DUA PULUH SEMBILAN

42 5 0
                                    

SEGENAP ruang bilik dipenghuni mereka secara tiba-tiba terbakar dan meletup sana sini. Lagi-lagi bilik itu ada banyak bahan kimia yang dapat menguatkan api tersebut. Dua belah telinga disumbat dengan jari penunjuknya. Telinga terasa berdesing untuk seketika. Secara tiba-tiba emosi gadis itu menjadi kacau.

"Irfan bangun. Kita kena keluar dari sini!" Lelaki itu menjatuhkan kepala sekali sebelum menangkap tapak kasut seseorang yang menuju ke arah sini.

"Ayla. Irfan!" Kepala Irfan terangkat, memandang figura Fakhrul yang datang dari tangga laju meluru masuk ke dalam membawa sehelai kain putih. Kelihatan Irfan sedang menenangkan Ayla yang menjadi tak tentu arah. Dia tak nak Irfan mati. Terkejut besar melihat situasi ruang bilik ini sekarang.

"Macam mana api ni boleh merebak ke sini!?" Omelnya. Fakhrul meneliti lantai ini. Aish, ada orang letak minyak tanah di sekeliling rumah ni.

Kerja siapa?

Lengan baju Irfan dicapai lalu ditarik. Elok sahaja menarik dia, Ayla tidak sengaja terpijak blok lantai semasa mengundur. Kedengaran bunyi pelik seperti bunyi sesuatu menjalar di bawah lantai. Ayla tidak menyedari suara itu. Irfan membuat isyarat suruh berhenti memegang lengan baju dia namun Ayla tersalah faham bahawa Irfan tidak mahu menerima bantuan dia lagi jadi dia mengabaikan isyarat nya.

Irfan yang mengenali suara itu. Tubuh Ayla ditolak kuat oleh Irfan. Fakhrul yang sibuk memandang tempat lain nak mencari bukti baru tiba-tiba tangan dia sendiri menahan badan Ayla daripada melekat di dinding.

Mereka terkejut melihat dua belah tangan Irfan digari dengan besi luar biasa. Besi itu seakan-akan ular sebab berbisa. Fungsi ia adalah akan menangkap tangan seseorang yang berdekatan dengannya.

Kalau ikutkan sitausi tadi, Ayla yang sepatutnya kena tangkap dengan besi itu tetapi Irfan yang peka terus menolak Ayla menjauhi diri dia.

Ayla menunduk melihat tangan dia bergetar kuat. Perit rasa di bahagian tekak sekarang. Anak mata tidak duduk diam. Pendengaran dia tidak jelas tiba-tiba.

"Bukan..."  lantas dia terduduk ke bawah sejenak mengambil masa untuk melawan perasaan itu dengan segala kekuatan yang dia ada. Aku tak boleh kalah!

"Bukan salah..." tergerak telinga milik Ayla sebelum gegendang telinga kembali terdengar lebih jelas suara jejaka di hadapan.

"Bukan salah kau, Ayla!" Selepas tiga kali menghembus nafas.

Gadis itu bangkit dan mencapai segala alat kat situ untuk rosakkan besi ular tersebut tapi kesannya buat tangannya berdarah kerana besi itu semakin memerah sebab terdedah dengan api yang semakin marak. Ayla tidak kisah, dia hanya nak bawa Irfan keluar sekali dari tempat ni!

"Ayla...cukup Ayla. Dalam badan aku dah ada racun. Tak ada guna nya kau nak selamatkan aku. Silap-silap kita bertiga mati!" Irfan termarah Ayla kerana dia merisaukan gadis itu. Melihatkan tapak tangan Ayla sudah terluka. Gigi diketap kuat. Cuba menahan sebak dan getaran yang semakin merebak ke seluruh tubuhnya. Nafas halus dihembus.

Irfan memandang Fakhrul seperti sebelum ini. Fakhrul yang memahami raut muka itu lantas dia mengikat pergelangan tangan kiri Ayla dan juga pergelangan tangan kanannya.

"Apa awak buat? Buka ikatan kain ni!" Bentak Ayla. Boleh jadi gila gadis itu kerana Fakhrul buat tidak endah sahaja mendengar jeritan Ayla.

"Ayla bawa bertenang." Pujuk Irfan, lembut.

"Macam mana saya nak bawa bertenang kalau awak kena gari dengan besi ular!" Tengking gadis itu. Fakhrul kekal diam mendengar dua watak utama ini bertengkar.

"Saya tak akan tinggalkan awak!" Air mata sudah bergenang di bahagian tubir mata. Bila-bila masa sahaja cecair mutiara itu akan pecah.

"Baliklah Ayla. Auntie dan mak ayah kau tengah tunggu kau sekarang." Rayu Irfan.

"Awak tak nak pulang rumah sekali ke!" Ayla tidak mengalah lagi. Irfan tersenyum kelat.

"Aku tak ada sesiapa dah kecuali kau, Ayla." Air matanya kini menitis satu persatu. Ayla menoleh ke arah Fakhrul. Kemudian, kepala berpaling laju ke arah jejaka itu yang sudah mengeluarkan banyak cecair berwarna merah sehingga membasahi pakaiannya. Irfan meraung kesakitan.

