Bab 2

12 0 0
                                    

The El-Zyan Company

Tok,tok....
bunyi pintu pejabat diketuk oleh seseorang

"masuk" sepatah saja arahan dari Hendrian membuat seorang lelaki berkemeja kemas masuk ke dalam pejabat yang cukup luas itu.
Thaufiq,Seorang lelaki berbangsa Melayu dan sahabat Hendrian sekaligus Personal assistant Hendrian

"Bro.. Budak-budak dah pastikan siapa perempuan tu" kata Thaufiq sebelum melabuhkan punggung di kursi yang berhadapan dengan meja kerja Hendrian

tangan kekar yang tadinya sedang membelek kertas kerja berhenti bekerja, matanya pula memandang kearah Thaufiq
"siapa?" tanya Hendrian

"Betul apa yang kau syak,  perempuan yang kau cari selama ni adalah Airis Aulisya" jawap Thaufiq sambil memutarkan globe diatas meja Hendrian,tangannya berhenti seketika kemudian mengletakkan file biodata dan beberapa foto gadis yang disebutnya diatas meja bosnya

selepas saja menerima file tersebut , tangan Hendrian membelek helaian biodata tersebut,bibirnya tak berhenti tersenyum

"Airis Aulisya Binti Azim atau lebih suka dipanggil Airis,seorang graduan fakulti ekonomi dan pengurusan di universiti ,Itali. Anak kedua dari 4 beradik.Pekerjaan ayah dia petani manakala Ibu dia pembuat kuih.mendapat straight A semasa spm ,hobi membaca novel,dan dia hampir menjadi mangsa rogol rakan sekelasnya masa tingkatan 4 namun gagal kerana ada seseorang menyelamatkan dia,Dan orang yang selamatkan dia adalah kau" jelas Thaufiq sebelum menuding jari kearah jejaka di hadapannya

"Yang lain Tuan boleh baca dalam file tu,semua dah beres." sambung Thaufiq lagi

"ok...kau boleh keluar.One more things... naikkan gaji budak-budak hingusan tu"arah Hendrian sebelum memusingkan kerusinya 180° menghadap cermin yang besar,dari cermin itu dia dapat melihat pemandangan kota Rom ....

"habistu pasal laporan data budak-budak universiti tu macamana?" tanya thaufiq

"pilih perempuan tu jadi  pelapor data kita,esok aku pergi ke universiti tu umum siapa yang terpilih " jawap Hendrian sambil memandang foto Airis ditangannya

"hmm,yelah..Jangan lupa belanja aku makan nanti,kalau tak aku bagitau perempuan tu yang kau intip dia!" amaran keras diberi oleh Thaufiq sebelum dia melangkah keluar dari pejabat itu, amaran itu lansung tidak dihiraukan...Mabuk cinta agaknya

"finally....I found you Amore..."kata jejaka itu lalu mengukir senyum manis

dring.... dring!

"siapa pulak ni..kacau daun betul la"
rungut Hendrian sebelum mengambil telefon pintarnya di atas meja

"si, che succede?"[ya,ada apa]
tanya jejaka itu dalam bahasa Itali apabila panggilan diangkat

"Mentang-mentang duduk luar negara,tak ingat cara bagi salam dah ke,?!"marah suara wanita paruh baya dari dalam talian

"Assalamualaikum mummy...kenapa mummy tiba-tiba call Ian ni?"salam dipinta sebelum dia bertanya lagi pada ibunya

"Waalaikumussalam,ni ha mummy nak tanya kamu...Bila kamu nak bawa balik bakal menantu mummy ke Malaysia ni, tahun lepas cakap nak bawa jumpa pilihan hati kamu tu dengan mummy dan daddy tahun ni..tapi kenapa tak jumpa lagi?" tanya datin Zafiqa dari dalam talian

"sabar la mummy,Ian tengah usaha dapatkan hati dia la ni mummy...mummy sabar je" jawap Hendrian

"dari dulu lagi kamu cakap benda yang sama,tengah usaha konon...Jangan-jangan betul mummy cakap,cinta kamu bertepuk sebelah tangan je kan..tak laku cakap aje lah" herdik datin Zafiqa

"Mummy...memang la cinta Ian ni bertepuk sebelah tangan tapi tu dulu...sekarang Ian dah dapat dia la mummy,tunggu masa je" kata Hendrian lalu tersenyum seperti kerang busuk

"mummy bukan apa Ian ,mummy ni dah tak tau nak cakap apa kat kawan kawan, asyik tanya ja bila kamu nak kahwin.Yelah kamu umur nak sampai 30 dah Ian , takkanlah nak bujang sampai ke tua" luah ibunya

"mummy tak payah risau lah...nanti setahun dua Ian kahwin la,lagipun bakal menantu mummy ni tengah sibuk sambung belajar....dia ada 1 sem lagi lepastu Ian janji Ian  akan kahwin dengan dia" jelas Hendrian supaya ibunya tidak risau

"yelah, mummy nak pergi masak untuk daddy kamu ni...Jangan lupa janji kamu ye" ucap datin Zafiqa

"hmm,kirim salam Ian pada daddy ye"pesan jejaka itu

"insyaallah,mummy end call ye assalamualaikum " pamit datin Zafiqa sebelum mematikan talian

"waalaikumussalam "balas Hendrian
matanya tak lepas memandang foto Airis yang sedang belajar di perpustakaan....belajar pun cantik...

tbc~~

pendek sangat ke bab ni? sorry tau☺️

Only Her (OG)Where stories live. Discover now