Part 7

3.3K 208 18
                                    

"Mak dengan abah balik dulu, Eeq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mak dengan abah balik dulu, Eeq." Ujar Puan Insyirah sebaik sahaja mereka berdiri di tepi kereta milik Fayyad.

Fareeq bertindak mengucup tangan mak dan abahnya sebelum kulum senyum tipis. "Baik, mak. Hati-hati. Nanti dah sampai, beritahu Eeq. Terima kasih sudi datang majlis nikah Eeq yang tak seberapa ni."

"Apa yang tidak seberapanya? Baguslah, kita hidup kena bersederhana. Jangan terlalu mengikut kata hati." Sampuk Encik Farid lembut, disambut anggukkan Puan Insyirah.

Bukanlah tak boleh menyambut besar-besaran tetapi itu kan tidak wajib. Jika kita mampu, tidak ada salahnya. Kerana yang lebih penting, bukan majlisnya tetapi kehidupan selepas berkahwin kelak.

"Eeq, jaga menantu mak baik-baik. Nanti kalau ada masa, bawalah dia balik kampung. Mak nak juga kenal rapat menantu mak." Suara yang berbaur pujukan itu menimbulkan senyuman di wajah Fareeq. Terus pandangannya terhala ke arah Jelita yang sedang berbual dengan Muna.

"Insha Allah, mak. Eeq cuba jaga Jelita baik-baik. Eeq akan jaga dia dengan nyawa Eeq sendiri, mak."

Puan Insyirah mengangguk. Begitu juga Encik Farid.

"Yad, bawa kereta elok-elok. Jangan laju-laju. Ingat, kau bawa mak abah." Nada suaranya berbaur amaran. Jari dituding ke arah Fayyad. Bukan dia tak kenal adiknya, bawa kereta macam nak terbang. Nasib baik tak boleh terbang, kalau tidak, mungkin kapal terbang pun kalah.

"Jangan risaulah. Ni Fayyad. Pemandu terbaik di seantero dunia. Wa kasi settle punya!" Ujar Fayyad, berloyar buruk. Fareeq hanya mampu menggeleng kepala melihat adiknya yang susah hendak serius.

•••

Lelaki yang merapatinya dipandang atas bawah. Disebabkan lelaki itu, perbualannya bersama Muna terhenti serta-merta. Wanita itu pantas bangun lantas menundukkan kepala. Jelita mencebik seketika. Entah apalah yang ditakutkan sangat?

"Jom balik." Suara Fareeq tanpa nada mula menyapa gegendang telinga.

"Balik mana?" Soal Jelita, polos.

"Balik rumah kitalah."

"Tak nak. I nak balik rumah I sendiri." Selamba Jelita membantah. Muna yang melihat hanya mampu menelan liur payah. Berani-berani Jelita mengingkar suruhan Fareeq?

"Kalau kau rasa kau akan balik rumah kau, tinggal di rumah kau ataupun balik semula ke luar negara, kau silap. Kau akan tinggal dengan aku. Barang kau semua dah dipindahkan ke rumah kita. Kau setuju atau tak, kau tak ada pilihan."

Jelita menggulingkan biji matanya ke atas. Nikah tadi bukan main malu, sekarang hilang semuanya digantikan sikap sinis dan sarkastik.

Fareeq membongkokkan tubuh sebelum merehatkan tangan di belakang kerusi Jelita. Wajahnya kelihatan lebih dekat dengan gadis itu. Tatapan mereka bersabung.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now