BAB 2 : SHOULDER TO CRY ON

9.9K 112 11
                                    



And when you need a shoulder to cry on
When you need a friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone, cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be a friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone, cause I'll be there


Perasaanku berdebar, jantungku berdegup kencang setelah aku send location rumahku padanya. Dengan berlatarkan lagu dari radio Hitz FM, yang berkumandang nyanyian Tommy Page, aku tersentak, apakah yang telah aku lakukan, aku seperti tidak dapat berfikir waras, tambahan pula dia mengatakan dia on the way, dah masuk highway menuju ke Seberang Jaya. Tindakannya sangat drastik, tanpa menunggu jawapan dariku, dia terus bergerak mencariku di sini, di kala aku kerungsingan, di kala aku kemurungan, sakit hati, marah dan kecewa, dia sanggup datang semata-mata ingin mententeramkan jiwaku. Aku tidak pernah mengenalinya rapat, hanya di FB dan wassap kami berbual bicara. Tapi apa yang aku pasti, aku selesa dengannya. Perkenalan kami selaa dua minggu itu amat terkesan padaku, setiap hari kami berbual di alam siber.


Teringat kembali akan detik-detik bagaimana kami boleh menjadi rakan siber, semuanya bermula apabila aku tertarik dengan postingnya dia group Rumahku Syurgaku, kisah kecurangan suami. Dan yang lebih membuatkan aku tertarik, dia menjawab segala komen yang diterima dengan bernas, logik dan tidak memihak pada sesiapa. Aku juga termasuk dalam golongan komentar yang aktif, dan dia senang menjawab soalan-soalanku kerana apa yang dia tulis itu, ada terkena pada diriku juga. Suamiku curang, dia bermain kayu tiga, dia ada hubungan sulit dengan perempuan lain, dan aku yakin, aku ada bukti. Bila ku tanya, dia menafikan, akhir sekali aku juga yang dipersalahkan. Ya, aku akui yang aku tidak dapat memberinya zuriat, tapi bukan salahku. Doktor mengesahkan aku tidak ada masalah kesuburan, tapi bila aku ajak suamiku buat pemeriksaan, dia menolak, membantah, terus menerus menuduhku. Keluarga mentua pun asyik menekan aku, memerliku, hingga aku rasakan stress yang amat sangat.


Aku semakin tertekan dengan situasi itu, ditambah lagi kerja-kerja sekolah yang turut membebankan. Di sekolah, aku cuba gembirakan diri, cuba melupakan hal keluarga. Suamiku tidak banyak membantu hal rumahtangga, mentang-mentang la aku berpendapatan sendiri. Kerjanya sebagai pegawai bank memang lumayan, aku diberikan layanan yang agak mewah di awal perkahwinan kami. Namun kini, semuanya berubah sejak setahun yang lepas. Dia seperti kurang memberikan perhatian padaku terutama di atas ranjang. Jarang kami bersama, dan jika bersama pun, hanya sekejap, cukup untuk melegakan apa yang patut.


Jika kami pulang ke kampungnya, aku sering disindir, dan suamiku tidak back-up, malahan dia mendiamkan diri membiarkan aku menangis sendirian menerima sindiran itu. Aku stress, dan pernah aku slow talk dengannya tentang hal ini, tetapi dia macam tak minat untuk berbincang. Kini, dah dekat setahun kami tak bersama. Dia sering keluar out station, atas urusan kerja katanya. Tetapi aku tahu, dia pergi dating, dia pergi berseronok dengan perempuan, dengan skandalnya. Bagaimana aku yakin? Aku mendapat berita dari kawanku yang bekerja sebagai receptionist di salah sebuah hotel di KL. Dia cam suamiku, tetapi suamiku tak kenal kawanku itu. Kawanku memberitahu yang suamiku check in di hotel tersebut selama dua malam, dan turut serta bersamanya ialah seorang perempuan. Aku minta rakanku itu snap borang registration hotel, dan memang sah itu butiran suamiku, menang itu tandatangan dan nombor plet keretanya. Apa yang boleh aku andaikan, jika seorang lelaki check in dengan seorang perempuan?


Kemuncak konflik kami terjadi malam tadi, dia telah menampar mukaku, hingga tersembam aku ke atas katil. Aku menangis sepuasnya malam itu, dan suamiku keluar rumah tanpa kata, sehinggalah awal pagi tadi aku diberitahu oleh mentuaku yang dia berasa di kampung. Sampai hati dia tinggalkan aku bersendirian di kala aku kesedihan. Bukan dia nak pujuk, malahan dia lari meninggalkanku. Aku kecewa sangat-sangat, dan di saat itu aku teringatkan Cikgu Sham, aku capai telefon terus menghubunginya. Cikgu Sham menunjukkan tanda simpati dan risaunya, dengan tak semena-mena dia terus katakan yang dia nak datang. Aku terkejut, aku terpaku terdiam, dan dia terus meletakkan telefon. Tak lama kemudian dia memberitahu yang dia sedang dalam perjalanan meminta location ku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 22, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FACEBOOKWhere stories live. Discover now