bab 2

15 4 0
                                    

Semua lampu dibiar tidak dibuka. Dia lebih suka dengan kawasan yang tiada cahaya seperti ini. Seperti hidupnya yang suram tanpa kehadiran cahaya.

Tapi, itu dahulu. Sekarang, dia sudah merasakan sedikit cahaya mula menerangi hidupnya semula.

Dhani capai beg komputer ribanya yang diletakkan di atas katil. Dipasang komputer ribanya sebelum menaip sesuatu di dalamnya.

Hari ini, aku terjumpa seorang perempuan. Atau, wanita. Dia berniqab. Menutup auratnya dengan sempurna. Aku yakin, dia mesti orang baik-baik. Yalah... pandai jaga diri, jaga agama. Mesti semua lelaki tergila-gilakan dia, kan?

Tapi, dirinya telah mengingatkan aku kepada seseorang yang sudah lama aku tidak mendengar khabarnya. Aku amat kenal dengan sepasang matanya.

Seseorang yang pernah datang ke dalam hidup aku untuk menghantar secebis cahaya yang sudah lama terpadam. Seseorang yang mampu menerima diri aku yang serba kekurangan. Yalah, siapa saja yang mampu menerima insan yang mempunyai dua personaliti, kan?

Cuma, gayanya seakan-akan mahu menafikan sangkaan aku. Aku tahu, dia dengar apa yang aku tanya padanya. Tapi... kenapa dia seakan mahu mengelak dari aku? Kan bagus kalau dia tahu siapa aku.

Aku tahu statusnya. Aku tahu yang dia sudah menjadi hak orang. Sepatutnya, aku tidak perlu berharap lagi padanya. Jika dia datang semula pada aku, dia akan muncul sebagai isteri orang. Jadi, apa gunanya jika dia muncul di hadapan aku? Aku tetap tidak mampu untuk menggapai tangannya. Aku tetap tidak mampu untuk mengarahkan dia supaya terus berada di sisi aku. Aku bukan seorang yang pentingkan diri. Aku tahu, dia seorang yang taat kepada syurganya. Dia tidak akan mengingkari arahan daripada seorang suami, sedangkan suruhan ibunya pun dia tidak mampu membantah.

Tapi... jika takdir ingin menemukan kami semula, temukanlah dalam keadaan hati aku telah tabah. Aku tidak mahu jatuh di dalam kesedihan lagi. Aku sudah penat menanggung sakit yang seakan-akan tiada penawarnya. Aku tidak mampu untuk membiarkan personaliti kedua aku muncul semula. Aku tahu, aku tidak akan mampu untuk mengawal diri sendiri. Jika Jay muncul semula, dialah yang akan kawal diri aku. Dhani tidak akan mampu mengawalnya jika Jay sendiri yang mahu tonjolkan diri.

Kepada kau, jika benar wanita yang aku jumpa tadi ialah kau, tolong muncul semula sebagai Ryn Fariha yang dulu. Sejujurnya, aku tidak mampu untuk mengawal perasaan rindu yang semakin menggunung sejak akhir-akhir ini. Aku tidak kesah jika kau sudah lupakan aku, asalkan aku dapat tenung wajah kau. Aku nak pastikan yang kau betul-betul bahagia.

Akhir kata, semoga aku terus kuat.

Dhani matikan komputer setelah menyimpan tintanya. Niatnya untuk datang ke Terengganu hanyalah untuk menenangkan dirinya. Tidak sangka pula dia akan dapat 'kejutan' yang berjaya membuat otaknya bekerja lebih masa.

Bayangan wanita tadi... dia sangat-sangat kenal.

Cuma, adakah dia betul?

~~~

"Abang..."

Dhani terasa kaki seluarnya ditarik ke bawah. Pantas dia memandang ke bawah. Hatinya mengeluh lega apabila Adell yang menarik seluarnya.

"Tak silap abang, nama awak Adell,  kan?" Dhani cuba untuk berbual dengan Adell.  Dia tidak mahu suasana semakin canggung walaupun mereka berada di tempat yang agak riuh; kedai makan.

Adell angguk riang. Gembira sebab Dhani tahu namanya.

"Ibu mana?" tanya Dhani. Macam mana Adell boleh berjalan seorang diri? Di mana ibunya? Tergamak dia membiarkan budak sekecil Adell berjalan sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau, semestakuWhere stories live. Discover now