01

19 1 0
                                    

27 September 2021

  Bunyi kicauan burung di luar bilik menandakan hari yang agak indah buat hidup seseorang tetapi bukan pada aku. Tubuh aku masih lagi terbaring di atas katil. Mataku merunung siling bilik. menenung nasib yang bakal terjadi sebentar lagi di dalam hidup aku. Aku merasakan yang kehidupan aku bakal gelap bila aku melangkah keluar dari biliku nanti. 

Bunyi ketukkan di luar menyedarkan aku dari lamunan. " Liya, Bangun siap nanti lambat pula! Pengantin mana boleh bangun lambat cepat siap." arahan dari Mama membuat air mata aku meluncur laju. pintu terus di ketuk sampaikan aku mahu menekup wajahku mengunakan batal di sebelahku.

" Rania Aira Aliya Binti Mohd Nizam, Bangun!" Jerit mamaku disebalik pintu.

" YA! Liya bangun ni!!" Sahut aku kembali. Aku bangun dengan malasnya turun dari katil dan  baju pengantin yang tersangkut di almari bilikku di tenung lama dengan air mata yang meluncur laju sebelum aku melangkah masuk ke dalam bilik mandi. 

Setelah beberapa minit aku mandi, sekali lagi aku menenung baju pengantin yang tersangkut pada almari dwngan hati yang sedih aku memandangnya. Cantik di mata orang tapi tidak di mataku, Aku melihat ia sebagai baju yang membuatkan hidup aku dan impianku musnah. 

" Apa yang aku buat ini semuanya betul ke? Adakah yang bakal terjadi sebentar lagi akan membuatkan hidup aku bahagia? Ya Allah~" monologku dengan hati yang cukup sayu. 

Baju di pengantin di pakai setelah semua selesai. Mak andam masuk ke bilikku untuk menacap wajahku supaya nampak berseri, memandangkan hari ini adalah hari bahagiaku. wajahku cukup sayu di cermin dengan hati yang menangis mengenang yang bakal terjadi. air mata aku tidak lagi mengalir. Aku cuba menahan kesedihan ini tidak mahu orang di majlis ini nampak aku tidak setuju dengan pernikahan ini.

" Liya kenapa muka masam je ni, tak cantik lah muka masam macam ni. senyumlah sikit ." Tegur Sally Mak Andam aku. aku cuba menayangkan padanya senyuman ikhlas walaupun hatiku terasa sakit dan sedih.

" Tak ada apa- apa Sally cuma teruja saja, sebab hari ini kan hari bahagia buat Liya." Balasku pada Sally. Aku senyum padanya dia mengangguk dan senyum tanda faham akan apa yang aku katakan.

Setelah berjam aku di make-up kan dan selindang di sarung setelah selesai. Pintu bilik ku di kuak dari luar. Mama mendekati aku dan kedua belah tangannya mendarat di bahuku.

" Cantik betul anak Mama hari ini, senyum lah sikit sayang, hari ni kan hari bahagia Liya. Jangan masam macam ini. " kata mama kepada aku. Pipinya di dekatkan pada pipiku.

Tidak sampai 2 saat bibir aku di paksa memecahkan satu senyuman yang aku tidak tahu mahu mentafsirkannya seperti mana. Ikhlas atau tidak senyuman itu pada mama aku. Mata kami bersatu pada pantulan cermin di hadapan aku dan aku melihat satu bara api yang cuba ditujukan pada aku.

" Baiklah mama, terima kasih kerana sudah mendoakan Liya dan terima kasih sebab dah menjaga Liya dengan penuh kasih sayang walaupun mama bukan mama kandung Liya. Liya bersyukur sangat dapat Mama yang baik macam mama. " luahkan dari  diriku dan hanya aku sahaja yang tahu seperti mana Mama pada aku.

Setelah lama berada di dalam bilik wajah aku sudah berseri dengan Make-up yang telah di tacap oleh mak andam aku. Aku di bawa keluar dari bilik dan di bawa ke bawah untuk duduk di atas pelamin lah apa lagi kan.

" Eh, aku dengar dia ni yang ganti Tina betul ke? " - Makcik senah

" ha'a dia lah orangnya aku dengar Zaira cakap anak dia Tina tu lari pergi ikut jantan lain" - Makcik timah

" lah, Iya ke? Habistu dia ikut jantan tu kenapa? Yang ini punya lah bagus yang pergi lari ikut jantan yang keluarga tak kenal dah kenapa.." - Makcik senah

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I'm Glad [ OG ]Where stories live. Discover now