"FINE, I'll trust you. Tapi, awak tak malukah duduk dengan saya?" soal Astra. Bukannya dia tidak pernah dicaci maki oleh orang yang lalu-lalang di sekitarnya. Bahkan, ada juga peminat kumpulan Luna yang membenci dirinya. Hanya kerana pemakaiannya yang memang tidak elok itu.
"Buat apa saya nak malu pula?" soalan dibalas dengan soalan. "Kita bukan buat benda yang tidak elok," balas Ayesha.
"Well, your clothes and my clothes are terribly different."
"Boleh ubah. Bukan tak boleh. Mereka yang berfikiran cetek tak habis-habis menilai orang itu yang patut malu. Kalau tak ingin berkata baik, lebih baik diam dan doa agar orang yang sedang buat dosa itu segera bertaubat dan perbaiki dirinya. Betul tak?" Astra angguk perlahan.
"Do you come to this cafe often?" soal Astra, cuba memeriahkan suasana. Malu pula bila masing-masing mendiamkan diri.
"Hm, selalu juga. Astra pernah datang sini?"
"Honestly, no. This is my first time," jawabnya.
"Oh ya, kita belum order makanan dan minuman. Astra tunggu sini, biar Ayesha pergi order. Tunggu tau!" katanya sambil bergerak ke arah cermin kaca yang menunjukkan beberapa pilihan kek. Kelihatan seperti dia memesan makanan hanya dari kaunter tersebut. Tidak lama kemudian, Ayesha kembali melabuhkan punggungnya di hadapan Astra.
"Betulkah awak rasa saya boleh berubah?" soal Astra secara tiba-tiba.
"Insya-Allah, boleh. Awak cuma perlukan sedikit bimbingan sahaja. Kalau awak ada apa-apa soalan berkaitan agama, awak tanya sahaja pada saya atau Rayyan. Insya-Allah, kami cuba bantu dan jawab soalan awak," jelasnya.
Bunyi loceng yang ada di kaunter itu menandakan makanan mereka sudah siap. Astra bangun dari kerusinya lalu mengambil tray yang penuh dengan makanan dan minuman itu. "I'll pay you back," kata Astra sambil melabuhkan punggungnya kembali.
"Eh, tak apa. Anggap ini sambutan kecil untuk proses hijrah awak," balas Ayesha sambil mengukirkan senyuman. Astra membalas senyuman Ayesha. Baik sungguh wanita di hadapannya ini.
"Maaf kalau pertanyaan saya ni sensitif. Tapi, awak tahu solat tak?" soal Ayesha, perlahan.
"Tahu, tapi mungkin saya dah lupa. Mungkin, Al-Fatihah pun saya dah lupa baca..." jawabnya sambil menundukkan kepala. Malu.
"Rukun Islam, ingat?" Astra menggelengkan kepalanya. "It's fine. We can learn those again. Together," kata Ayesha. "But, for now. Jom makan kek ni!" Ayesha menyuap kek strawberry itu ke dalam mulut Astra. Bulat matanya, terkejut. Ayesha ketawa perlahan lalu diikuti dengan ketawa Astra.
• • •
"YOU'RE 28?" soal Astra sambil memandang ke arah Ayesha yang sedang angguk. "Then, berapa umur Rayyan?"
"Dia 25. Awak 23, kan?" soal Ayesha pula.
"Ha'ah. Mana awak tahu?"
"Saya ada search di Google tentang kumpulan awak. Secara tak sengaja, terbaca bahagian biodata pula," jawabnya jujur.
Pinggan makanan mereka sudah licin, cawan yang penuh dengan air kopi juga sudah kosong. Jika ditiup angin, pasti melayang. Azan berkumandang, menandakan sudah masuk waktu solat Asar.
![](https://img.wattpad.com/cover/357840070-288-k629771.jpg)
YOU ARE READING
2 | Beza [OG]
Storie d'amoreAstra Humaira, seorang penyanyi wanita di dalam Luna Band. Gaya hidupnya seperti selebriti-selebriti di negara barat. Tiada satu pun rukun Islam yang dijaga olehnya. Ingin berubah, namun dibelenggu rasa bimbang tentang tragedi masa lalunya. Berbeza...