Wardiyah AdindaSESAMPAI sahaja di rumah, terus punggung aku dilabuhkan di atas sofa. Penat dan lelah hanya tuhan sahaja yang tahu.
"Ya, Allah.."
Aku mengusap perut aku perlahan. Mulut masih tercungap-cungap mencari nafas yang bagaikan hilang sebentar tadi. Penatnya, subahanallah! Aku tarik nafas panjang. Tenaga ibu mengandung memang tidak sama seperti tenaga orang biasa.
Apabila pernafasan kian stabil. Aku cuba bangun dari sofa menuju ke bilik utama. Niat aku hanya ingin membersihkan diri. Beberapa jam lama aku terperap di hospital, baru ada peluang untuk mandi. Segala pergerakan aku jadi terbatas dan sangat perlahan. Semuanya kerana berat dan berhati-hati aku ketika berjalan.
Hidup aku cuma seorang. Tiada siapa yang hendak dipimpin, jadi aku harus lebih berhati-hati. Jika ada Arjuna, pasti dia orang pertama yang sudah memimpin aku.
Entah kenapa sejak aku mengandung ini, selalu sangat aku cuai melakukan sesuatu benda. Haritu, sikit sahaja lagi aku mahu tergelincir ketika keluar dari bilik air. Mujur aku sempat memegang daun pintu ketika itu.
Kadang-kadang di hadapan sinki pun, aku nyaris-nyaris jatuh kerana tidak perasan akan titisan air yang jatuh di atas lantai. Kelmarin, jari aku melecur selepas menjerang air panas di dapur. Mujurlah, tidak teruk dan hari ini pedihnya semakin menghilang.
Sejam berlalu, aku selesai menyiapkan diri untuk tidur.
Sedang gagah aku cuba baring di atas katil. Tiba-tiba, loceng rumah berbunyi. Terus bertaut kening aku. Pandangan mata dihalakan ke arah jam di dinding yang hampir sahaja pukul 10 malam.
'Siapa pulak yang datang malam-malam begini?'
Gusar hati aku.
Tanpa fikir panjang, aku terus bangun dari perbaringan dan capai tudung sarung yang berdekatan. Walaupun terpaksa, takkanlah aku mahu biarkan loceng itu terus berbunyi. Aku cuba positif sehabis mungkin. Mana mungkin itu Syuhada ataupun mak mertua aku.
Lambat-lambat daun pintu dibuka. Sehingga aku ternampak ada bayang seseorang sedang berdiri betul-betul tegak di hadapan aku. Lebih tepat lagi, di hadapan pintu rumah aku. Terus terasa kolam air mata aku mula bertakung. Bibir bergerak ingin menyatakan sesuatu. Tetapi, butiran air mata pula yang jatuh membantutkan pergerakan bibir.
"A-abang,"
Perlahan suara aku. Bergetar suara dibuatnya ketika menyebut perkataan itu. Perasaan terkejut. Tidak percaya. Semua ada. Bagaikan tidak percaya dengan kehadiran dia di sini.
"Abang dah balik?"
Soalan pertama, ketika aku nampak dia berdiri di hadapan aku. Senyuman manis dia ukirkan buat aku. Rindu yang tidak terkata. Terus aku menerpa ke arahnya memeluk dengan erat. Berderai-derai air mata aku jatuh. Gembira melihat dia di sini.
"Dinda rindu abang.." Dalam sendu sempat aku berucap.
Lama aku menunggu. Tetapi, masih tiada respon darinya. Pelukan yang erat tadi, tiba-tiba membuatkan aku mula rasa sesak nafas. Semakin lama semakin erat. Buatkan aku tercungap-cungap mencari nafas. Ibarat pelukan itu bagai mencekik aku. Entah kenapa, suamiku tiba-tiba menjadi begini.
"Aa-abang"
Aku menepuk-nepuk lengannya meminta untuk dilepaskan. Semakin lengannya ditepuk semakin erat pelukannya pada leher aku. Ya, Allah! Terasa mahu mati aku kerana kekurangan oksigen. Dalam pelukannya, aku mula meronta-ronta agar dilepaskan.
"Aaa..abangg.." Suara aku tersekat-sekat.
Sekali lagi, aku cuba selamatkan diri.
"Aaa...a.. abang"
"ABANG!"
"ABANG!!"
Terus aku bangun dari perbaringan. Serta-merta leher dipegang. Dahi aku dibasahi dengan peluh sejuk. Ya, Allah! Mimpi apa tadi tu? Mahu menangis rasanya aku ketika itu.
Hampir sahaja aku kehilangan nyawa. Tercungap-cungap aku dibuatnya.
