadi macam ni tahu pula tak larat." Jemari Arian kini bergerak memicit lembut hidung Ayra.

"Lifeline."

Ayra menggumam perlahan. Matanya masih terpejam rapat. Namun, bila hanya helaan nafas Arian yang kedengaran terus saja dia buka sedikit kelopak matanya.

"Kenapa ni?" Ayra bangkit dari posisi baringnya. Terus saja dia duduk bersila berhadapan Arian.

"Ada benda abang nak cakap." Arian ukir senyuman. Namun, ianya tak mampu menepis prasangka buruk yang kini menguasai minda Ayra. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena. Pasti.

"Benda? Cakap je lah."

"Abang..."

Ayra sabar menanti. Baru Arian hendak sambung ucapannya, bunyi deringan telefon menghentikan tingkahnya. Pantas dia bangkit dari duduk kemudian mencapai telefon di atas meja.

Matanya memandang seketika nama yang tertera pada skrin tersebut sebelum beralih memandang Ayra yang terkelip kelip di atas katil. Nafas di hela perlahan sebelum jemarinya menggesek permukaan skrin. Telefon ditekap ke telinga. Serentak itu kakinya melangkah keluar dari bilik tidur mereka.

Ayra bungkam. Rasa sangsi menghenyak mindanya. Sebelum ini Arian akan menjawab panggilan walaupun Ayra turut berada di situ. Senang kata, Arian sekadar membiarkan Ayra memasang telinga mendengar perbualannya. Tak ada rahsia. Justeru, tingkah Arian kali ini menimbulkan syak wasangka pada Ayra. Perlahan dia tegakkan duduk. Beristigfar di dalam hati. Menepis sekala keraguaan yang pada akhirnya akan menggoyahkan kepercayaannya.

"Abang kena keluar."

Suara cemas Arian buatkan mata Ayra beralih memandang tubuh tinggi itu.

"Ke mana? Ayra nak ikut, boleh?" Buru buru Ayra bangkit. Langkah Arian diekori rapat.

"Tak boleh." Arian menggeleng tanpa menoleh. Tshirt ditubuh dicabut sebelum di campak ke dalam bakul.

"Tapi-"

"Tak boleh, lifeline." Kali ini Arian berpaling. Kepala Ayra diusap seketika.

"Kenapa?" Ayra yakin membalas tatapan Arian. Ada resah di bening mata itu. Ada gelisah yang cuba lelaki itu sorokkan.

"Lifeline, I need to go. I'm sorry. Truly sorry." Arian menunduk mencapai jemari Ayra. Digenggam erat sebelum dikucup syahdu.

"I'm sorry, lifeline. But please... Trust me..."

Melihat akan tingkah Ayra dia kian yakin ada sesuatu yang tak kena. Jikalau tidak, masa kan Arian bertingkah sebegini. "Abang..."

Mata Arian beralih memandang isterinya.

"Tak apa. Pergi lah. Ayra gurau je. Lagi pun, Ayra nak rehat. Kepala ni rasa berat sikit lah." Ayra ukir senyuman pahit. Hatinya berkobar kobar hendak tahu apa yang Arian sembunyikan. Namun, mendesak bukan caranya. Tak mengapalah, pasti akan tiba saatnya Arian sendiri yang akan berterus terang padanya.

Arian mengangguk. Bibirnya berlabuh pada dahi Ayra.

 Bibirnya berlabuh pada dahi Ayra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kerana CintaWhere stories live. Discover now