"Sakitlah sial!" Mussa meninggikan suaranya apabila tangannya diikat ketat dibelakangnya dan mendecit, pandangannya gelap kerana matanya ditutup dengan kain. Kemudian kedengaran suara gadis masuk kedalam bilik yang didudukinya sekarang, tetapi dia seperti mengenal suara gadis ini.
"Lepaslah! Ish! Lepas!"
"Emi?" Mussa memanggil dalam nada bertanya, kedengaran bunyi kerusi diletakkan dibelakang kerusi yang didudukinya. Emilia melihat wajah Mussa, mata jejaka itu ditutup dengan kain. Gadis itu pelik melihat Mussa berada disini.
"Mussa? Mussa!" Emilia memandang jejaka itu kemudian ditarik dan dipaksa duduk dikerusi, tangannya diikat dibelakang kerusi. Gadis itu bergerak untuk membebaskan diri malangnya gagal.
'Emi! Kau kat belakang aku ke!? Aku tak nampak ni!" Mussa berkata dan kepalanya tertoleh-toleh. Emilia melihat lelaki-lelaki berpakaian serba hitam tadi, mereka berjalan meninggalkan Mussa dan Emilia didalam bilik tersebut.
Bunyi tapak kasut berjalan meninggalkan bilik yang diduduki mereka sekarang, Emilia menoleh sedikit.
"Mussa, siapa mereka? Kenapa awak ada kat sini? Apa jadi ni!?" Bertubi-tubi soalan dituju kepada Mussa. Jejaka itu mengeluh dan tertoleh-toleh walaupun pandangannya gelap.
"Emilia, bertenang. Ok, dengar.. Kita kena culik!" Mussa membalas. Emilia mengeluh dan geram.
"Memanglah kita kena culik!"
"Ok,ok Joah. Joah salah seorang musuh Mikael, priority dia satu je! Mikael kena mati! Itu yang dia nak!" Mussa membalas dalam nada berbisik.
"Mati..?" Emilia menggigil dan memikirkan tentang Mikael. Mussa mengeluh dan mendecit.
"Joah merupakan ketua mafia asal perancis, nak dijadikan cerita, musuh dia adalah dia dan ayah kami adalah musuh dia and kami sebenarnya.." Mussa tidak menyambung ayatnya dan teragak-agak. Emilia menunggu dan mengerutkan keningnya.
"Sebenarnya apa!?"
"Bekas ketua mafia.." Mussa menyambung dengan nada perlahan dan menggemam mulutnya. Mata Emilia terbuntang luas. Mafia? Maksudnya..
"Maksud awak.."
"Emi, tolong.. A-Aku taknak cerita pasal ni. Kalau kau nak tahu semuanya kau tanya abang akulah.. Buat masa ni kita kena pikirkan cara untuk lepaskan diri sementara Mikael hantar bantuan!" Mussa menjelaskan dengan panjang, Emilia terasa sesak nafas dan tidak tahu hendak berkata apa.
"Emi, mata kau tak kena tutup kan?" Emilia yang mendengar pertanyaan itu terus mengangguk.
"Tak tutup." Emilia menjawab. Mussa mengangguk laju dan kepalanya tertoleh kembali.
"Ok, dalam bilik ni ada tingkap tak?" Mussa bertanya lagi. Emilia mula menoleh dan meliht sekeliling, didalam bilik ini hanya ada meja buruk, bilik ini tidak terlalu kemas dan tidak terlalu gelap, apabila dia menoleh kekanan dia tersenyum lebar.
"Hah! Ada, ada!" Emilia berkata dan melihat sebuah tingkap dikanannya, tingkap tersebut berpagar berkarat.
Secara tiba-tiba, kedengaran bunyi detapan kasut diluar menghilangkan senyuman Emilia. Mussa mendengar dan mengarah gadis itu untuk senyap. Pintu dibuka oleh seorang lelaki tadi dan Joah melangkah masuk bersama senyuman lebar.
"Oh, good evening Princess and Prince.." Joah bersuara dan memandang mereka berdua. Riak wajah Mussa dingin, Emilia melihat Joah dengan gementar.
"Oh, I forgot. Allowed me to introduce myself to you, my Lady. Joah Sevielle." Joah melangkah mendekati Emilia bersama senyuman senget. Emilia masih berdiam dan menggigil ketakutan.
ANDA SEDANG MEMBACA
1} 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 𝐈𝐬𝐪𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫
Romance👑 𝙻𝚎𝚝 𝚝𝚑𝚎 𝙿𝚛𝚒𝚗𝚌𝚎 𝚝𝚊𝚔𝚎 𝚌𝚊𝚛𝚎 𝚘𝚏 𝚑𝚒𝚜 𝚛𝚘𝚜𝚎𝚜.. .. ꕥ♡ꕥ 𝔽𝕚𝕣𝕤𝕥 𝕤𝕥𝕠𝕣𝕪 ꕥ♡ꕥ Enjoy your read. {WARNING NO COPY}❌ {IDEA DAN REKAAN SENDIRI}✔️ {MALAYNOVEL}
