Bab 2

1.6K 17 0
                                    

JIDIN merasakan pengalaman nya pertama kali dating dengan NOR macam cerita atau file cinta tahun 70an dan mereka berdua bagai pasangan yang baru berkenalan semalam.NOR masih kekok untuk berjalan beriringan dengan nya,cubaan Jidin untuk memegang tangan nya di tolak mentah mentah oleh Nor.Jidin bagai nak tergelak bila memikirkan nasib baik lah mereka menaiki kereta untuk bergerak,bayangkan kalau mereka berjalan kaki atau menaiki bas,mahu dia ketinggalan satu km dari Nor. Mereka tidak banyak bercakap walau pun ketika makan,Nor hanya bercakap ketika memesan makanan ,namun riak wajah nya tidak menampakan NOR tidak suka atau marah kepada nya. 

 Bila di tanya dan di minta memilih warna tema majlis dan pakaian untuk bersanding,Nor hanya  mengatakan 'terserah pada emak nya'.Dia hanya bercakap bila mereka membuat senarai barang barang untuk hantaran.' Pandai pulak dia nak memilih keperluan dan jenama untuk dia'bisik hati Jidin.Agak nya dia telah di progremkan menjadi robot oleh emak nya' bisik hati Jidin lagi. Bagi barangan untuk Jidin dia hanya mengangguk dan menerima sahaja senarai  yang di beri oleh Jidin.

Cubaan Jidin untuk 'menggatal ' pun gagal " Boleh  tahu Nor pakai saiz apa untukbra dan panty" tanya Jidin selamba." Buat apa tanya,itu bukannya  nak buat hantaran" Balas Nor segera."adui,macam ini punya gaya ,ada juga pengantin tidur di malam pertama menghadap dinding' langsung tak boleh di bawa berunding' keluh hati kecil Jidin.Paling tragis bagi Jidin bila ajakan nya untuk menonton wayang bukan sahaja di tolak,malah dia di sindir" Alah bukan nya nak tenguk wayang,sengaja  nak buat wayang lah tu"kata Nor. Dalam perjalanan pulang Jidin sempat membelikan makanan untuk mereka makan malam dan sempat dia berfikir,'patut lah dia tak ada boyfriend selama ini'. 

Semasa makan malam dirumah,Kak Su menanyakan cerita apa yang di tonton tadi,Jidin hanya menjawab "Tanya lah Nor,lupa pulak apa tajuk nya" jawab Jidin." tajuk nya ,jangan hendak mengada ngada " balas Nor membuatkan Kak Su dan Jidin tertawa. Nor terus meninggalkan mereka di meja makan dan terus pergi ke ruang tamu." Jangan lah ambil hati,biarkan dia" ujar Kak Su .Semakin dekat tarikh,semakin lah sibuk Kak Su membuat persiapan sedangkan NOR buat macam tiada apa yang mahu dilakukan melainkan urusan menjemput kawan kawan dan saudara mara. Jidin terfikir juga betul ke NOR menjemput mereka semua itu? Apa kata dia sengaja membuat silap atau buat buat lupa? 


Majlis akad nikah di langsungkan sehari sebelum majlis persandingan iaitu pada petang JUmaat dan malamnya di adakan khatam quran dan majlis berinai.Darigambar gambar yang di hantar oleh jurufoto resmi,NOR memang terserlah kecantikan dan fotogenik. Dia memang mewarisi kecantikan dan keayuan ibu nya semasa muda dahulu.Mak pengantin perempuan tidak kalah juga dengan penampilan ala ala artis Indonesia dengan pakaian gaya kota Singapura . Pasti ramai duda duda tu adi kampung itu yang tangkap leleh punya melihat penampilan Kak Su.

Bagi Majlis Persandingan yang dilangsungkan jam 12.30 hari,NOR dilihat oleh Jidin sebagai jelmaan sang bidadari dengan tatarias yang di datangkan khas oleh ibunya dari Kota Singa dengan penampilan yang punya kelainan ,maklumlah itulah satu satunya anak untuk di raikan.Jidin tumpang seronok melihat NOR begitu gembira dengan susana yang cukup meriah dis amping sajian istimewa sentuhan Arab dan Melayu dan diselenggarakan secara gotong royong oleh penduduk setempat yang masih punya ikatan persaudaraan baik di pihak NOR mahu pun Jidin.

Oleh kerana mereka sekampung,maka majlis bertandang di rumah Jidin di adakan selang dua hari sahaja dengan konsep hiasan dan makanan yang berbeza.Majlis agak ringkas tapi meriah dengan kehadiran jemputan yang lebih ramai dan  penampilan khas gang abang motor dari kakitangan jabatan jabatan di bandar itu yang mengiringi perarakan pengantin dari rumah NOR ke rumah nya .Persembahan kumpulan artis tempatan dan jemputan menambah meriah majlis sebagai tanda terimakasih Jidin  atas sumbangan dan bantuan mereka.Berbaloi bagi Jidin yang 'meninggalkan' isteri' barunya sebaik sahaja selesai majlis disana,bagi menumpu kan kepada persiapan di rumah nya sendiri dengan bantuan abang dan kakak nya yang duduk agak berjauhan .

Pada malam itu juga Jidin tidak sempat bersama dengan NOR kerana sibuk melayan saudara mara yang datangdari jauh di samping membantu kerja mengemas barang barang dan peralatan ,Jidin telah memaklumkan kepada NOR dan dia di temani sepupu nya yang turut menjadi juru soleknya.NOR puntidak lah kekok bersama sanak saudara sebelah Jidin kerana telah mengenali mereka terutama adik beradik dan anak anak saudara nya.mereka puntidak menyangka NOR telah dewasa dan menjadi isteri Jidin.   

  

B 20,Pakej Kak Su 2.0 #Where stories live. Discover now