Dia, Erezsya Adrenia binti Tun Zafran dikenali sebagai Erez merangkap jawatan CEO di Syarikat Hotel yang ternama. Seorang yang baik hati tetapi tegas terhadap keluarganya.
"Cik Erez, nanti ada orang nak jumpa cik" Kata Zaqwan. Zaqwan Adrian merupakan pembantu peribadinya. Mereka sudah berkenalan selama 3 tahun.
"Siapa pulak?" tanya Erezsya. "Uhm-m Arrayan"
Berubah muka Erezsya setelah mendengar nama yang disebut. "Tak guna punya jantan. Kau datang sini lepas apa yang kau buat" Bisik hati Erezsya. "Ok nanti suruh dia masuk" Kelat sahaja dia bersuara. "Baik cik" Zaqwan pun berlalu pergi ke luar.
Setelah beberapa minit kemudian, pintu diketuk beberapa kali. "Hey Erezsya Adrenia, lama tak jumpa kau..." Kata Arrayan. "Apa yang kau buat dekat sini ha??" Tanya Erezsya dengan wajah serius.
"Kenapa? Aku kacau kau ke.. sorryla tapi aku nak cakap yang kau takkan boleh menang dengan aku, kau tu kalau aku hantar orang aku suruh dia hapuskan kau maybe sekarang ni kau dah takde" Kata Arrayan sambil tersenyum sinis.
"Kau ni memang saje je kan dasar jantan tak guna!" Jelingnya sekilas, ikutkan hati memang aku tumbuk mamat tak guna ni. Kau tunggu lah Arrayan, aku akan buat kau menyesal. "Sorryla weh tapi aku ada nama, Arrayan Elqar."
Tak betah duduk lama di situ. Terus Arrayan keluar dari bilik itu. Erezsya geram dengan tindakan Si Arrayan itu. Baik aku balik rumah daripada hadap masalah ni. Dia bangun dari tempat duduknya dan bergerak pulang ke rumah.
~-~
Apabila sampai sahaja di perkarangan rumah, Erezsya terus menyerbu masuk ke dalam rumah.
"Cik Erezsya dah makan ke?" Tanya Mak Jah. "Saya dah makan dah" Kata Erezsya. "Ohh kalau macam tu nak Mak Jah panggilkan ibu Erezsya tak?". "Takpelah, Erezsya nak masuk bilik dulu" Kata Erezsya sebelum berlalu pergi.
"Hmm penatnya... kan best kalau ada orang nak berborak dengan aku" Biasalah hidup aku ni membosankan... kawan pun tak ramai, ada family pun macam takde family.
Tiba-tiba telefon Erezsya berdering, "Eh sape pulak yang telefon ni... oh.." Erezsya terus menekan butang hijau.
"Hi Cik Erez, saya nak bagitau yang nanti saya dah nak bertunang" Saje Zaqwan nak bergurau dengannya kerana besok hari jadi Erezsya. Tak tau la dia ingat ke tidak.
"Oh really? kenapa awak tak pernah bagitau yang awak tengah rancang nak bertunang... btw tahniah la" Sedih suara Erezsya menjawab. "Cik Erezzz, saya gurau je... cik jangan la sedih, cik suka saya ke?" Dia ketawa selepas berkata sedemikian. "Eh awak ni saya tengah takde mood ni... kann" Belum sempat Erezsya sambung kata-katanya, Zaqwan pantas menyambung.
"Eh cik janganlah macam ni.. cik nak saya belikan kek ke? saya boleh je belikan sekarang ni" Setahu Zaqwan, Erezsya memang sukakan kek. Lagipun pun esok hari jadinya.
"Eh janganlah!! saya tipu jee" Zaqwan gelak kecil. "Ok lah cik jumpa lagi, goodnight!" Kata Zaqwan sebelum dia meletakkan panggilan itu dahulu.
"goodnight?"
