Part 13

198 20 3
                                    

"Cepat lari Luhan!! Dia kat belakang tu!!" Joohyuk yang sudah jauh kehadapan memberitahu Luhan bahawa Yeri sudah dekat. Mereka dikejar oleh Yeri. Kenape? Mereka sendiri tak tahu. Yang mereka tahu, itu bukan Yeri. Mungkin Yeri dikawal oleh sesuatu.

Luhan yang sudah penat berlari, memberhentikan pergerakan Yeri dengan kuasanya. "Huhhhhh~~ Akhirnya, dapat jugak rehat" Joohyuk bergerak ke arah Luhan. Yeri yang dalam posisi sedang berlari, menunjukkan reaksi muka yang garang. Marah apabila Luhan memberhentikan dirinya.

"Yeri!! Wake up!! This is me!! Luhan!!" Luhan cuba menyedarkan Yeri, tapi tidak berjaya.

"So, macam mana?" Tanya Joohyuk.

"Entah. Aku tak boleh berhentikan dia lama-lama" jawab Luhan. "Aku rasa--"

"Shuuuuu! Aku dengar sesuatu" pendengaran tajam Joohyuk hasil daripada kuasa Vampirenya terdengar bunyi tapak kaki sedang berlari. Berlari ke arah mereka.

"Apa kau dengar?" Soal Luhan.

"Orang berlari. Maybe bukan orang" jawab Joohyuk. Mereka menunggu 'sesuatu' itu muncul. Makin lama bunyi itu semakin kuat. "Dia dah hampir" kata Joohyuk.

"Arghhhhhhhhhhhh!!" Dari jauh kelihatan susuk tubuh 2 orang manusia sedang berlari ke arah mereka. "Lari!!!!!!!" jerit suara itu.

"Itu kan Sehun dengan Hyuk!" Kata Luhan. Mereka berdua semakin hampir.

"Lari!!!!!!! Dia datang!!!!" Jerit Sehun sekali lagi. Lariannya semakin pantas.

"Tengok tu!!!" Joohyuk menunjukkan ke arah belakang mereka berdua yang sedang berlari.

"Yeri!!!!!!" Jerit Joohyuk dan Luhan serentak. Makhluk yang sedang mengejar Sehun dan Hyuk adalah Yeri. Luhan memandang Yeri yang berada dihadapannya. Siapa dia?!

Sehun dan Hyuk tiba di tempat Luhan dan Joohyuk. Lalu kedua-dua mereka terus menarik tangan Luhan dan Joohyuk untuk sambung kerja pelarian. Dan sekarang, terdapat 2 Yeri yang sedang mengejar mereka.

Mereka berempat berlari tanpa sepatah kata. Tidak tahu apa yang sedang berlaku. Macam mana boleh ada 2 orang Yeri?

"Hyung!!! Kenapa dia orang kejar kita??!!!" tanya Sehun kepada Luhan.

"Mana lah hyung tahu!!" Balas Luhan.

Mereka berlari hampir 45 minit. Mereka penat. Tetapi Yeri-yeri yang sedang mengejar mereka masih tidak penat. Kelajuannya masih sama. Tapi tidak sepantas lelaki yang dikejar. Sah mereka bukan Yeri yang sebenar.

"Yeri-yeri tak penat ke??!" sola Hyuk kepada Yeri walaupun dia tahu Yeri- yeri tidak akan menjawab pertanyaannya.

"Sikit lagi kita nak sampai bilik" kata Luhan. "Dah sampai!" Luhan terus membuka pintu. "OH MY GOD!!!" Luhan terus menutu pintu dan sambung berlari. Sehun, Hyuk dan Joohyuk yang tidak tahu apa yang berlaku terus berlari mengikut Luhan.

"Kenapa tak masuk Luhan?!" tanya Joohyuk.

"Ada lagi satu Yeri!!!" Jawab Luhan memperlaju lariannya. Sehun, Hyuk dan Joohyuk memandang sekilas ke belakang. Betul kata Luhan. Sekarang dibelakang mereka terdapat 3 Yeri.

Mereka terus berlari dan berlari dan terus berlari sampai tak tahu bila. "Bila nak berhenti berlari nihhhh!!!!" Jerit Sehun.

---------------------------------------------------------
Yeah....dah updated. Act, minggu lepas nak update tapi penat sangat.

Bora hilang lagi??!! Apa yang terjadi? Kenapa ada banyak Yeri? Keep calm and wait ^^

ExtraOrdinaryWhere stories live. Discover now