Selesai aku mandi mereka semua bersedia untuk pergi ke dewan makan untuk bersarapan pagi,kawan-kawanku yang lain telah bergerak ke dewan makan terlebih dulu,aku pun berlari megejar mereka takut ditinggalkan,tiba-tiba aku dilanggar oleh seseorang iaitu Fariz,aku terus bangun dan memandang Adam lalu dia berkata "Mata kau letak kat mana!!dahlah gemuk ada hati nak berlari, macam gajah aku tengok kau ni"
"Sabar Aina sabar"kata Mia dalam hati lalu dia pun berkata "sorry awak saya nak cepat tadi , tak perasan pun ada awak"kata Aina kepada Fariz.
"Kau tengok apa kau dah buat kat baju aku, dasar gomok kau ni memang merosakkan mood aku pagi-pagi ni" tengking Faris sangat kuat menyebabkan pelajar yang lain mengintai di tingkap dewan makan.
"Sorry awak saya tak sengaja" kata Aina
"sorry, sorry!! takde aku nak kau pergi cuci baju aku, lepas habis makan nanti jumpa aku dekat depan dewan"kata Faris
Aina hanya mampu tersenyum kelat dan pasrah apabila mendengar ayat yang diperkatakan oleh Faris tetapi dalam masa yang sama Aina hanya mampu menyatakan perasaan tidak puas hati kepada Faris di dalam hatinya sahaja.
" Ehhh mamat ni dia yang langgar aku, aku pulak dipersalahkan dahlah siap suruh aku cuci baju dia, banyak cantik muka, nasib baik handsome kalau tak tak adalah maknanya, aduh Aina boleh pulak kau puji dia" kata Aina sambil menepuk mulutnya.
Adam yang hairan melihat tingkah laku Aina pun berkata " kau dah kenapa tepuk tepuk mulut bagai kau mengata aku eh" tuduh Faris.
Aina dengan cuak membalas " mana ada saya mengutuk awak.
"Habis tu kenapa kau cuak bila aku tegur ha" tuduh Faris lagi.
"Tak awakkk saya tak mengata awakk punn" kata Aina untuk meyakinkan Adam.
" Kalau aku dapat tahu kau mengata aku siap kau ehhh, dahhh kau pergi makan dulu pastu habis makan jumpa aku depan dewan makan" kata Faris.
"Baik awakkk" balas Aina pendek dan terus berlalu untuk ke dewan makan. Sesampainya dia di dalam dewan makan kawan-kawannya pun bertanya, "na nape kau lambat? Bukan kau dekat belakang kitorang ke tadi?"
Aina pun menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku yang menyebabkan dia tak dapat mengejar kawan-kawannya.
"Lahhh mamat tuuu punn, dah tahu salah bukan nak mintak maaf, dia boleh pulak salahkan orang lain pulak sebab langgar dia eeeeee geramnyeee akuuu" kata Fatin dalam keadaan yang geram.
"Tah pape tah mamat poyo tu" balas si mia pula
"Jadi nanti kau kene jumpa si Faris tu lah kann, tanya iman pula.
"Ye aku kena jumpa si Faris tu sebab nak cuci baju dia", kata Aina dengan muka monyok.
"Dah dah dah, makan dulu nanti sambung borak lagi, kang asik borak kang tak habis makanan tu membazir lah pulak" kata si Nia.
Skip...
"Korang pergilah balik asrama dulu aku nak jumpa si Faris pulak" kata Aina kepada kawan-kawannya selepas selesai mencuci pinggan.
"Okeyyy, jangan lama sangat" balas Mia.
"Baik boss" kata Aina sambil melakukan tabik hormat.
Aina pun terus berlalu dan berjumpa dengan si Faris
"Kau asal lambat, kau tahu tak hari ni panas nak mampus, kau ingat kau tuan puteri ke aku nak tunggu bagai" kata Faris dengan kasar.
"Sor...ry lah, saya baru je habis makan tadi tu yang lambat sikit" jawab Aina dengan gagap.
