Destiny karya Daydeq
Kringgg. Bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah bermula. Qadeeb dan kawan-kawannya duduk seperti biasa duduk di meja tengah kantin sekolah.
"Minggu depan minggu orientasi pelajar tingkatan empat kau dah ada idea untuk aktiviti mereka ke Qad?" Tanya Fareez penolong ketua pengawas sekolah menengah sains.
"Belum ada lagi Reez. Kalau kau ada idea bolehlah berkongsi idea dengan Majlis Perwakilan Pelajar nanti." Jawab Qadeeb Ketua pengawas sekolah menengah sains.
"Qalish tak minta masuk sekolah ni ke Qad? Soal Haiqal pula.
"Qal tak boleh duduk berjauhan dengan mama papa aku. Selepas Qai masuk Maktab Rendah Sains. Mama dengan papa aku memang tak lepaskan Qal masuk mana-mana sekolah berasrama penuh. Qal tu dah jadi macam anak bongsu pula padahal anak nombor dua. Lebih manja dari Qai. Aku dengan Qai selalu usik dia anak emas mama papa." Qadeeb bercerita sambil menggelengkan kepalanya.
"Kesian juga kisah si Qalish tu. Dari dulu aku dengar dia nak masuk sekolah asrama penuh mengikuti jejak langkah kau." Kata Kamelia yang juga duduk bersama di meja itu.
"Nak buat macammana mama tak bagi dia masuk asrama penuh mama sunyi seorang diri di rumah kalau papa kerja. Korang pun tahu papa aku selalu kerja luar kawasan. Korang tak makan ke?" Qadeeb mula mengeluarkan roti dan air suam yang dibekalkan nya pagi tadi.
Suasana meja mereka agak meriah masing-masing sibuk berkongsi cerita dan bergurau senda. Tiba-tiba mata Qadeeb terpandang seorang perempuan yang nampak ketakutan.
"Korang tengok jam tiga budak tu kene buli ke?" Kongsi Wendy yang juga berada dimeja Qadeeb.
"Haih nak makan pun tak senang. Baru tingkatan berapa dah pandai buli orang budak-budak ni." Qadeeb meninggalkan meja dan mula mengatur langkah menuju ke meja yang ditunjuk Wendy tadi.
Dua budak perempuan yang saling menolak satu dengan yang lain.
Merah padam muka Baheera apabila melihat mukanya tersembam di dada seorang lelaki. Baheera mengangkat muka nya untuk melihat siapakah gerangan lelaki itu mana tahu orang yang diminat.
"Wah kacaknya abang Qadeeb tengok dari dekat macamni kulit muka tiada cela nak tanya guna produk penjagaan muka apa yang dia guna." Monolog Baheera didalam hati. Semua budak perempuan yang berkumpul tadi masing-masing mengatur langkah untuk pergi. Belum sempat mereka lari sekumpulan perwakilan pelajar telah menyekat mereka.
"Sekarang I nak semua yang terlibat jumpa kami di bilik pegawas pelajar." Arah Qadeeb dengan tegas.
Muka masing-masing sudah kelihatan pucat lesi. Semua sedia maklum siapa Qadeeb Marteen. Kalau tertangkap dengan ketua pengawas itu lagi-lagi tengah buat kesalahan memang tiada ampun.
15 November 2023