Bab 10

10.3K 691 69
                                    

Yara menghela nafas lemah. Kepalanya tak henti berdenyut sejak Maghrib tadi. Sementara menunggu waktu Isya' masuk, lebih baik dia lelapkan mata sekejap. Mungkin sakit kepalanya akan berkurang. Itu yang Yara fikir, tetapi belum sempat dia memejamkan mata, pintu biliknya dibuka oleh Puan Wahidah.

"Kak. Awat hang tak habaq dekat mama yang depa tu orang kaya? Ummi dia cerita yang Attar tu pandai buat apps macam Whatsapp, Facebook apa semua tu. Duit dia mesti banyak. Alhamdulillah la kak."

"Lah, dan lagi dok pi bergosip pasal Attar. Mana kak tau, tak sempat lagi nak kenal lebih-lebih. Kalau dia berduit, Alhamdulillah. Kakak pun ada ja duit." Belakang leher diurut berkali-kali. Mengurangkan rasa sengal yang bertandang.

"Tapi tu la kan..."

"Tu la apa?" Entah kenapa hati Yara jadi tidak selesa dengan ayat itu.

"Mama segan la sikit. Hang diploma pun tak dan nak habis pi drop. Kalau usaha sikit lagi mesti dah ada diploma. Suami hang mengaji sampai degree mana. Lepas tu parut dekat tangan tu hang nak buat macam mana kalau dia tanya? Risau la mama. Tapi tak pa la sebab hang pun dah berjaya jadi penulis sekarang. Ada benda yang mama nak banggakan."

Tubir mata Yara mula terasa hangat dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut ibunya. Hatinya bagai direntap. Sudahlah penatnya masih belum hilang sepenuhnya. Sampai bila wanita ini ingin terus melukai hatinya tanpa menyedari akan setiap apa yang dituturnya? Tidak pernahkah mamanya terfikir bahawa dia juga tahu apa itu rasa sakit? Yara menarik selimut untuk menutup seluruh tubuhnya. Air mata yang cuba ditahan akhirnya menitis juga.

"Mama selalu macam ni. Pandai-pandailah kak cakap dengan dia. Ma pi la keluaq dulu. Kak nak tidoq sat. Sakit kepala." Dalam sebak dia cuba menahan getaran pada suara. Tidak mahu Puan Wahidah sedar yang dia sedang menangis.

"Hang lagu tu la perangai. Orang sembang sikit pun kerja nak mengelak. Nak kahwin tak lama dah." Tambah Puan Wahidah lagi. Dia langsung tidak perasan yang hati anak sulungnya sudah terluka.

Sebaik sahaja Puan Wahidah keluar, Yara terus menghempas dan mengunci pintu bilik dengan pantas. Wajahnya disembam ke bantal. Esakan yang tidak tertahan lagi terlepas juga. Sesekali, Yara mencengkam keras dadanya. Pedih, kecewa, itu yang dia rasakan. Tidak berguna sangatkah dia sebagai seorang anak? Dia tak minta jadi macam itu dan di saat dia tengah emosi juga, telefon mudah alihnya ingin berdering.

Tanpa melihat nama si pemanggil, Yara menerima panggilan itu memandangkan iPhone sudah berada dekat dengannya. Dia langsung tidak sedar akan tindakan yang dilakukan saat itu kerana hatinya yang diserbu perasaan geram.

"Assalamualaikum, small butterfly. Awak ok?"

Soalan Attar yang sangat kena dengan situasinya ketika itu membuatkan air mata Yara semakin mencurah lebat.

"Waalaikumussalam. Maaf, nanti saya call awak balik."

"No, wait. Are you crying, dear? Is everything alright? Ini saya, Yara. Attar, tunang awak. Cuba bagitau saya?" Nada suara Attar bertukar risau dalam sekelip mata.

Hampir sekali Yara menekan punat end kerana terkejut mendengar suara Attar tetapi lelaki itu terlebih dahulu menghalangnya.

"No, Yara! Jangan end call." Seperti tahu-tahu saja jejaka itu dengan apa yang ingin dilakukannya.

Yara mengeluh berat. Sesak di dada semakin terasa. Dia rasa seperti ingin lari daripada semua orang dan menghilang tanpa jejak.

“Please, Yara. Saya mohon. It's okay, tak perlu cakap apa-apa. Biar saya saja yang bercakap. Attar nak minta awak tunggu kejap je dan kalau boleh Yara pakai earphone, earpod ke apa tak kisah. Nanti Attar datang balik. Boleh kan? Attar nak ambil wudhu' kejap. Tunggu ya, precious."

Yara mengangguk lemah walaupun Attar tidak berada di hadapannya. Dia tidak ada daya untuk bertengkar kata mahupun membalas apa-apa. Air mata masih mengalir deras cuma esakannya yang semakin berhenti.

"Dear, are you there?"

"I'm here."

"Good. Attar ada cara nak tenangkan hati awak.”

Dengan lafaz bismillah, Attar memulakan bacaan ayat suci Al-Quran. Rupanya, sebab itu Attar minta izin untuk berwudhu' dan meminta Yara menunggu. Hati Yara sedikit tersentuh dengan tindakan lelaki yang kini bergelar tunangnya. Lantunan suara Attar amat merdu dan menenangkan. Hati yang pada awalnya berasa sesak, dengan mudahnya bertukar lapang. Air mata Yara turut kering.

Kelopak mata mula terasa berat. Yara cuba untuk tidak memejam mata tetapi ketenangan yang dirasainya ketika itu jauh lebih hebat. Kesudahannya, dia terlelap dengan iringan ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Attar.

"Sadaqallahul Azim."

Al-Quran ditutup dan diletakkan di sisi katil. Selesai membaca Al-Quran, Attar berzikir dengan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahuakbar. Hatinya ikut sekali tenang. Itulah kehebatan kalam Allah dan zikir-zikir.

"Yara?"

"Yara Ameena?" Serunya lagi.

"Dah tidur ke tunang saya?" Soalnya lagi, menginginkan kepastian.

"Memandangkan, small butterfly saya dah tidur, bolehlah saya cakap apa yang saya nak cakap dekat awak, kan? Jantung saya rasa macam nak pecah dengar suara awak tahan menangis macam itu. Apa yang buat awak sedih sangat ni, dear? Jujur saya risau. Yara Ameena, my strong and beautiful lady, semoga awak terus kuat. Waktu Isya' dah masuk. Saya solat dulu, nanti saya kejutkan awak, ya?"

Attar mematikan panggilan telefon. Dia menarik nafas berat. Dalam hati, Attar beristighfar panjang. Kerisauan kembali menapak dalam hatinya. Sukar betul dia nak menepis.

"Ya Allah yang Maha Berkuasa, Engkau pinjamkanlah kekuatan untuknya dan angkatlah kesedihannya. Gantikan air mata itu dengan senyuman. Ameen Ya Rabb."

Semoga wanita yang bertakhta di hatinya ini terus kuat. Tidak ada yang lebih penting bagi Attar saat ini selain kebahagiaan seorang Yara Ameena. Seandainya Yara terluka, dia juga akan merasakan kesakitan itu. Jantungnya hampir terhenti mendengar wanita itu menangis. Dia merasa sesak kerana tidak dapat berbuat apa-apa. Keluhan berat terlepas lagi dari bibirnya.

Kasih Kita Sempurna (BAKAL TERBIT)Where stories live. Discover now