Epilog

5 1 0
                                    

Sejujurnya aku risau nak bawa En. Aris  ni jumpa dengan tokwan ...Kalau terkeluar perangai mak lampir dia macam mana? Mampus aku

Nasib baik la urusan perjumpaan parents angkat En. Aris dengan mak ayah aku dah selesai kalau tidak naya pala otak aku nak pikiaq dah la yang sebelah ni tak bercakap dari tadi aduh..

"Assalamualaikum...En. Aris silakan masuk" kami melangkah masuk dengan sendiri selepas mendengar suara tokwan menyuruh kami untuk masuk...

"Hang ni gaji berapa puluh ribu ?" Che Munah a.k.a tok tiri cinderella bertanya sambil tengok En.Aris atas bawah

Haiiii tokwan ni dia punya soalan pun kenapa tak tanya kerja apa? duduk dekat mana ? Ni masuk rumah tak sempat duduk lagi tanya gaji dah

Tapi dia tak tahu yang lawan dia pun bukan calang-calang punya orang..Aku melirik ke En. Aris dan seperti yang dijangkakan tiada sebarang reaksi yang dikenal pasti

"Saya tak nak riak tapi yang saya pasti rumah ni kalau Che Munah nak jual saya boleh beli secara tunai dengan harga dua kali ganda" En Aris jawab dengan senyuman tapi bukan senyuman manis tapi sinis.That's my boss!!!

Apa yang aku suka tentang En. Aris walaupun baru setahun dia jadi bos aku En Aris tak cepat melatah dan dia tak cepat menilai orang lain walaupun pekerja dia sendiri..Gentlemen la bos aku ni tapi muka tak boleh buat sebarang reaksi...lumpuh kat muka kut na hahahaha

"Hang duk kat sini lagi pasaipa fisya duk sengih pula tu" Tiba-tiba aku dengar nama aku kena petik dengan mak lampir ni macam mana boleh kantoi tengah senyum pula ni alamak!!!tapi bertenang kita kena profesional nak menentang makhluk ciptaan Allah ni

"Awat tak boleh ka tok"aku tetap menjawab dengan jawapan yang mengundang kata-kata kesat yang tak boleh dilafazkan secara lisan walaupun aku dah tahu maksud tersirat dalam soalan tu

"Kakak nak pergi buat air sat na tokwan. Awak bersembang la dulu dengan tokwan saya ni ya..Minta maaf la kalau tak faham apa yang tokwan cakap biasa la loghat utara " aku meminta diri sebelum tokwan sendiri yang mengarahkan aku

Selepas melepasi ruang tamu tangan aku ditarik masuk ke dalam bilik sepupu aku..sebenarnya bilik tetamu tapi mak lampir tu dah cop bilik ni bilik untuk cucu kesayangan dia katanya..

"Pandai eh kau bawa balik jantan entah datang dari mana" Alissa memerli aku dan sambung memerhatikan dua insan yang tengah berbual di ruang tamu

"Hang ingat aku ni tak laku ka ? Elok sikit eh aku ni mahal jadi taste pun mestilah mahal."

Dah lama tak berperang mulut dengan minah sewel ni hang jaga sat aku bawa keluar segala kata-kata ilmiah aku

"Aku tak nak la jadi macam hang ramai laki murah nak kat hang...tengah malam menungging atas motor depan pagar tunggu hang nak membonceng entah pi ke mana.Aku ni walaupun naik motor tak nak la laki yang bawa motor jugak."

Tengok muka perempuan yang tak berapa cerah ni memerah lagi la aku semangat nak mencucuk jarum ke belon biar meletup kebabom

"Aku  ni cepat panas naik motor nanti kalau make up cair jadi mak lampir macam yang kat depan tu.Eh berceramah pulak kat sini maaf la dah terbiasa ajaran sekolah agama katakan. Jadi untuk tamatkan sesi tauliah ni saya minta diri ya nak jamu bakal imam dan mak lampir sekejap assalamualaikum" membazir air liur sembang dengan sewel ni baru hang tau ni mulut ajaran abe rapper korea la

Selepas 10 minit buat air aku berjalan menuju ke ruang tamu tapi bila aku nak ke ruang tamu semula aku terdengar suara yang aku pasti bukan suara dua insan yang aku tinggalkan tadi dan dugaan aku betul bila aku nampak perempuan yang tidak bertudung dan tak tahu malu tu duduk rapat dengan En. Aris..laki aku tu

"Betul la orang kata bila berdua ni akan ada yang ketiga" ujarku sambil menuangkan air untuk mereka

"Dah puas dah buat dosa untuk pak long Alissa ? ujarku lagi sambil merenung tajam kearahnya

Aku bab aurat ni memang pantang sikit..sakit hati bila tengok perempuan ni pakai baju dengan seluar ketat tak pakai tudung pulak tu..kalau aku lelaki memang tak akan jadikan dia bini walaupun semua perempuan pupus dalam dunia ni

"Apa yang hang cakap ni fisya!Biar la dia nak duduk sini pun apa salahnya! " Che Munah menjeling ke arah aku

"Tak salah pun tokwan tapi yang salah tu tak payah la berbaik hati sangat nak menyumbangkan dosa untuk bakal imam kakak ni...cukup la belajar dekat sekolah cina jangan nak jadi cina pulak"aku menjawab dengan muka datar sambil menghirup teh tarik air tangan sendiri

Alissa mendengus dan beredar masuk ke dalam biliknya..ingat aku heran la dia hentak kaki dengan hempas pintu bilik..yang aku tahu aku tak nak kena soal dalam kubur nanti sebab tak tegur dosa terang-terangan dia tu

Berbunga pulak hati nampak En. Aris minum air yang aku buat siap tuang sekali lagi pulak tu...kalau la hang kahwin dengan aku bukan sebab nak balas budi mesti seronok

"Jadi kalau dah tiada syarat yang perlu ditambah saya anggap yang Che Munah bersetuju dengan perjanjian kita tadi" En. Aris yang mendiamkan diri dari tadi bersuara

Lama sangat ke aku tinggal diorang ni?! Perjanjian apa pulak ni????

"Tak ada" itu sahaja jawapan Che Munah

En. Aris terus bangun dan meminta diri selepas mendengar jawapan Che Munah

"Saya minta diri dulu Che Munah assalamualaikum " En. Aris menghulurkan tangan untuk menyalamnya tapi Che Munah terus bangun dan beredar

Kami tidak berbual mengenai perjanjian tadi di dalam kereta..En. Aris hanya memberitahu yang dia akan ke luar negeri selama 3 minggu dan menghantar aku balik ke rumah dan aku tak tahu kenapa dia tak cakap apa-apa tentang perjanjian tu sehinggalah

satu bulan kemudian

"Aku terima nikahnya Orkid Alfisya binti Muhammad dengan mas kahwin rm 500 dibayar tunai"

"Sah"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Beautiful FateWhere stories live. Discover now