BAB 7

108 6 2
                                    

Nafas berat di hembus kasar. Mata pasrah melihat keberadaan Amani di butik baju pengantin yang sama dengannya. Apa yang buat dia tidak percaya lagi adalah Hayyan seperti tidak kesah amani bergabung dengan mereka. Mujurlah Rayyan ikut sekali tidak lah dia terlalu bosan.

Wajah tegang milik Rayyan jelas terpancar wajah tidak puas hati melihat Hayyan yang melayan karenah Amani. Entah siapa yang pengantin pun dia tidak tahu, yang nak kahwinnya Hayyan dengan Adeliya yang terlalu over pula si Amani. Bukan main lagi semua baju yang Adeliya pilih tidak kena.

"Macam mana ulat beluncas tu boleh ada dekat sini?" Soal Rayyan yang sengaja menguatkan suaranya.

Sengaja dia kuatkan suaranya. Adeliya hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Macam mana dia mahu tahu kalau dengan tiba-tiba sahaja Amani sudah terpacak di hadapan butik ini, dan paling tidak malunya dia boleh membuat tidak menyangka akan berjumpa dengan Hayyan.

"Urat malu dia memang dah putus sejak azali lagi ke Ad? Ke memang dah tak ada urat malu dah?" Ujar Rayyan Kuat.

"Berbulunya mata I tengok muka dia. Dah lah tak cantik mana, pakai make up tebal nak mampus. Itu sekali I tampar tu mahu jerebu satu Malaysia ni." Kutuk Rayyan.

Sakit pula hatinya mendengar ujaran Rayyan terhadapnya. Pandang tajam Amani hadiahkan kepada Rayyan dan Adeliya. Lah si Adeliya yang tidak kata apa-apa dari tadi pun turut kena ke? Senyuman sinis Rayyan pamerkan, apa ingat dia takut ke dengan si ulat beluncas tu?

Lengan Hayyan cuba di rangkul oleh Amani, tetapi dengan tangkas Hayyan menepis yang membuatkan Amani hampir tersungkur ke hadapan. Adeliya yang melihat itu sepuas mungkin dia menyorokkan ketawa daripada terletus.

"Eh!!! Alaaa!!! Kenapa tak jatuh..." Kata Rayyan yang sudah berdiri tegak ingin bersorak.

Terkepal erat gengamam Amani. Wajah tidak puas hati dia melihat tepat ke arah Rayyan dan Adeliya yang sedang sehabis mungkin menahan n tawa. Langkah kaki di buka laju dia melangkah ke arah Adeliya tangannya di angkat tinggi mahu menampar wajah Adeliya.

Tidak sempat tangan Amani mendarat ke wajah Adeliya, Hayyan terlebih dahulu menarik rambut Amani dengan kuat. Memerah mata Hayyan menahan amarah, pantang sungguh dia melihat orang ingin menaik tangan terhadap Adeliya. Meraung kuat Amani merasa kulit kepalanya seolah ingin tercabut dari kepalanya.

"BERAMBUS!!!" Jerkah Hayyan nyaring yang menghempas rambut Amani kuat.

Tergopoh-gapah Amani bangun dan terus berlari keluar dari butik tersebut. Terletus ketawa Adeliya melihat tingkah Amani yang ketakutan itu, ada rasa takut rupanya ingatkan kuat sangat sebelum ini. Wajah Adeliya yang sedang ketawa di lihat tidak puas hati.

Perasan akan dirinya di tenung selamba Adeliya menaikkan keningnya ke arah Hayyan menandakan 'apa'. Sudah selalu dia di tenung begitu jadi tidak hairan lah kenapa dia tidak takut sama sekali. Baginya sudah lali kalau Hayyan memandangnya tidak puas hati.

"Kanapa tak lawan balik?" Soal Hayyan dinggin.

Macam mana dia mahu melawan kalau Rayyan sudah terlebih dahulu menghalang Adeliya dengan tubuh tegapnya. Sengihan tidak bersalah di hadiahkan, Kepala yang tidak gatal juga turut di garu. Bukannya Hayyan tidak tahu Rayyan yang menghalang Adeliya dengan tubuhnya supaya tidak di tampar oleh Amani sebentar tadi.

"Hey!!! How dare you Ayyan!!! Aku yang hampir kena tampar tau." Kata Rayyan yang tidak puas hati.

Tetapi hampa keberadaanya seperti tidak wujud di antara situasi begini.

"Woah!!! Kena palau siot aku!!!" Ujar Rayyan sambil memeluk dirinya.

Merasa tidak di layan Rayyan duduk sambil memeluk dirinya dengan wajah yang tidak puas hati, hey dia hampir kena tampar dengan perempuan meroyan tadi tau tapi yang di risaukan Hayyan ialah Adeliya heh. Mulut sudah terkumat kamit tanda protes. Terletus kuat ketawa Adeliya melihat muncung Rayyan sudah seperti mulut itik.

GADIS DAMBAAN HAYYAN LUTHFIY ARIAN (OG)Where stories live. Discover now