"Ni rumah bujang abang. Abang tak jual sebab sayang. Banyak kenangan abang dekat sini. Sekarang dah jadi rumah kita. Rumah Hanis" ujar En Mustafa.Yuhanis berpaling menghadap suaminya. Dia mengukir senyuman kecil. Rumah ini sudah lebih dari cukup. Kelengkapan asas juga sudah sedia ada di dalam rumah dua tingkat ini.
"Jadi... abang tak kisah ke kalau saya hias rumah abang ni?" soalnya ingin tahu sambil melingkarkan tangan di pinggang suaminya.
"Buatlah apa sayang nak buat. Abang tak kisah sebab ni rumah kita berdua" tekan En Mustafa, meremas lembut lengan sang isteri.
Isterinya mengangguk faham. Dia bergegas membawa bagasi mereka ke bilik sementara Yuhanis berlegar melihat rumah mereka.
Ah dia lupa mahu memberitahu yang di rumah ini tiada mesin basuh baju!
"Abang, abang basuh baju dekat dobi ke? Sebab saya tengok tiada mesin basuh" soal Yuhanis, ingin tau.
"Memang selama ni basuh dekat dobi. Kalau dekat rumah Linda pun, jarang guna mesin basuh sebab dia kerja kan... jadi basuh dekat dobi je" balasnya perlahan.
"Oooo tapi bila tinggal dengan saya, saya nak basuh baju tu sendiri. Tak nak hantar dobi. Jadi abang boleh ke belikan mesin basuh tu? Tak kisah bila sebab sementara tunggu abang beli, saya boleh basuh manual dulu".
Maksud "basuh manual" dia itu adalah dengan cara memijak dan menyental seperti orang zaman dahulu. Ketika dia tinggal di asrama kolej perempuan, begitulah cara dia mencuci pakaian kotornya. Jimat dan lebih wangi.
"Boleh je. Nanti cuti kita keluar beli mesin basuh" akur dengan permintaan Yuhanis, dia tiada masalah untuk keluarkan duit bagi memenuhi keperluan asas rumah.
Dia lebih suka jika Yuhanis dapat uruskan pakaiannya dari dia berbuat seorang diri.
Banyak perbezaan hidupnya jikalau nak dibandingkan ketika bersama isteri pertamanya, Linda. Linda terlalu sibuk dengan kerja dan sangat menjaga badan sehingga tidak mahu mengandung sampai ke sudah.
Sedikit sebanyak dia agak terkilan dengan sikap pentingkan diri Linda dan rasa tidak dihormati sebagai seorang suami tetapi dia malas mahu bertekak tentang isu yang sama. Lama kelamaan dia tidak sedar yang dia semakin berjauh hati dengan Linda.
"Abang nak makan apa malam ni?" satu suara lembut menyedarkan dia dari terus termenung jauh memikirkan hal rumah tangganya yang satu itu.
Encik Mustafa membalas senyuman kecil Yuhanis.
"Abang tak kisah, sayang masak apa pun abang makan janji air tangan Hanis".
"Kalau macam tu, saya buat sambal udang masak petai dengan kangkung goreng. Abang pergi mandi dulu. Nanti dah siap masak, saya panggil" arah Yuhanis lalu melepaskan lengan kekar suaminya.
Selesai mandi, dia terus bersiap dan bergegas ke dapur.
"Abang, boleh tolong bawa air dengan cawan ni ke meja?" pinta Yuhanis sambil menyusun pinggan makan untuk diguna.
Tanpa sebarang bunyi, En Mustafa membuat apa yang diarahkan. Agak kekok memandangkan dia tidak biasa buat kerja rumah. Ketika bersama Linda sebelum ini, mereka banyak makan makanan yang dibeli dari luar akibat kekangan masa kerja sang isteri.
"Thanks abang. Dah, abang baca doa makan cepat".
Selesai doa makan, dia menceduk lauk ke pinggan nasi suaminya tanpa disuruh. Air anggur sejuk yang dia bancuh sebentar tadi juga dia tuang ke dalam cawan mereka.
"Dah lama abang tak rasa lauk kampung macam ni. Selalu makan western je tak pun nasi goreng dari kedai. Sedap betul sayang masak" pujinya.
