Chapter 10

4.3K 149 9
                                    

//

"Awak nak balik dengan apa? Sebab tadi saya bawa awak datang klinik saya dengan kereta saya." Kata Ameer.

"Ouh. I.. hrm.. balik dengan uber jelah pergi ambik kereta I dekat kedai tu." Balas Aira.

"Ke nak saya hantarkan?" Ameer menawarkan khidmatnya

"Er.. kita berdua je ke?" Soal Aira kembali.

"Kenapa? Awak tak nak naik berdua dengan saya?"

"Err.." ragu-ragu.
Aira seperti berbelah bahagi kerana tidak mahu berduan dengan lelaki itu tapi dalam masa yang sama dia pun nak sangat menerima pelawaan itu.

"Dia sama je wak. Awak naik uber pun still berduaan dengan lelaki. Kan." Kata Ameer.

"Tapi.."

"Saya just nak hantar awak balik dekat kedai buku tu je, lepas tu kita tak akan jumpa lagi dah. Macam mana ? Awak still tak nak . Kalau macam tu nanti naik kereta saya,  awak duduk seat belakang tak payah duduk dekat sebelah saya." Pujuk Ameer.

"Takpa ke macam tu? Tak rasa macam jadi driver ke bila I duduk seat belakang pula." Soal Aira .

"Habis tu nanti awak cakap saya ambik kesempatan pula. Anggaplah ni sebagai tanda saya nak tolong awak ,lagipun saya dah bawa awak sampai ke sini dan dah susahkan awak nak balik rumah pula." Jelas Ameer lagi.

"Hrm.. okay. I ikutkan je."

Mereka pun keluar dari bilik doktor itu dan menuju ke arah kereta Ameer. Semasa dalam perjalanan untuk ke tempat letak kereta Aira menanyakan beberapa soalan kepada Ameer.

"U."

"Ya saya."

"Tadi masa I pengsan macam mana U bawa I datang sini? How?" Soal Aira yang sangat ingin mengetahui kejadian setelah dia pengsan.

"Naik kereta lah." Ringkas Ameer slumber.

"Yes I tahu la naik kereta.. maksud I sebelum masuk kereta tu? Apa yang jadi . What happen before?" Soal Aira lagi.

"Kenapa? Awak nak saya cakap yang saya angkat awak , bawa masuk kereta macam tu?" Jawab Ameer sambil memandang Aira dan menjungkitkan sebelah keningnya sambil tersenyum.

Muka Aira merah padam.

"No! Mana ada? I just tak nak la.. ada lelaki yang bukan mahram tiba-tiba pegang I. Dan mana tahu aurat I dah terdedah ke? U ingat senang ke I nak jaga semua ni.. I ni baru nak berhijrah tau . I tak nak lah semua ni jadi sia-sia sebab tu." Terang Aira panjang lebar.

Ameer ketawa kecil.

"Haha.. awak jangan risau. Bukan saya pun yang angkat awak lepas pengsan tu tapi budak-budak perempuan yang ada dekat kedai buku tu yang angkat awak. Then, bila sampai klinik saya, saya suruh nurse perempuan saya yang angkat awak masuk ke bilik saya. Dan jangan risau juga sebab waktu saya rawat awak pun ada nurse perempuan yang temankan saya." Jelas Ameer .

"Puas hati?" Soal Ameer

"Ouh." Terkedu seketika.

AKU NERAKA BAGIMU (C)Where stories live. Discover now