~-~
Pada pagi yang cerah, Erezsya sudah bersiap-siap untuk pergi ke kerja. "Cik Erezsya marilah makan dengan ibu kamu ni" Kata Mak Jah dengan nada yang sopan. "Takpelah lah Mak Jah, Erezsya tak ada selera ni".
Dia bukan tiada selera tetapi dia tidak mahu makan bersama ibunya.
"Erezsya makan lah dulu, nanti sakit perut macam mana?" Prihatin Mak Jah bertanya. "Erezsya pergi kerja dulu ye Mak Jah, lagipun dah lambat ni"
"Kalau macam tu pergi lah salam dengan ibu kamu dulu, nanti rezeki tak berkat" Lembut Mak Jah menegur.
"Bye Mak Jah, Erezsya pergi dulu" Belum sempat dia mahu melangkah pergi, Puan Nizya memanggilnya. "Erezsya, marilah makan sama-sama" Puan Nizya berkata dengan nada yang lembut. "Erezsya dah lambat la ma, sorry" Dia terus keluar dari rumah tanpa memandang ibunya. "Erezsya-"
Erezsya terus masuk ke dalam perut kereta dan meluncur laju keluar dari perkarangan rumahnya. Sebelum dia bergerak ke tempat kerjanya, dia bercadang untuk berhenti di Vintage Cafe dahulu.
~-~
Erezsya sampai di Vintage Cafe dan terus keluar dari keretanya. Dia terus meluru masuk untuk membeli sarapannya.
"Welcome, cik nak beli apa ye?" Tanya pekerja itu sambil tersenyum manis. "two cappucino and one chicken chop, please." Hmm... baik aku beli je air lebih, nanti boleh bagi Zaqwan sekali. "Anything else?" "No, thank you" Kata Erezsya kepada pekerja itu.
Selesai order di kaunter itu, Erezsya terus bergerak ke meja yang kosong. Suasana yang tenang itu membuatkan dia terus teringat tentang kisah silamnya...
"AKU HARAP KAU MATI JE!"
"Mama dengan papa minta maaf Erezsya.. jangan tinggalkan kami!"
"Siapa nama awak?"
ARGHH
Dia sudah penat untuk mengingati kembali tentang kisah silamnya.
Tiba-tiba telefon Erezsya berdering, siapa lagi kalau bukan Zaqwan. Dia ni kalau tak telefon sehari memang tak sah. Erezsya mendapat banyak panggilan daripadanya.
"Dah kenapa dengan Zaqwan ni" Katanya dalam hati. Tanpa membuang masa, Erezsya terus menekan butang hijau.
"Happy Birthday Cik Erezsya!" Kata Zaqwan dengan nada yang teruja. "Thank you Zaqwan" Tenang Erezsya mendengarnya. Bukan selalu orang mengucapkan untuk ulang tahunnya itu.
"Cik Erez kat mana ye? sebab saya tengok pejabat cik kosong lagi" Kedengaran jelas kerisauannya. "Saya tengah beli sarapan ni, awak jangan risau" "Baik, hati-hati" Zaqwan tersenyum sebelum mematikan panggilanya.
"Two cappucino and one chicken chop" Kata pekerja di situ. Tanpa membuang masa, Erezsya terus bangun dari duduknya dan bergerak untuk mengambil pesanannya.
"Thank you" "Your welcome and have a nice day" Kata pekerja itu dengan lembut.
Keluar saja dari cafe itu, dia terus ke keretanya dan memasukkan kunci untuk menghidupkan keretanya. Dalam perjalanan Erezsya ke tempat kerjanya, dia terasa seperti ada orang mengikuti keretanya.
"Aku berangan je kot" Bisik hati Erezsya. Dia berasa tidak senang hati. Namun, dia terus memandu keretanya... akhirnya kereta yang mengikutinya sudah hilang.
"Ya Allah, nasib baik tak ada apa apa."
-1-
-Thank you kepada siapa yang sudi baca cerita ni... kalau ada salah, saya harap awak semua boleh betulkan :)