Memang betul sedap masakan Yuhanis. Kena dengan selera dia. Walaupun lauk yang simple dan tidak mewah, ianya sangat menyelerakan.
"Kalau abang suka, nanti abang requestlah nak makan apa untuk hari akan datang. Saya masakkan" balas Yuhanis gembira.
Dia jarang masak untuk lelaki lain selain ahli keluarganya jadi dia kurang pasti dengan selera makan suaminya. Nasib baik kena dengan tekak En Mustafa. Suaminya siap tambah nasi.
Dalam diam dia senang hati melihat hasil air tangannya dihargai.
"Esok abang masuk kerja dah ke?" soal Yuhanis setelah suaminya habis makan.
"Haah, abang mana boleh tinggal ofis lama sangat. Nanti orang cari".
Dia mengangguk faham. Semasa dia masih belajar, dia nampak yang En Mustafa antara orang penting di kolej. Jadi dia tidak banyak pertanyaan tentang keperluan suaminya untuk masuk kerja awal.
"Kalau macam tu, abang nak saya prepare bekal ke? Saya tahu lunch abang makan luar dengan encik Ekhwan tapi siang tu biasanya abang pergi breakfast dekat mamak kan?".
En Mustafa diam berfikir. Dia bukan suka sangat pun keluar pergi mamak untuk jamah sarapan pagi. Kadang dia pergi kerja tanpa mengambil sarapan kerana malas.
"Bolehlah, Hanis buat bekal kecil untuk abang sarapan. Abang pun bukan suka sangat makan dekat mamak selalu" putus dia.
Yuhanis mengangguk faham. Dia segera mengemas meja makan dibantu oleh suaminya. Kesudahannya dia suruh En Mustafa ke ruang tamu sementara dia membasuh pinggan mangkuk. Dia lagi suka suaminya tolong bila perlu sahaja.
Dia sertai suaminya yang sedang tonton televisyen dengan buah tembikai merah yang dia potong.
"Bila abang balik ke rumah kak Linda?" En Mustafa terdiam.
Entah mengapa berat hati dia untuk pulang ke rumah yang satu itu. Melihat sang suami diam, Yuhanis berpaling melihat wajah dia.
"Abang?" seru Yuhanis.
"Nanti abang bagitau balik. Lagipun Linda tak tau lagi pasal ni...".
Isteri pertamanya tahu dia ada perancangan nak berkahwin lagi tapi Linda tidak tahu bahawa dia sudah mendirikan rumah tangganya dengan Yuhanis sekarang. Jadi dia harus bersiap-sedia mental dan fizikal untuk menghadap segala kemungkinan ketika berdepan dengan Linda.
Yuhanis meramas lembut paha En Mustafa.
"Takpe, ambik masa abang untuk bincang dengan dia. Saya boleh tunggu" pujuk dia lembut.
Dia tidak mahu suaminya rasa tersepit antara mahu berterus-terang dengan isteri pertama dan menjaga hati dia dalam satu masa yang sama. Dia sedar yang dia hidup bermadu, jadi dia kena sentiasa beralah. Hakikatnya dia yang menjadi kedua dalam rumah tangga suaminya.
En Mustafa senyum kecil sebagai balasan. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Dia sedar apa yang dia bakal hadapi tetapi dia teruskan pernikahan keduanya kerana hati dia sudah terpaut erat pada wanita muda itu.
Katakanlah dia seorang yang tidak setia. Dia tidak peduli dengan tohmahan orang luar. Kerana orang yang betul-betul kenali dia tahu, yang perkahwinan pertamanya adalah aturan orang tua dia dan isteri pertama. Manakala pernikahan yang kedua ini adalah atas aturan dia sendiri.
--------------------------------------------------------
YOU ARE READING
Akadku Yang Sebenar
RomanceShort story All right reserved ©Cerisay Warning 🔞🔞 Bermadu 🚩 ------------------------------ No plagiarisme All 100% by me 🔞🔞 Under 18 tidak digalakkan baca but if you do, that's not my responsible Broken English Abusive relationship, unsur BDS...