5

35 1 0
                                    

!warning!
Ini semuanya palsu dan cerita rekaan semata-mata.

Tulisan berangkai tercipta oleh pen yang ditulis oleh Teo. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan gadis itu. Kemanakah dia? Lagipun mayat teman lelakinya sudah tiada. Bau di dalam rumah itu pun sudah hilang.

Teo melipatkan telapak tangannya hadap seorang gadis yang kelihatan seperti gadis yang dia sukai. "?.." sengajalah Teo berfikiran negatif. Sebenarnya itu adalah Saadiya. Tetapi tidak di cam oleh Teo.

Pennya diputar-putar menggunakan jari-jemarinya. Lalu berhenti.

Teo pov.
"Bila kau nak jadi milik aku ni... Aku sentiasa tunggu kau."

Apabila dicelik mata, gadis itu hilang dari pandangannya. Lantas Teo mengangkat kepalanya dari telapak tangannya mencari sosok tubuh gadis itu. "Aik?".

Lancar diluncur ke kanan, ke kiri, ke atas, ke bawah mencari sosok tubuh Saadiya. Kemana dia menghilang?. Apabila dicari sebenar-benarnya, Saadiya sedang bersandar berbual dengan rakannya. Entahlah. Kenapa Teo harus berasa lega? Sepatutnya dia tidak menghiraukannya. Sebab dia sudah pun jatuh hati buat pertama kali.

...

Hari ini memang sunyi bagi Teo. Tiada siapa pun yang bergaul dengannya. Malah orang menjelingnya. Namun itu tidak dihiraukan olehnya. Lebih baik memikirkan tentang keadaan dirinya sekarang. Sudah tidak waras. Bunuh orang sebab gadis biasa itu sahaja?. Tiada logik baginya.

"Awak okey?". Oh hampir terlupa. Saadiya kan seorang yang suka mengambil berat tentang orang sekelilingnya.

Laju Teo mengangkat kepalanya menghadap suara itu. "S...t. tak." Kepalanya kembali tunduk ke bawah.

"Oh ya. Saya pun tak okey. Cinta saya hilang...."

Terkejut dibuatnya. Rasa bersalah pun ada dan rasa sedih pun ada. Cinta Saadiya tampak kukuh dengan lelaki itu. Siapalah Teo ini. Pengacau?. "O..oh.."

Saadiya melabuhkan duduk disamping Teo. "Awak kenapa?" Wajah tunduk lelaki itu gigih direnung oleh Saadiya.

"Saya baru kehilangan satu-satunya cinta saya. Saya suka senyuman dia, suka gembira dia. Suka cara dia bergaul dengan saya. Dia nampak.. macam.. ibu saya.." matanya sudah pun berkaca. Nampaknya, cermin yang tadi baik pulih kini pecah akan kerana kerinduan dan kesedihan.

"Kita samalah!" Gadis itu seperti mencari sesuatu di dalam poketnya. Lalu tisu dihulurkan ke arah Teo.

"Tak apalah. Ambil tisu tu lap air mata awak yang jatuh tu. Awak gagal tahan air mata tu." Teo angkat semua bebannya di dalam kepalanya menghadap wajah gadis itu. Wajah gadis itu pun sepertinya mengalami kesulitan cinta.

"Awak lagi lah! Basah satu muka.!" Lagi sekali tisu dihulurkan dengan harapan Teo akan menerimanya.

Tidak perasanlah. Kulitnya pun sedikit pun tidak rasa air mata mengalir jatuh. "Haish.. terima kasih." Akhirnya, dia ambil tisu itu dengan seikhlas hati.

"Haha! Comel juga awak ni ya? Okeylah. Nak buat kerja. Semoga kita terserempak lagi ya?" Saadiya bangun berdiri sedia untuk beredar. Merenung wajah basah lelaki itu, agak sedih juga, tetapi kerja tidak boleh diabaikan. "Jangan sedih. Semangat!"

...

Srengg.... Batang besi panjang belumuran darah diseret oleh seseorang yang mengenggamnya erat. Satu per satu orang dipukul dan dibunuh tanpa perasaan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 09, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

lakaran terindahWhere stories live. Discover now