Pulang

0 0 0
                                    

Setibanya mereka di kampung, mereka disambut dengan senyuman yang manis dari wajah atuk Rykal. Namun senyumannya terus pudar apabila melihat anak lelakinya itu.Lalu, atuk Rykal menjemput mereka masuk ke dalam rumahnya tanpa mengendahkan encik ikmal.

  Encik Ikmal hanya terdiam dan melihat ayahnya yang masuk ke rumah bersama anaknya Rykal dan isterinya zia. Selepas selesai membereskan barang, atuk Rykal mempelawa mereka untuk menjamu hidangan yang disediakan oleh atuknya.

Selepas selesai makan, encik ikmal duduk di sofa sambil memikirkan dimanakah tempat yang harus dia pergi untuk mendapatkan kerja kosong. Melihat ayahnya yang sibuk berfikir mengenai kerja, Rykal membawakan ayahnya segelas kopi untuk dinikmati sambil berfikir.

Encik Ikmal berterima kasih kepada anaknya itu sambil mengusap kepala anaknya. Encik Ikmal bertanya kepada anaknya tentang dimanakah keberadaan maknya lalu Rykal menjawab bahawa maknya sedang sibuk menolong atuk berkebun di belakang rumah.

Keesokan paginya, encik Ikmal keluar untuk mendapatkan kerja kosong ditemani oleh isterinya. Sebelum pergi mereka menyalam tangan ayahnya dan seperti biasa, encik Ikmal lagi lagi tidak dihiraukan oleh ayahnya.Namun, tidak untuk isterinya yang dilihat begitu mesra sekali.

  Di dalam perjalanan, encik Ikmal masih memikirkan ayahnya yang seperti tidak memperdulikannya walaupun dia sudah berusaha untuk berbaik dengan ayahnya.Namun, isterinya tetap menyemangatinya agar suaminya kembali bersemangat untuk mencari kerja.

BERSAMBUNG.....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 26, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HILANG KASIHWhere stories live. Discover now