•BAB 3•[LANGIT ANGGUN]

0 0 0
                                    

"Sayang kakak, bangun ya. Kakak tunggu adik, kuat ya." Kata Mawar yang sudah teresak-esak ditepi katil adiknya. Anggun sudah kembali stabil.

Sewaktu mereka melawat Anggun tadi, keadaan Anggun ketika itu masih tidak sedarkan diri dan doktor mengesahkan keadaan Anggun sangat tidak baik akibat tendangan di bahagian perut dan kepala Anggun.

Luluh hati seorang kakak apabila melihat wajah dah tangan adiknya yang penuh dengan luka dan lebam itu. Tambah pula apabila dia melihat lebam pada perut dan bahagian kaki adiknya, betapa hancurnya dia melihat semuanya ketika doktor yang merawat adiknya menunjuk semua kesan-kesan lebam yang ada.

Kini, Anggun telah kembali stabil tetapi dia masih tidak sedarkan diri. 

"Sayang, saya ke universiti Anggun dulu ya. Saya nak berjumpa dengan pengarah universiti." Izzar perlu ke universiti sekarang untuk selesaikan apa yang patut.

Mawar hanya sekadar mengangguk, Izzar sempat melabuhkan ciuman pada dahi isterinya sebelum dia melangkah keluar dari wad pensendirian itu.

...

Kereta Izzar meluncur masuk ke dalam kawasan universiti. Dia perlu berjumpa dengan pengarah universiti untuk bertanyakan dengan lebih lanjut.

Masuk sahaja ke dalam pejabat, Izzar diarahkan untuk masuk ke sebuah billik. Izzar perasan ada beberapa pelajar yang juga turut berada di dalam bilik khas yang telah disediakan untuk mereka berjumpa dan berbincang.

"Tuan Izzar? Abang Anggun?" Tanya pengarah denagn pelik kerana dia telah memaklumkan kepada keluarga Anggun tetapi kenapa pemilik universiti ini pula yang datang. Tidak mungkin Izzar adalah abang Anggun.

"Ya, saya abang dia." Izzar mula dingin apabila dia melihat pelajar-pelajar yang turut berada dalam bilik itu. Izzar meneka bahawa mereka yang buat Anggun hingga masuk hospital. Semua yang berada di dalam bilik itu turut tercengang apabila mengetahui bahawa Anggun adalah adik kepada pemilik universiti ini.

"Boleh kami bertanya, keadaan Anggun sekarang?" 

"Anggun masih dalam pemantauan doktor dan belum sedarkan diri lagi. Saya datang ke sini untuk selesaikan apa yang patut. Boleh saya tanya, mereka inikah pelajar yang..." Izzar hanya menggantungkan ayatnya. Geram juga dia apabila melihat wajah pelajar-pelajar itu.

Ada juga beberapa pensyarah yang mengajar Anggun turut berada dalam bilik tersebut. Mereka lebih mahu mengetahui keadaan Anggun sahaja. Mereka semua risaukan keadaan Anggun selepas mendengar apa yang telah terjadi kepada Anggun.

"Saya disini bukan untuk menunjuk kuasa saya sebagai pemilik yang sah ke atas universiti saya sendiri. Saya ke sini untuk melihat siapa yang berani sentuh adik saya. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak tahu bahawa adik saya akan diterima masuk ke universiti ini sewaktu dia mahu mendaftar di universiti ini"

"Dan juga bukan bahagian saya untuk terima dan menolak mana-mana pelajar yang mahu belajar disini. Tetapi bila saya dapat tahu yang adik saya kena seteruk ini, saya tidak teragak-agak untuk cari siapa dalangnya. Kenapa nak akhir semester, baru Anggun dapat layanan seteruk ini?"

Pelajar-pelajar yang ada di dalam bilik itu terus tercengang apabila mengetahui pemilik universiti ini adalah abang kepada Anggun, setahu mereka Anggun hanya mempunyai kakak sahaja.

Izzar memandang seorang demi seorang dan pandangannya terarah kepada Aida yang sedang menundukkan wajahnya.

"Kamu Aida?" Izzar memandang tepat ke arah Aida. Aida sudah mula takut dengan pandangan tajam itu, dia seolah tahu apa nasibnya selepas ini. 