Perut yang tiba-tiba tegang aku pegang. Berkerut-kerut kening aku menahan kesakitan. Kesian anak mama. Mungkin terkesan kerana mamanya yang tiba-tiba bangun.
Aku cuba tenangkan diri. Nafas diambil supaya kembali teratur. Ya Allah, petanda apa pula mimpi tadi? Aku menyoal diri sendiri. Ya, memang betul. Memang aku sering mendapat mimpi ngeri sebelum benda buruk terjadi. Tetapi, sudah lama aku tidak mendapat mimpi buruk sebegini. Kenapa Arjuna bagaikan ingin membunuh aku. Isterinya sendiri?
Aku mengeluh. Rambut yang sudah tidak terurus, aku sika ke belakang. Beristighfar banyak kali. Kali terakhir aku mimpi buruk begini adalah ketika hari yang sama Arjuna kemalangan dan koma. Menangis aku bila teringatkan kejadian itu. Perasaan tidak sedap hati mula datang. Aku harap perkara buruk tidak akan terjadi lagi.
Sedang aku termangu keseorangan, tiba-tiba loceng rumah berbunyi lagi sekali. Badan aku automatik mengeras. Fikiran melayang memikirkan tentang mimpi tadi. Air liur ditelan. Kelat. Apa lagi yang nak jadi ni?
Jarum di jam masih menunjukkan pukul 10 malam. InshaAllah, mungkin kali ini tidak ada apa-apa. Aku menyedapkan hati sendiri. Aku pun manusia biasa. Keinginan ingin tahu itu tinggi. Lagi takut rasa, lagi tinggi keinginan itu.
Ya, itulah manusia.
Bertalu-talu loceng rumah aku ditekan. Takut-takut aku untuk membuka pintu. Baru sahaja pintu itu separuh dibuka. Tiba-tiba, susuk tubuh yang sasa menolak dan menerjah ke arah aku. Habis terjerit aku dibuatnya. Terkejut. Membulat mata aku melihat gerangan yang berada di hadapan aku kini.
"Kau buat kat sini?!" tanya suara aku kasar.
Tetapi, soalan aku dia tidak terus dijawabnya. Sebaliknya, pintu rumah dikunci. Jantung aku mula berdegup kencang.
"Syafiq!"
Aku keraskan suara aku.
"Syafiq!"
"diam,"
"Syafiq apa kau buat ni?!"
"AKU KATA DIAMM!"
Mencerlung wajahnya memandang ke arah aku. Bagaikan marah akan sesuatu, diri aku terus diterkamnya. Kedua belah tangan aku ditekup ke dinding. Turun naik nafasnya merenung aku yang berada di dalam genggamannya. Bibir aku bergetar dalam ketakutan.
"Kau dengar sini baik-baik!"
Mataku mula kabur dengan air mata.
"Laki kau patutnya mati!"
Dup! Tiba-tiba, jantung berdetak kuat!
"A-apa yang kau merepek ni? Lepaslah!!"
Walaupun sedang dalam ketakutan, aku cuba meloloskan diri. Tetapi, apakan daya. Kudrat seorang perempuan tidak sama dengan kudrat seorang lelaki.
Pergelangan tangan aku dicekam lebih kuat. Wajahnya didekatkan ke telinga aku.
"Anak dalam perut kau ni, sepatutnya milik aku!"
Kemudian, dia tergelak Sinis. Terus tubuh aku yang sarat ini ditolak jatuh terjelopok ke atas lantai. Ya, Allah! Tidak berjaya aku untuk selamatkan perut yang sudah terhempap hebat. Menggeletar badan aku menahan senak. Menitis jua air mata aku. Perit!
Pintu yang berkunci tadi, kedengaran dibuka. Kelihatan susuk tubuh yang menolak aku tadi, lari keluar tanpa menghiraukan aku yang mengerang kesakitan.
Terasa cecair pekat terus mengalir. Aku tidak ada kudrat untuk bangun. Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu.
Ya Allah, engkau selamatkanlah kandungan aku ini.
Kali terakhir sebelum mata terpejam rapat itulah doa aku. Kemudian, terus disapa oleh kegelapan
-TBC-
_____________
selamat membaca!

ANDA SEDANG MEMBACA
Mahkota Arjuna [HIATUS]
RomanceMahkota Arjuna. Milik aku buat selamanya. Kekasih yang dipisahkan di antara dinding kaca tanpa dia menyedari kehadiran aku di sini. Mesin operator yang menghasilkan bunyi daripada degupan jantung, membuat aku tersedar akan sesuatu. "Kami minta maaf...