//
Thaqeef sedang melihat lelaki tua yang sedang cuba untuk membantu Aisyah, lalu dia mendapat satu akal untuk kelihatan seperti seorang suami yang sedang membantu isterinya yang sedang terkena panic attack."Maaf pakcik, buat pakcik terkejut pula. Isteri saya ni ada masalah mental illness sikit. Dia tengah panik sekarang. Tadi dia sikit lagi nak kena langgar dengan kereta dekat luar ni." Jelas Thaqeef sambil memeluk erat tubuh Aisyah dan cuba untuk mengosok-gosok kedua belah pipi Aisyah dari luar niqab itu.
"Betul ke ni? Nampak serius sangat je pakcik tengok.. sebab nampak macam tengah bergaduh." Kata Pakcik itu.
"Takda lah pakcik. Saya minta maaf ya."
"Ppak.. pak ci.." tidak sempat mengeluarkan kata-kata Thaqeef terus memeggang wajah Aisyah dan di hadapkan ke arahnya.
"Sayang.. abang tahu sayang tengah panik.. tadi tu takda apa pun.. jangan macam ni ya sayang.. abang ada dekat sini takda apa-apa pun yang jadi dekat sayang tadi.. keh." menarik rapat tubuh Aisyah pada dada bidangnya untuk dipeluk dengan rapat.
Sungguh Aisyah tidak berdaya untuk melawan lelaki kuat itu.
"Elok-elok la ya.. pergi bawa hospital mungkin dia perlukan ubat. Kalau kamu boleh uruskan pakcik pergi dulu ya nak." Ucap pakcik itu.
"Ya pakcik. Terima kasih sebab ambik berat. Saya betul-betul minta maaf dah buatkan pakcik salah faham." Ucap Thaqeef dengan sangat sopan dan hormat sekali.
Setelah lelaki tua itu pergi, Thaqeef kembali semula ke rancangannya untuk membawa Aisyah ke suatu tempat.
Aisyah diseret kembali sampai ke dalam kereta Audi Rs7 milik Thaqeef. Aisyah hanya mampu berserah, kini hanya dia mampu berdoa kepada tuhan agar akan ada bantuan yang akan diturunkan oleh Allah buatnya.
Aisyah tidak dapat menghubungi sesiapa kerana beg tangannya sudah tidak ada lagi pada tubuhnya, mungkin saja telah jatuh ketika diseret oleh Thaqeef.
Aisyah menangis seusai saja melihat Thaqeef di sebelahnya, dia benar-benar tidak mahu dipergunakan oleh Thaqeef. Sudah bersusah payah dia menjaga kehormatannya selama ini tidak mungkin dengan mudahnya lelaki itu akan merampas segala-galanya dengan sekelip mata saja.
Aisyah terus menangis membayangkan hal itu jika terjadi.Thaqeef mengeluarkan sebuah telefon pintar miliknya dan cuba menghubungi seseorang sambil sebelah tangannya masih lagi memegang stereng kereta.
Aisyah masih terkedu di situ, tidak mampu untuk bertindak dek kerana ketakutan.
Tut.. Tut.. Tut..
"Hallo?"
"Oi Tiger, ni aku Thaqeef.. aku nak kau sediakan tempat yang biasa aku pergi tu cantik-cantik.. aku nak menjamu hari ni." Balas Thaqeef sambil memandang sinis ke arah Aisyah bersebelahan dengannya.
"U ada jumpa perempuan ka? Haiya.. U memang suka libat kan wa dalam masalah U ar.. okay takpa lah Thaqeef. Wa sediakan itu hotel." Kata tiger lalu menutup panggilan.
Thaqeef juga begitu.
"Kau nak jadi penyelamat sangat. Kan. Sekarang kau jadilah penyelamat untuk perempuan tu sampai bila-bila." Sindir Thaqeef .
![](https://img.wattpad.com/cover/356059185-288-k836641.jpg)
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU (C)
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...