" Ish kau ni makan pun terhegeh-hegeh, nah ni baju aku, aku nak kau cuci baju tu bersih-bersih, kalau tak bersih baju tu siap kau" kata Faris lagi.
"Baikk awakk, ni saya kene hantar baju ni bila kat awak?" Tanya Aina.
"Hari Isnin lepas kelas aku nak baju tu jumpa kat sini dan pastikan baju aku wangi kalau tak aku suruh kau cuci sampai wangi, kau ingat eh gemok" kata Faris lagi dan berlalu pergi
"Fuh lega, dasar mamat poya dahlah suka hati nak megarah aku", kata Aina sambil menuju ke asrama.
Skip...
Sesampainya di asrama kawan-kawan pun menyerbu Aina dan bertanya apa yang terjadi dan dia pun menceritakannya.
"Tadi masa aku jumpa dia, dia boleh marah aku cakap lambat pastu dia kata lagi, kau ingat kau tuan puteri ke aku nak tunggu" cerita Aina.
"Alah mamat poyo tu, kau bukan nye lama pun makan tadi, tah tah dia pun sama baru habis makan" kata Fatin
Mereka semua yang mendengar apa yang dikatakan oleh Fatin pun menganggukan kepala tanda setuju dengan ucapan Fatin.
"Pastu kau kene bagi baju dekat dia bila?" Tanya Mia
"Dia suruh aku hantar baju ni dekat dia hari Isnin nanti" kata Aina.
"Ohhhhh" balas kawan-kawannya yang lain
"Dahlah jangan cerita pasal mamat poyo tu lagi..ni aku nak tanya korang nak outing tak ni.. kalau nak aku nak hantar buku kat warden nak minta tandatangan" tanya Nia
"Wehhhh nakkk, apa kata kita gi tengok movie nak ada cerita baru keluar, alah yang Zul Ariffin dengan Syafiq Kyle berlakon tu. Apa eh tajuk cerita tu aku lupa lahh" kata Iman
"Tak silap aku nama cerita tu Sheriff Narko Integriti" jawab Aina.
"Jom lah pergi weyyy, aku nak tengok abang handsome Aku" Kata Imam
"Ish budak ni gedik betul nak tengok abe handsome dia tu" kutuk Fatin
"Suka hati aku lah, kau minat ngan artis Korea aku tak kesah pun" jawab Iman lagi.
" Dah dah jangan nak gaduh-gaduh esok kita pergi tengok cerita tu okk" kata Mia untuk menghalang pergaduhan manja antara iman dan Fatin. Mana taknya si Fatin minat dengan artis Korea tapi si Iman pulak minat laki macam Zul Ariffin tu.
"Ok kalau macam tu bak sini buku, aku nak hantar ngan warden, pastu aku nak singgah kantin jugak nak beli makanan korang ada benda nak kirim ke, kalau ada bagi tahu aku nak bersiap ni" kata Nia
"Nah buku, pastu fatin nak air susu kotak, Iman nak coklat aku pulak nak apa apa je yang ada aku makan je janji bukan daging dengan seafood" kata Aina.
"Okk aku ngan Mia gerak dulu ehh" kata Nia kepada Aina.
"Aina baju Faris Jangan lupa cuci, kang tak pasal-pasal kene marah lagi" kata Mia untuk mengingatkan Aina.
"Ya Allah aku lupa, nasib baik kau ingatkan kalau tak habis lah aku" balas Aina sampai tepuk dahi.
"Dah agak dah, mesti kau lupa" kata Mia.
"Dah aku pergi dulu apa apa ke cht aku kalau nak tambah apa apa" kata Nia.
Bersambung....
Nak saya sambung ke? kalau nak komen nak
Terima kasih sudi membaca.
YOU ARE READING
SANG PEMILIK HATI
RomanceCerita ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang mempunyai bentuk badan yang gemuk yang menyebabkan dia selalu dibuli oleh rakan sekolahnya. NUR AINA NADIRAH -Seorang yang gemuk memyebabkan dia selalu dibuli oleh rakan sekolahnya tidak ki...