Prolog : Lucky Fans

855 41 3
                                    

TELEFON milik Rayyan berdering. Terpapar nama Abdel di muka skrin tersebut. Butang call berwarna hijau itu ditekan.

"As-".

"Rayyan, kau dah siap belum?" soalnya, excited. Salam pun lupa diberikan. Rayyan pun tidak sempat untuk berikan salam padanya.

"Waalaikumussalam. Dah, kau ada dekat mana?". Mendengar jawapan Rayyan, Abdel ketawa perlahan. Malu.

"Sorry. Assalamualaikum. Aku ada dekat tempat parkir bawah ni, dekat dengan elevator. Cepat sikit turun," arah Abdel sebelum mematikan call itu. Rayyan gelak kecil sambil menggelengkan kepalanya. Excited betul kawannya yang satu ini.

Rayyan mencapai beg dompetnya yang berada di atas rak, lalu bergerak ke ruang tamu untuk mengucup tangan ibu bapanya. "Hati-hati dekat tempat tu..." pesan Puan Maryam. Rayyan hanya senyum dan angguk. Kasut Nike disarungkan, kemudian pintu rumah itu dikunci dengan mangga.

Setelah beberapa minit, akhirnya Rayyan tiba di tingkat bawah sekali. Dia mula berjalan ke arah kereta Myvi, kemudian memasuki perut kereta tersebut.

"Eh, what took you so long?" marah Abdel.

"Tenang, bang. Tenang. Kau ingat elevator rumah aku tu gerak 50 km/j?" perlinya. Abdel diam, menjeling. Kereta itu mula dipandu ke destinasi seterusnya. Plenary Hall, KLCC.

• • •

"ABDEL," panggil Rayyan. Abdel memusingkan kepalanya ke arah Rayyan, mengangkat kening.

"As much as I like their band and the singer, this should be our last time datang tempat seperti ini. Terlalu sesak, aku tak suka. Furthermore, kita berdua ada reputasi yang perlu dijaga," terang Rayyan, serius.

"Relax, brother. Aku ajak pun sebab sekali seumur hidup, tak ada lah culture shock sangat nanti. Insya Allah. Lagi satu, sebab kau yang dah setuju nak teman aku as my birthday gift. Kita dah ada di sini, tiket pun aku dah beli, kan?" balas Abdel.

"Ya, tahu. I'm just reminding you, that's all.".

"Cukup lah dengan kau punya serius, jom kita enjoy last performance mereka!" jerit Abdel apabila muzik yang dimainkan oleh band itu semakin kuat. Tangannya dipaut pada leher Rayyan. Walaupun Rayyan tersenyum, hatinya tidak berhenti rasa bersalah. Sempat juga dia beristighfar dalam hatinya, sekali-sekala.

Rayyan fikir, mereka yang hadir ke konsert ini tidak lah terlalu teruk. Namun, dibuktikan pemikirannya salah. Bahkan ahli kumpulan yang berada di atas pentas itu tidak menjaga pakaiannya, ini kan pula para peminatnya. Tapi, he's not one to judge. Ada sahaja beberapa orang yang masih berpakaian sopan, menutup aurat.

Lagipun, dia sendiri meminati suara wanita di dalam band tersebut, jadi dia tidak patut dan tidak boleh menilai orang sesuka hati. Bukan itu ajaran yang diajar oleh kedua ibu bapanya. Sebaiknya, doakan sahaja agar mereka yang masih lalai untuk kembali ke jalan yang benar.

Empat minit berlalu. Lampu di atas pentas itu dimatikan sebaik sahaja last performance daripada Luna Band itu selesai. Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang berpakaian sut hitam mula mendekati Rayyan secara tiba-tiba. Gayanya seperti seorang bodyguard, tapi kenapa dia mendekati Rayyan pula?

"Tahniah, encik terpilih sebagai salah seorang lucky fans. Encik boleh ikut saya ke belakang pentas ya," kata lelaki itu. Rayyan terpinga-pinga, memandang lelaki itu dan Abdel.

"Abdel, kau tak cakap pun-"

"Why are you so lucky?!" jerit Abdel, frustrated. Memotong kata-kata Rayyan.

2 | Beza (Hiatus)Where stories live. Discover now