"Ya Allah Reth! Adrana! Kenapa sampai boleh bercerai ni?!" Tanya Datin Hamidah sebaik sahaja tiba di Mahkamah Syariah apabila anaknya memberitahu yang mereka telah bercerai."Adrana mummy tanya ni!" Soal Datin Hamidah sekali lagi apabila soalan tidak dijawab. Sesekali dia mengerling menantunya yang hanya beriak tenang. Tak ada langsung rasa sedih dan bersalah.
"Adrana tak tahu mummy! Reth yang buat keputusan. Adrana ikut je! Bukan salah Adrana!" Jawab Adrana dengan nada sedikit kuat.
"Reth! Kamu kenapa?! Kenapa kamu tak boleh balas jasa kami?!" Soal Datin Hamidah kepada Reth pula
Reth hanya mengukir senyuman sinis.
"Sorry datin, tapi semuanya dah tamat." Sengaja perkataan tamat itu ditekan oleh Reth.
"Apa kamu cakap ni?! Abang?! Kenapa abang diam je?!" Jerit Datin Hamidah kepada suaminya yang hanya berdiam diri.
"Dah la tu Midah, jom balik." Putus Dato' Azha. Membulat mata Datin Hamidah mendengar balasan suaminya.
"Balik?! Awak suruh saya balik?! Dalam keadaan macam ni?!" Jerit Hamidah. Kini di depan muka suaminya.
"Midah! Awak jangan kurang ajar dengan suami awak!" Tegur Dato' Azha apabila isteri dengan berani meninggikan suara kepadanya.
"Itu hidup diorang, suka hati diorang nak bercerai ke tak, kita tak boleh halang" sambung Dato' Azha lagi. Datin Hamidah terdiam mendengar teguran suaminya yang tegas.
"Adrana,Reth Daddy balik dulu." Ujar Dato' Azha sebelum menarik tangan Datin Hamidah untuk beredar.
Setelah melihat kedua orang itu beredar pandangan Adrana kini tertumpu 100% pada wajah Reth.
"Seronok lah kau kan?" Tanya Adrana tiba-tiba.
"Yes, seronok sangat" jawab Reth sambil menarik senyuman sinis.
"Aku akan jaga Faraz." Ujar Adrana. Matanya masih merenung mata hitam Reth.
"Good, kau dengan anak haram kau tu boleh blah." Jawab Reth sebelum meninggalkan kawasan itu.
Adrana mengetap giginya. Geram dengan perangai Reth!
"Kau betul ke yang dia dah bercerai?" Soal Tan Sri Darman kepada anak buahnya.
Dia baru sahaja habis kerja dan mendapat berita dari anak buahnya yang Reth Ezmeth atau lebih tepat musuh ketat nya sudah menjadi duda.
"Betul Tan Sri" Jawab salah seorang anak Buahnya.
Tan Sri Darman sudah tersenyum penuh makna. Senang lah kerjanya lepas ni.
"Good, korang boleh sambung kerja, apa-apa hal lagi call aku. Faham?" Jawab Tan Sri Darman. Senyuman sinis nya masih terukir di bibir.
"Baik Tan Sri. Kami minta diri dulu." Jawab salah seorang anak buahnya sebelum melangkah keluar dari bilik itu.
YOU ARE READING
Dara Untuk Duda [OG]
Romance[slow update.] Reth Ezmeth baru sahaja melafazkan cerai kepada isteri yang langsung dia tak cintai. bahkan sentuh pun tidak. setelah 3 tahun hidup bersama tidak terdetik langsung hatinya untuk mencintai perempuan itu, yang ada hanya perasaan BENCI. ...