.........
Aira sedang bersiap-siap untuk berangkat kerja. Sementara itu, Aisyah membersihkan meja makan yang telah digunakan mereka sebentar tadi untuk sarapan.
"..." tergesa-gesa memakai kasut tumit tinggi yang baru sahaja diambil dari dalam almari.
"Aira.. awak taknak bawa roti lebih ni ke? Boleh makan-makan dekat dalam kereta nanti." Soal Aisyah.
"Takpa la.. i dah lambat! Bye Aisyah! Eh, assalamualaikum Aisyah." Berlari lari anak ke arah keretanya dan kembali semula ke dapan pintu rumah.
"Aisyah ! " panggilnya
"Ya kenapa Aira? " soal Aisyah yang baru saja ingin ke dapur.
"Err apa doa yang selalu u ajar dekat i tu? I dah lupa la?"
"3 qul, ayat kursi, ayat seribu dinar .. semuanya saya dah tuliskan untuk awak.. ada dekat dalam laci kereta saya tinggalkan untuk awak." Balas Aisyah dengan senang hati.
"Ouh okay okay .. thanks tau.. tapi macam mana doa naik kenderaan tu yang selalu u baca bila u naik kereta dengan i tu." Soal Aira lagi.
"Ouh yang tu.. macam ni .. subhanallazi.. sakhorolana haza wama kunna lahu..." belum sempat dihabiskan.
"Muqrinin wainna ila rabbina LAMUNQOLIBUN !!" Sambung Aira dengan bersungguh.
"Betul tak Aisyah ?"
"Betul la tu.. awak ingat je sebenarnya tu."
"Biase la.. yang depan-depan dia i macam lupa sikit."
Aira pun berlalu pergi. Sudah masuk 5 bulan Aisyah duduk bersama Aira Alhamdulillah hubungan mereka semakin baik dan akrab. Aira yang pada mulanya takut untuk tinggal bersama Aisyah kerana tidak mahu di judge oleh Aisyah kerana cara hidupnya yang bebas , akhirnya merasa lebih nyaman dan selesa semenjak mengenali Aisyah.
Sangkaan buruk yang dibimbangkan olehnya terhadap Aisyah hanyalah sebuah salah faham sahaja. Dia mengira Aisyah seperti orang-orang alim kebanyakkan yang suka menghina dan suka menilai orang sesuka hati mereka.
Tetapi Aisyah malah sebaliknya.. tidak pernah keluar satu kata-kata yang buruk dari mulut Aisyah tentang diri Aira, sedangkan Aira berkerja sebagai seorang pramugari yang dah sah-sah pakaian pun tak cukup kain .. terdedah dan ketat.
Tapi Aisyah hanya menasihatinya dengan cara yang tidak membuatkan dirinya berasa tertekan.
Ayat yang selalu Aisyah sebut
"Allah tu maha penyayang dan pengasih .. jadi saya tak pernah pun nak nilai setiap manusia ni penuh dengan dosa .. sebab Allah sangat sayang dan baik pada hamba-hambanya yang selalu cuba untuk berubah. Allah tak pernah tinggalkan kita. Rahmat Allah tu besar .. sesiapa je boleh dapat Rahmat dari Allah dengan kehendakNya."
kata-kata yang selalu dia bagi tahu dekat Aira bila Aira rasa diri dia ni jahat.FLIGHT
Di dalam sebuah kapal terbang yang akan bergerak beberapa minit sahaja lagi kesemua pramugari yang ditugaskan di dalam kapal terbang tersebut sedang sibuk mempersiapkan makanan , tempat duduk dan memeriksa setiap kabin untuk memastikan semuanya di dalam keadaan yang baik.

ANDA SEDANG MEMBACA
AKU NERAKA BAGIMU (C)
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...