DUA PULUH EMPAT

35 5 8
                                    

TABUNG uji menuangkan cecair misteri ke dalam tabung yang mendidih lalu cecair tersebut mengikuti setiap arah seperti air sungai mengalir deras turun jatuh ke dalam bikar yang berada di garisan penamat.
Bunyi wap-wap air mulai menelagak pantas tangan lelaki berbaju makmal putih itu menutup penunu bunsen. Seluruh meja tersusun barang kerja nya namun kertas kajian dan hasil eksperimen dia yang tidak berjaya bersepah di lantai makmal.

Saintis itu tertawa penuh sinis. Puas!
Suara tapak kaki seseorang mencuri perhatian saintis tua itu dalam lingkungan umur 50-an.

Seorang lelaki berbadan tegap. Tangan baru nak mengetuk daun pintu yang sengaja dibuka sebelah sahaja. Tersentak dia tatkala tuan dia berbaju makmal putih memusingkan badan secara tiba-tiba. Tepat memandang mata tuan dia sendiri.

Lelaki bawahan saintis itu cepat-cepat menundukkan kepala setelah melihat kaki tuannya mendekat. Gogal sudah diletakkan atas kepala menandakan saintis itu sudah menyelesaikan kerja membuat sesuatu sehingga mengambil masa bertahun-tahun untuk lelaki tua itu siapkan dan akhirnya pada hari ini telah berjaya!

"Kau dah buat apa yang aku suruh semalam?" Sarung tangan getah dicabut elok. Dia bergerak ke arah singki berdekatan.

"Sudah tuan!" Lantang bodyguard dia bersuara.

"Kerja yang bagus. Mulai hari ini...kau jangan pernah nak terfikir selamatkan aku. Kau...dipecat." putus saintis tua itu. Ini keputusan yang betul saintis itu buat.

"Tu...an. kenapa?" Terkesima milik berbadan tegap itu. Aku ada buat salah ke atau aku ada terlepas pandang sampai dia rasa kecewa dengan hasil kerja aku selama ini.

Saintis itu tergelak kecil. Bodyguard dia agak hairan. Siapa sahaja yang tidak akan berbagi balasan seperti itu. Dia dah bekerja lama dengan tuan dia tahu-tahu kena pecat. Dapat sebab tidak munasabah pula itu.

"Kau terlalu baik untuk jadi orang bawahan orang jahat. Buat apa lagi dekat sini? pergi balik kampung kau, sekarang!" Halau saintis atau lebih kepada dia tak nak pekerja dia yang lain masuk campur dalam urusan dia dah. Mereka tidak patut terlibat dalam urusan dia. Biar lah dia tanggung semua nya.













"NAK join dengar sekali, boleh?" Ayla pantas menoleh Irfan di depan mata. Tangan disilang dua. Tubuh diangkat. Nak berdiri menghadap muka jejaka tersebut. Nenek di belakang sudah tersenyum makna.

Ada bau-bau bunga cinta ingin tumbuh kembali. Bisik hati nenek itu.

"Ceh, menyibuklah awak ni...Itulah sergah lambat sangat." Irfan hanya membalas senyuman kambingnya. Marah-marah pun still nampak comel!

"Oh, lupa nak tanya...awak ada tak post apa-apa barang dekat saya sebelum ini?" Tanya Ayla. Tak tuduh, cuma nak bertanya. Tak salah kan?

"Hmm tak silap ada, buku novel tajuk dia...Rose's." Ayla menjerit teruja.
Aku salah dengar ke?

"Serius lah? Kenapa tak cakap awal-awal! Kesian kesayangan saya dalam bilik sedang lonely." Irfan hanya berbalas dengan ber-hehe sahaja.

Anak mata digulingkan, tanda menyampah.
"Siapa suruh tak nak buka hadiah tu."

"Siapa suruh hantar barang tanpa  nama pengirim." Masing-masing tak nak mengalah sehingga muncul tangan nenek di tengah-tengah mereka berdua. Ingin memisahkan jarak mereka berdua yang semakin rapat. Jangan layan sangat kemarahan itu, datang dari syaitan tau.

