Chapter 4

5K 208 1
                                        

......

"Ya Allah.. tolong la jangan.." bisik Thaqeef dalam hati.

Membuka pintu bilik itu perlahan-lahan.. kedengaran suara desahan yang semakin kuat ketika Thaqeef membuka pintu bilik tersebut.

"......"
Terbeliak mata Thaqeef melihat perkara yang sedang terjadi di hadapannya ketika itu.

"Apa yang korang buat ni?!" Serkah Thaqeef.

Terkejut beruk mereka berdua yang sedang melakukan aksi yang tidak senonoh itu.

"Thaqeef ?!" Soal Sadira yang terkejut melihat Thaqeef sedang menyaksikan perbuatannya waktu itu.

"Aawakk.. saya boleh jelaskan semuanya." Kata Sadira tergagap-gagap

Dada Thaqeef berasa sangat sesak dan kepalanya berasa sakit yang amat. Mana tak terkejut, bila dapat menyaksikan hal yang menjijikkan itu dengan mata kepala sendiri dan dilakukan oleh tunangnya sendiri.

Tunang yang selama ini dianggap terpaling baik dan suci ialah seekor syaitan yang bertopengkan manusia.

"Apa yang awak nak jelaskan sekarang Sadira?! Macam mana awak nak jelaskan semua NI ?!" Marah Thaqeef sambil menahan sebak

Sadira berlari ke arah Thaqeef dengan selimut yang membaluti tubuhnya dan merayu kepada Thaqeef untuk mendengarkan segala penjelasannya.

"Awak saya sebenarnya.. "

"Sebenarnya.. lelaki tu paksa saya!! Dia cuba untuk rogol saya Thaqeef." Bohong Sadira sambil menunding jari ke arah Raykal .

"Bbetul.. dia paksa saya Thaqeef .. ttolong percayakan saya." Rayu Sadira lagi

"Kau ingat aku BODOH ke SADIRA!!!" Jerit Thaqeef.

"Kalau dia rogol kau , takdanya kau .." tidak sanggup mengeluarkan kata-kata kerana merasa terlalu jijik melihat Sadira ketika itu.

"Awak , kita perbetulkan semua ni balik ..okey.." pujuk Sadira sambil memegang lengan Thaqeef.

"Bro, aku dengan dia takda apa-apa pun.. Aku just pinjam dia sekejap je.." celah Raykal.

"Nantikan kau nak kahwin dengan dia jugak .. aku janji lepas ni aku tak akan kacau hubungan korang lagi." Kata Raykal tanpa rasa bersalah langsung.

Thaqeef yang mendengarkan kata-kata tak masuk akal itu terus menumbuk wajah Raykal sekuat hati.

Raykal tersembam ke lantai,mulutnya berdarah akibat pipinya pecah dek kerana ditumbuk tadi. Sadira yang melihat keadaan itu cuba untuk leraikam perbalahan tersebut.

Dia taknak la boyfriend kesayangan dia kene lunyai dengan si Thaqeef.

"Thaqeef stop it!! Jangan pukul dia lagi!!" Marah Sadira sambil cuba mengangkat Raykal.

"Kau cuba nak selamatkan dia Sadira?! AKU NI TUNANG KAU!! TAHU TAK?!!" Marah Thaqeef dan tiba-tiba sahaja mencekik Sadira dan menolaknya ke dinding.

"Thaqeef...ughh.. apa yang awak buat ni??" Soal Sadira yang cuba melepaskan cengkaman kuat Thaqeef pada lehernya.

"Aawak ttolongg.. saya tak boleh nak na..nafass.." mohon Sadira yang sudah hampir kehilangan oksigen.

AKU NERAKA BAGIMU (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang