Bab 2

23 9 2
                                    

Rasya terkilan melihat kemesraan Karl dan perempuan itu, tidak menyangka lelaki itu akan menjadi bakal suami kepada perempuan lain. Dia masih teringat kata-kata Karl sebelum ini. " Aku dengan Umaiyah tiada apa-apa hubungan cinta, hanya lah hubungan sepupu sahaja", kata lelaki itu. Kata-kata itu telah memberi harapan pada Rasya namun sekarang kata-kata itu mudah dilupakan sahaja. Dia berasa sakit hati, apabila lelaki itu bercakap lembut dengan Umaiyah. " Sayang, sayang nak beli baju warna apa?", tanya Karl sambil mencari baju pengantin. " Sayang suka warna pink, warna favourite sayang, abang boleh ke pakai baju warna tu?", tanya Umaiyah sambil memandang ke arah Karl pula. Rasya terkejut apabila perempuan itu menyebut warna pink sebagai warna baju pengantin. Memorinya terimbas dahulu ketika Karl dan Rasya bersekolah dahulu.

" Karl, kau tahu tak aku nak kahwin pakai baju warna pink, so laki aku mesti pakai baju warna tu", kata Rasya sambil makan aiskrimnya. " Kau ni mana boleh paksa laki kau pakai warna tu, malu lah", balas Karl sempat mengelap sisa aiskrim di tepi bibir Rasya menggunakan jarinya sendiri. Rasya terdiam seketika. " Biarlah, lagipun warna tu warna favourite aku,"balas Rasya masih tidak mahu mengalah. " Yelah Rasya Emily, aku nak tahu juga siapa yang nak kahwin dengan kau", kata Karl semula. " Kalau takde lelaki yang nak kahwin dengan aku, kaulah jadi suami aku, sama-sama pkai baju warna pink", kata Rasya mencuit hidung Karl. " Aku nak kahwin dengan kau, memang taklah", kata Karl sambil menahan gelaknya. Dia tidak boleh membayangkan dirinya memakai baju berwarna pink. " Sampai hati kau, tak naklah kawan kau", kata Rasya mahu baru bangun dari duduknya, tangannya sempat dipegang oleh Karl. Karl melihat perempuan itu sepertinya mahu menangis. "Aduh Karl, kau pun satu kawan kau ni dahlah cengeng, kau boleh usik dia pula, tapi kan nampak comel Rasya nangis", bisik hati Karl. Karl terus mengelap air mata Rasya yang jatuh di pipinya perlahan. " Dahlah, jangan nangis, aku ni lemah tau kalau nampak kau nangis, okay aku akan kahwin dengan kau kalau tiada siapa lelaki yang nakkan kau, tapi bila aku nak pinang kau satu hari, kau jangan tolak pula", kata Karl masih memandang wajah Rasya lagi. " Warna pink tau", kata Rasya lagi. " Yelah warna pink, untuk kau", balas Karl mengukir senyuman. Rasya pun membalas senyuman itu.

Rasya mengelengkan kepalanya, tidak mahu teringat kisah lamanya. Dia melihat Karl memberikan senyuman manis pada Umaiyah. " Boleh sayang, abang rasa warna pink sesuai dengan sayang", balas Karl pula. Dia cuba melirik ke arah wajah Rasya, mahu melihat reaksi perempuan itu. Dia dapat melihat wajah kesedihan perempuan itu, namun dia berpaling semula ke arah Umaiyah semula. " Sayang, lama lagi tak kita dekat sini, abang nak kena jumpa dengan Alvin lepas ni, dia pun baru nak pulang dari Jepun", kata Karl melirik jam tangannya. " Okey abang, kita pergi lepas tengok design ni", balas Umaiyah pula. 

" Cik Rasya, saya denagn tunang saya dah pilih design baju ni, nanti kami nak datang semula nak tengok baju kami ye", kata Umaiyah. " Boleh Cik Umaiyah, nanti saya call Cik bila baju tu dah siap", balas Rasya. " Terima kasih ye Rasya, saya suka baju yang awak reka, baju ni sesuai dengan tunang saya", ucap Karl pula. " Sama-sama Encik Karl, ni semua kerja hasil staf juga, bukan saya seorang sahaja", ucap Rasya tidak mahu melihat ke arah wajah lelaki itu. " Saya nak tanya soalan peribadi pada awak boleh tak?", tanya Karl membuatkan Rasya kembali memandang semula ke arah wajah lelaki itu. " Apa dia Encik?", tanya Rasya. " Awak ada boyfriend ke?, sebab saya tengok gaya awak seperti sudah bergaya", tanya Karl. " Encik Karl, saya ada seseorang dalam hati saya," balas Rasya masih memandang ke arah Karl. " Ouh, ok saya rasa saya patut pergi sekarang, jom sayang, kita dah lambat ni", balas Karl terus menarik tangan perempuan itu. Umaiyah sempai melambai tangan kepada Rasya sebelum beredar pergi. Rasya mampu membalasnya. Dia terduduk. Dia tidak kuat. Hatinya semakin rapuh. Dia mahu menangis namun dia cuba menguatkan hatinya. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau Milikku, Rasya EmilyWhere stories live. Discover now