Part 4

3.2K 201 21
                                    

Rambut dibetul-betulkan seraya kaki melangkah ke muka pintu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rambut dibetul-betulkan seraya kaki melangkah ke muka pintu. Kasut tumit tinggi yang berada di dalam almari dicapai. Tangan mengusap-usap bibir yang mengenakan gincu. Perfect as always, Jelita!

"Cik Jelita, nak pergi mana ni?" Tegur Muna dari belakang. Hairan melihat gadis itu bersiap seperti mahu keluar.

"Keluar. I nak pergi cari butik. Takkan I nak kahwin pakai baju kurung kedai tepi jalan kot." Berlagak dia bersuara. Langsung tak diendahkan wajah Muna yang kelihatan bingung.

"Sebenarnya semua berkaitan majlis kahwin Cik Jelita dah diselesaikan. Cuma Cik Jelita perlu ke butik yang ditetapkan untuk cuba baju nikah."

"Baju nikah aje? How about my reception? I tak nak pakai baju sama! Dan I tak nak buat pada hari yang sama. Penat!"

Muna tersenyum kecil melihat telatah Jelita.

"Memang Cik Jelita akan ada baju nikah sahaja sebab kita akan buat majlis nikah saja, Cik Jelita. Tuan Fareeq sendiri minta buat kecil-kecilan di masjid. Buat doa selamat dan kemudian makan-makan. Macam tu lah lebih kurang." Ujar Muna tenang walaupun dia tahu tak lama lagi Jelita akan meletup.

Riak wajah Jelita bertukar garang. Mata mencerlung tajam. "What?! Nonsense!" Tempiknya kuat.

Muna tundukkan wajah. Tak betah melihat kemarahan Jelita. Mahu bergegar satu rumah.

"You must be kidding me, Muna! Gila ke apa buat kecil-kecilan aje?! Kawan I dah berapa orang, mana cukup buat di masjid aje! Oh my god, panasnya hati I macam ni!" Tangannya sibuk mengipas-ngipas seluruh tubuh yang mula membara. Sungguh dia tak boleh terima majlis kahwinnya hanya dibuat di masjid tanpa sambutan yang lebih meriah. Sudahlah kahwin sekali seumur hidup.

"Saya minta maaf, Cik Jelita. Ini arahan Tuan Fareeq."

"Tak habis-habis dengan arahan! Dia ingat dia siapa nak atur I macam ni?! He is too much!" Mengapa ketika dia cuba menerima jalan hidupnya, ada saja yang menyakitkan hati. Salahkah kalau dia mahukan majlis yang meriah? Dia mahu majlisnya menjadi wedding of the year. Bukan macam ini!

Amukan Jelita hanya dibiar sepi. Hendak bersuara, dia pun tak berani. Lagipun, dia cuma sampaikan apa yang dia tahu sahaja.

"Bawa I pergi butik tu sekarang. Now, Muna!"

Pantas Muna mengangguk, gerun hendak menolak. Nanti ada yang masuk hospital pula.

•••

Mata tak dapat dialihkan daripada mengamati lelaki yang mundar-mandir di luar bilik mesyuarat. Lelaki tersebut nampak gelisah. Entah apa lah yang terjadi. Selepas Fayyad mendapat panggilan daripada seseorang, lelaki itu mula tak keruan. Fareeq yang melihat pula jadi tak senang duduk. Hati menjerit mahu tahu apa yang berlaku sampaikan Fayyad nampak tertekan bercakap dengan pemanggil di dalam talian.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now