"Eh shh...jangan gaduh!" Bibir gadis itu kedepan dua saat. Dia yang kacau dulu nek! Irfan yang sempat merakam reaksi gadis itu, tersenyum kecil. Sepantas kilat lelaki itu melarikan mata tatkala menyedari tatapan gadis itu bertukar tajam.

Datang sahaja nenek berdiri di sebelah. Aura-aura gelap tadi terus hilang.
"Siapa anak kacak ini? Boyfriend cu ke?" Ya Allah nek. Janganlah terikut-terikut dengan pelajar-pelajar dekat sekolah kami.

Terus membahang kedua-dua pipi Irfan. Eleh, sukalah tu kena puji! Tampar kang.

"Tak. Saya bakal sua..." lutut belakang Irfan disepak Ayla. Tersujud lelaki itu atas rumput. Alaa aku gurau sikit pun tak boleh ke?

"...Eh, bukan nek! Jangan percaya cakap dia. Dia memang suka bergurau..." Ayla tertawa hambar. Irfan memandang wajah Ayla dengan menunjukkan wajah kesian. Sampai hati sepak lutut kita macam itu.

Tawa Ayla menjadi perlahan tatkala mata dia bertembung dengan sepasang mata yang sedang memijat bumbung rumah. Boleh lagi dia pamerkan senyuman tak tahu malu.

"Er...nek saya pamit pergi tandas ye, take care nek!" sejurus itu tangan nenek disalam lembut. Terpinga-pinga Irfan melihat bayangan Ayla yang sedang berlari anak ke arah sana.

"Iyalah, jangan lama-lama! Ada banyak lagi nek nak cerita." Jari nenek mengira berapa banyak lagi cerita dia tahu. Ayla tersengih mesra. Nenek ini comellah!

"Kalau saya lama sangat, nek ceritalah dulu dekat depan nek tu!" Ayla menyambung langkah. Mendekati Eshal yang sedaya upaya untuk turun daripada bumbung rumah itu. Tergeleng-geleng kepala gadis itu dengan perangai Eshal. Jenis tak duduk diam.
Macam aku.

Like Ayla, like Eshal.

Tiba-tiba Eshal menarik tali beg yang digalas supaya mengikuti Eshal ke tempat jauh sedikit daripada orang lain. Eshal ingin kan privasi. Ayla sedikit terkejut dengan tindakan jejaka tersebut.

"Eshal...kenapa awak ni?" Ayla sedikit bengang. Ayla soal banyak kali, Eshal tetap tutup mulut dia serapat mungkin. Mana aku tak marah. Ayla mengalah. Malas pula aku nak memberontak dekat sini. Gadis itu pasrah ditarik jejaka itu.

Sesampai sahaja di tempat sesuai baru lah Eshal melepaskan tangan dia. Tubuh jejaka itu memusing belakang dia. Jejaka itu menjatuhkan kedua-dua lutut dia. Bersatu dengan tanah. Ayla tersentak.

"Aku minta maaf sebab tarik kau tiba-tiba..." gadis itu menutup mulut dia. Wow, tak sangka lelaki berlagak cool ini pandai meminta maaf. Selama ini ingat jenis susah mengaku salah. Pelik. Sungguh pelik. Ayla mulai rasa tidak sedap badan.

"Awak okey tak?" soal Ayla. Bunyi macam serius aje.

"Aku nak beritahu sesuatu pasal kau dan aku harap kau dapat terima semua yang aku cakapkan ini." Eshal melarikan mata dia ketika Ayla mencuba melihat mata Eshal dengan pandangan 'Hang jangan nak tipu kita ya?"

"Awak nak cakap pasal apa? Saya ada sakit teruk?" Tubuh lelaki itu sedikit keras namun dia masih tak nak mengangkat kepala dia. Eshal kekal di posisi yang sama.

"Maybe." Ringkas dia menjawab.

Kedengaran suara berdecit. "Aku ketuk juga kepala kau pakai beg aku ini kang."

-akan bersambung-

Seseorang Yang Kupilih✔️Where stories live. Discover now