Pensyarah yang lain hanya mendiamkan diri kerana mereka tahu jika pemilik universiti turun sendiri untuk menyelesaikan masalah, perkara tersebut sangatlah serius, lagi-lagi melibatkan adiknya.

Sebelum ini Anggun meminta kepada abang iparnya untuk tidak hebohkan pada pihak universiti bahawa Anggun adalah adik ipar kepada Izzar. Anggun tidak mahu orang lain salah anggap kepadanya. 

Izzar hanya turutkan sahaja sewaktu Anggun memberitahunya bahawa dia sudah diterima masuk ke universiti ini tetapi sekarang keadaan semakin teruk sampai separuh mati Anggun dikerjakan oleh si kaki pembuli dan dia tidak boleh berdiam diri lagi.

"Mudah kerja saya, saya nak awak semua pack barang-barang dan keluar dari universiti ini sekarang. Bila saya tengok pencapaian kamu semua di sini juga sangat teruk, memang patut kamu semua digantung dari universiti ini."

"Kamu semua patut bersyukur saya tidak berhentikan terus dari universiti ini. Kamu semua dah kerjakan Anggun separuh mati, ingat saya nak berdiam diri lagi! Sekarang balik hostel masing-masing dan keluar dari kawasan universiti ini."

Izzar bercakap dengan nada yang keras. Semua yang berada di dalam  bilik itu terkejut dan tidak mampu berkata apa. Ini keputusan dari CEO universiti ini, jadi mereka perlu akur dengan segala keputusan yang telah dibuat.

Ada yang sudah menangis sambil keluar dari bilik itu, Aida juga masih terkejut dengan keputusan yang telah dibuat serta-merta. Apa yang dia takutkan adalah bagaimana dia mahu memberitahu kedua ibu bapanya tentang perkara ini.

Ayah pasti mengamuk habis apabila dia menceritkan perkara sebenar.

...

Mawar perasan ada sedikit pergerakkan oleh Anggun, terus dia menerpa ke arah adiknya.

"Adik, bangun sayang. Ini kakak." Mawar memegang tangan Anggun seeratnya. Seksanya dia melihat keadaan adiknya sekarang. 

Anggun membuka matanya dengan perlahan. Cahaya lampu yang terang itu membuatkan dia sukar untuk membuka matanya. 

Anggun sudah sedar dari lena yang panjang. Kini matanya menangkap susuk tubuh kakaknya. Tanpa sedar, air mata mengalir di pipi Anggun kerana dia teringatkan kata-kata kesat yang telah dilemparkan kepadanya. Hatinya menjadi semakin sakit.

Mawar mengesat air mata yang laju mengalir di pipi adiknya. Dia terus memeluk Anggun yang sudah menangis teresak-esak itu.

"Kakak... kakak... adik sakit kakak. Adik..." Anggun tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi. Anggun rasa seperti tiada hari indah buatnya selepas ini. Dia rasa sangat tertekan dengan kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.

Kenapa nasibnya seperti ini.

"Adik sakit dekat mana, beritahu kakak. Kakak ada untuk adik, jangan takut ya." Mawar juga turut menangis melihat adiknya yang menangis teresak-esak itu. Mawar perasan bahawa Anggun sukar untuk bernafas kerana terlalu banyak menangis, Mawar semakin berdebar. Nafas adiknya tersekat-sekat.

"Adik, breath. Tengok kakak, tenang sayang. Kakak ada untuk adik, shh..." Lagi kuat dia memeluk adiknya itu. Mawar menenangkan adiknya. Dia tahu melalui tangisan sudah menggambarkan betapa terseksanya adiknya itu.

Semakin lama, semakin tenang Anggun dalam pelukan Mawar. Mereka berdua hanya diam sahaja tanpa ada sebarang perkataan yang dikeluarkan dari mulut. Anggun sudah kembali lena semula dalam pelukan Mawar. Penat menangis sehingga terlena dalam dakapan kakaknya.

Dakapan kakaknya itu sangat menenangkan jiwa Anggun. Bagi Anggun, Mawar adalah segalanya. Tempat bermanja, mengadu dan bercerita segala hal. Dakapan kakaknya juga mengingatkan akan arwah mama dan ayahnya. 

Dia rindukan kasih sayang dan belaian seorang mama dan ayah. Terlalu rindu.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



LANGIT ANGGUNWhere stories live. Discover now