Chapter 18

4K 150 9
                                        

.....

Tuk..Tuk..
Pintu diketuk dengan perlahan.

Puan Jamilah yang sedang sibuk mengait menggunakan benang kait sambil duduk di atas sofa yang ia duduk terus terhenti, lalu bangun dan membuka pintu rumah melihat Lutfi yang matanya sudah basah dek air mata yang keluar tidak henti-hentinya.

"Lut? Kenapa ni nak?" Soal ibu yang tersangat risau lalu mengusap air mata si anak.

"I...ibu..ibu.." panggilnya tersekat-sekat dek menangis.

Terus memeluk si ibu.

"Kenapa ni Lut? Jangan buat ibu risau." Soal ibu sambil mengusap-usap kepala anaknya.

"Aisyah.. dia dah nak kahwin bu.. Lut tak sempat bu.. Lut lambat..." tersedu-sedu menangis dibahu ibunya.

"Ya Allah.. Lut anak ibu.. jangan macam ni nak.. " cuba untuk memujuk.

Lutfi terduduk di bingkai pintu itu sambil berpelukkan dengan ibunya.

"Ibu.. Lut rasa sakit sangat dekat si..sini bu.. sakit sa...sangat!" Kata Lutfi sambil menepuk-nepuk dadanya.

Puan Jamilah saja yang tahu akan perasaan cinta Lutfi terhadap Aisyah selama ini. Puan Jamilah juga sering memberi dorongan untuk mempersatukan mereka suatu hari nanti.

Puan Jamilah lah tempat Lutfi menceritakan segala-galanya termasuk tentang perasaan cintanya.

"Lut jangan macam ni.. ibu tahu Lut sakit.. tapi dia bukan jodoh Lut.. Ingat Allah nak.." pujuk Ibu.

"Allahuakbar.. Lut terlalu sayangkan dia bu.. Lut salah ke bu?? Ya Allah kenapa sakit sangat ya Allah.. adakah aku terlalu berlebihan dalam mencintai hambamu Ya Allah melebihi diriMu... ya Allah ampunkan Lut.." teresak-esak Lutfi.

Dia tidak pernah mencintai sesiapa sebelum ini, Aisyah ialah wanita pertama yang telah merebut hatinya setelah ibundanya.

"Macam ni ke... macam ni ke rasa sakit bila cinta tak berbalas bu? Sakit sa.. sangatt buu... hiks hiks hiks.." esakkan itu makin deras.

"Lut.. ingat nak.. kita atas dunia ni bukan saja untuk mencintai seseorang tapi ada banyak perkara yang kita perlu lakukan. Mungkin bukan sekarang untuk Lut berbagi kasih.. Mungkin Allah nak Lut perjuang untuk agama Lut.. buat hal-hal yang akan mendatangkan kebaikan untuk semua orang."

"Soal jodoh itu rahsia Allah, kita hanya mampu berdoa dan berusaha.. tapi kalau dia bukan milik kita.. berusaha lah macam mana sekalipun.. dia tetap bukan milik kita." Jelas ibunya lagi.

"Kekadang Lut.. mencintai seseorang tu tak semestinya harus dimiliki Lut.. lebih baik melepaskan daripada menyakitkan." Cuba untuk menjernihkan lagi fikiran si anak yang sedang patah dan hancur hatinya.

Lutfi terus memeluk erat ibunya sambil ditemani tangisan yang deras.

"Astagfirullahalazim.. Allahuakbar.. maafkan aku ya Allah.. bantulah aku untuk reda dengan semua ni." ucap Lutfi dalam tangisnya.

Di hari pernikahan T&A.

Majlis nikah yang diadakan adalah sebuah majlis yang sederhana atas permintaan Thaqeef. Dia tidak mahu terlalu meraikan pernikahan ini kerana dia sendiri tidak menganggap perkahwinan ini adalah keinginannya tetapi hanyalah untuk membalas dendam terhadap Aisyah.

AKU NERAKA BAGIMU (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang