"Good morning Cik Erezsya" Sapa pekerjanya. Erezsya hanya mengganguk kepalanya sedikit. Dia terus masuk ke pejabat dengan membawa sarapannya. Tanpa membuang masa, Erezsya terus meletakkan sarapannya di atas meja dan duduk di kerusinya.Pintu pejabatnya dibuka oleh Zaqwan tanpa mendapat kebenaran darinya.
"Zaqwan! boleh tak awak ketuk dulu pintu sebelum masuk?!" Kata Erezsya dengan nada yang marah. "Im sorry Cik Erezsya, i just want to tell something... Arrayan nak jumpa Cik Erez malam ni" Kata Zaqwan. "Cancelkan, saya tak nak jumpa dia" Erezsya berkata tanpa memandangnya.
"Tapi dia kata kalau Cik Erez tak datang, dia akan buat sesuatu..." Erezsya hanya memandang Zaqwan dengan anak mata tajamnya. "Baik Cik Erez..." Aku ni memang tak leh sabar dengan si ARRAYAN NI! kau ingat aku takut?? Aku pun boleh buat apa-apa lah. Aku lemah sangat ke?
"Awak boleh ambil cappucino lagi satu tu, atas meja" "Terima kasih Cik Erez" Kata Zaqwan dengan nada yang gembira. "Macam tau-tau je yang aku tengah haus" Bisik hati Zaqwan.
"Uhm-m Cik Erez dah makan? kalau belum, awak patut makan sekarang ni..." Dia menegur Erezsya dengan tegas. Kan kalau tak makan, ada yang pengsan kang. "Saya tak lapar" Jawabnya ringkas.
"Kalau Cik Erez tak makan, saya tak nak keluar dari bilik ni" Terus jari-jemari Erezsya berhenti dari menekan papan kekuncinya. Lagipun Zaqwan tak ada kerja lepas ni, so boleh la dia "lepak" kat bilik Erezsya.
"Please Cik Erez, malam nanti ada majlis..." "huh?" "ermm" Erezsya masih lagi bingung. Dia tidak faham apa yang dikatakan oleh Zaqwan.
"Maaf Cik Erez, kami ada buat majlis hari jadi Cik Erez, saya harap Cik Erez boleh datang... kan?" Tanya Zaqwan.
Ya, Zaqwan dan pekerja-pekerja yang lain telah bercadang untuk menyambut hari jadi Erezsya tanpa pengetahuannya. Dia tidak sangka mereka akan membuat majlis untuknya. Setelah 22 tahun, inilah kali pertama dia menyambut hari jadinya.
"Ahhh malasnya nak pergi. Dia mahu balik ke rumahnya setelah kerjanya habis. "Fine." Jawabnya ringkas. "So.. kalau macam tu Cik Erez makan ek.." Erezsya terus bangun dan duduk di hadapan Zaqwan. "Saya nak minum je" Kata Erezsya selamba.
"Ke Cik Erezsya nak saya suap? saya okay je" Kata Zaqwan sambil tersenyum sinis. Erezsya hampir tersedak ketika mendengarnya. Untung tiada siapa yang mendengar apa yang dikatakan oleh Zaqwan. Dah lah cakap kuat-kuat, silap silap orang luar bilik ni pun boleh dengar.
Tanpa menunggu lama, Zaqwan terus memasukkan chicken chop itu ke dalam mulut Erezsya. "Sedap?"
Pintu biliknya dibuka...
"Ni lagi sorang jenis tak ketuk pintu" Katanya dalam hati. "Tak tau nak ketuk pintu ke??" "Sorry Cik Erez! saya dah ketuk pintu but takde sape jawab, jadi saya risau lah kalau ada sesuatu jadi dekat cik..." Tergagap-gagap pekerja wanita itu berkata. Bukan selalu Erezsya marah kepada pekerjanya. "Awak boleh pergi" Jawabnya ringkas."Don't be angry at her, dia tak sengaja." Kata Zaqwan. "So kau nak cakap macam tu lepas dia nampak kau suap aku lah camtu??" "Bukan camtu Cik Erez-" "Out" Kata Erezsya dengan tegas, lalu Zaqwan terus keluar dari biliknya.
Dia bukan nak marah Zaqwan, tapi dia takut jika Zaqwan diapa-apakan oleh musuhnya. Lagi-lagi kalau musuhnya tahu yang Zaqwan sangat rapat dengannya. Pekerja dia tu bukan boleh percaya sangat, silap-silap habis yang lain tau.
~-~
Jam menunjukkan sudah pukul enam petang. "Saya balik dulu" Kata Erezsya kepada Zaqwan. "Cik Erez, malam nanti kan ada majlis"
"Ouh lupa" Boleh pula aku lupa."Saya ada sediakan baju, nanti Cik Erez bolehlah tukar" Katanya kepada Erezsya. "Saya memang kena tukar ke??" Aku ni kalau bab tukar baju takyah cakap lah, malas gila nak tukar. "Kitaorang dah bercadang untuk pakai baju sama tema, so pleasee" "fine" Dia terus pergi meninggalkan Zaqwan.
"Lea, mana baju saya?" Soal Erezsya kepada Lea. "Saya ada kasi dekat Zaqwan, Cik Erez" Oh ya, dia lupa yang Zaqwan dah ambil bajunya. "Ok thank you" Tulah... sapa suruh pergi je tadi, kan dah kena pergi jumpa Zaqwan balik.
"Zaqwan, mana baju saya?" Tanpa membuang masa, Zaqwan mengeluarkan dua kotak yang berisi pakaian jenama mahal.
"Cik Erez boleh pilih salah satu baju ni... yang putih matching dengan semua orang, kalau Cik Erez nak pilih warna hitam ni pun ok jugak" Dia terus mengambil kotak yang berisi baju warna hitam itu..
"Pukul 8:45 malam majlis start, so saya harap cik boleh siap awal lagi" Kata Zaqwan sambil tersenyum manis.
"Thank you" Erezsya terus pergi ke bilik privatenya untuk bersiap. Bilik itu digunakan sekiranya dia tidur di office. "Cantik jugak baju ni" Bisik Erezsya dengan gembira.
-2-