"Ki...Kita tak boleh tinggalkan dia, Fakhrul." Ayla memohon kepada jejaka itu supaya membantu Irfan kali ini sahaja.

"Bawa bersabar Ayla. Kita kena panggil bantuan lagi Ayla. Dekat sana bahaya!" Fakhrul menarik Ayla ke arah dia sedikit. Gaya posisi kaki jejaka itu sedang bersedia untuk membawa gadis itu pergi.

"Kalau begitu...jangan halang saya. Saya nak selamatkan dia!" Ayla meronta-ronta dalam pegangan Fakhrul yang diikat kain putih. Nasib kain itu panjang jadi tak adalah mereka perlu berdiri dekat.

Dan masalahnya kalau Ayla selangkah dekat sana terus dia tak akan jumpa jalan keluar dah. Dia akan terperangkap dalam kebakaran itu buat selamanya. Api pun tiada tanda-tanda mahu terpadam malah semakin banyak api itu merebak lalu tangisan Ayla semakin kuat.

"Ayla...jangan macam ni." Dia tidak mahu berganjak langsung. Puas dah lelaki itu tarik. Tangan dihulur kepada Irfan manakala dia juga turut melakukan perkara yang sama walaupun tidak berdaya. Minda Ayla menjadi kosong selepas menerima gelengan daripadanya. Gadis itu lupa bagaimana ingin bernafas dengan betul akibat terlalu banyak asap terhirup. Ayla terbatuk-terbatuk. Mata dia tak lepas memerhatikan Irfan yang kembali mengerang kesakitan.

"Kau minat jelly kan? Nanti aku belikan kau jelly banyak-banyak lepas kau habis nangis."

Sekeliling mereka runtuh dan kawasan lain-lain telah dijilat api. Menyukarkan pandangan nya namun Irfan masih dapat melihat wajah gadis itu dengan jelas. Anak matanya melihat Ayla yang sudah meronta-ronta. Kepala jejaka itu bersandar di dinding. Tertarik sekali dua besi terikat kemas pada pergelangan tangannya.

Bagiku, dia seperti kanak-kanak yang baru nak belajar benda baharu. Kena sentiasa pantau pergerakkan dia dan apa yang dia telah terima dan beri.

Dia cuma nak orang lain memahami perasaan dan percayakan dia. Itu sahaja dia minta. Dia tak jahat, orang sekeliling buat dia nampak jahat.

"Irfan..." Kepala Irfan memandang siling yang sudah hitam legam. Terkumat kamit bibirnya mengucapkan dua kalimah syahadah. Irfan memandang Ayla semula bersama senyuman paling bahagia untuk terakhir kali. Senyuman itu akan kekal tersemat dalam memori gadis itu buat selamanya.

Andai ada kesempatan lagi...tolong temukan aku dengan nya sekali lagi di kehidupan seterusnya tetapi ketika itu nama dia sudah dipilih untuk menjadi isteri kepada diri ku kelak.

Tapak tangan naik menekup mulut sendiri. Serapat mungkin supaya tidak mengeluarkan suara terlalu nyaring dan lantang.
Ayla mengalir air mata lebih deras apabila membaca pergerakkan bibir Irfan. Jejaka itu tersenyum manis ke arah Ayla untuk kali terakhir. Saat itulah Ayla mulai terhenti nafas seketika namun telinga dia sempat menangkap suara Irfan dari jauh.

"Aku cintakan kau, Khayla Afifa." Ujarnya.

Pada malam itu, bulan menyaksikan pengorbanaan dan pengakuan lelaki tersebut yang bernama Irfan Haziq kepada gadis dia sangat dia cintai iaitu bernama Khayla Afifa. Nama lelaki itu dijerit berkali-kali.

Siling jatuh menghempap tubuh Irfan. Fakhrul sempat menutup mata Ayla dan menarik dia keluar menuruni tangga sepantas kilat. Mereka berdua melepasi pintu keluar dan setelah itu, pintu tersebut ikut dijilat api yang semakin ganas.

"Saya minta maaf, Irfan!" Ayat itu diulang berkali-kali tanpa henti. Dia masih nangis teresak-esak melihat pemandangan yang akan menambah lagi trauma dia. Fakhrul memerhatikan mayat saintis itu dengan wajah yang sukar ditafsir.

"Bangun, Ayla." Tegas Fakhrul bersuara. Gadis agak terkejut mendengar nada lelaki itu tiba-tiba berubah namun dia hanya menurut. Sejurus itu kain lagi satu yang sudah basah dan lembap dibalut kemas pada dua belah tapak tangan Ayla.

Fakhrul sabar menunggu tangisan gadis itu berhenti sendiri setelah itu, tubuh Ayla ditarik lembut. Mengikuti langkah kaki panjangnya menuruni laluan tersebut. Tidak sanggup Ayla menoleh belakang semula.

-akan bersambung-

Seseorang Yang Kupilih✔️Where stories live. Discover now