~BLURB~

1K 14 0
                                    


Perjalanan menempuh hidup dalam kolej atau universiti bukanlah satu misi yang mudah. Tapi untuk mendapat segulung diploma, dia sanggup berjauhan dengan keluarga untuk mencapai hajatnya.

--------------------------------------------------------

"Awak sebenarnya suka saya kan? Cuma awak tak berani cakap sebab saya lecturer awak" soal Encik Mustafa.

Sudah lama dia pendam soalan ini. Akhirnya dapat jua dia luahkan apa yang dia cuba usir dari fikirannya tapi tidak berjaya setelah melihat perlakuan gadis muda itu.

"Baguslah kalau encik Mus perasan. Saya bukan tak berani cakap, tapi saya hormat status encik sebagai suami orang. Sepanjang saya hidup ni, tak pernah terlintas dalam kepala saya untuk menjadi penyondol dalam rumah tangga orang lain" balasnya dengan senyuman kelat.

Dia tidak akan menafikan tentang perasaan dia pada lelaki dewasa itu tetapi dia juga tidak berkeinginan untuk pergi sejauh itu. Dia tidak berniat mahu menjadi orang ketiga atau berkahwin dengan encik Mustafa setelah mendapat tahu status lelaki tersebut.

"Saya tak kisah awak nak suka atau minat saya. Cuma saya nak kita jadi kawan dulu" entah mengapa lidahnya bertindak seperti itu, tapi dia memang berkenan atau tertarik untuk berkenalan dengan Yuhanis.

Mungkin di mata orang lain, mereka akan beranggapan yang perlakuan Yuhanis itu sebahagian dari personalitinya. Tapi di matanya, Yuhanis tidak dapat sorok rasa suka dan minat itu.

Membulat mata Yuhanis mendengar permintaan pensyarahnya. Biar betul?! Dia tiada isu mahu berkawan dengan sesiapa pun selagi mana mereka tidak mengancam keselesaan dan keselamatan dia. Tapi dalam situasi begini, agak berisiko untuk dia berkawan dengan encik Mustafa. Lagi-lagi selepas rahsianya terkantoi!

--------------------------------------------------------

Nice to be in Wattpad again :)
Leave ur comment about hidup berpoligami

P/s poligami tidak salah. Yang salah orang yang amalkan poligami tapi tidak laksanakan hidup berpoligami yang betul.

Akadku Yang SebenarWhere stories live. Discover now