Bab 1 : Teguran, teguran, teguran.

462 26 3
                                    

KERTAS yang berisi nombor telefon milik lelaki misteri itu dibawa ke konsertnya pada malam Sabtu itu. Hampir 30 minit, dia berfikir di belakang pentas.

'Nak contact atau tidak?' soalnya dalam hati. Akhirnya, nombor itu disalin ke dalam bahagian contact. Aplikasi WhatsApp ditekan lalu nombor itu dicari.

Hi.

Mesej itu dihantar. Tak sampai 5 minit, sudah ditanda dengan blue tick.

Hi, ni cik Astra kan?

Mesej itu dibaca olehnya. Entah kenapa, dia rasa marah. 'Ya, takkanlah pontianak pula.'. Balasnya. Sejurus selepas itu, Astra mencampakkan telefonnya ke atas salah sebuah meja yang berada di belakang pentas.

"Astra, let's go!" jerit salah seorang ahli kumpulannya, Lucas. Saat Astra muncul di atas pentas bersama Lucas, kedengaran bunyi sorakan para peminat yang berada di Plenary Hall, KLCC.

"Hi everyone. Thank you all for coming. Hari ini, kami dah sediakan 12 buah lagu untuk kita nyanyi bersama. Enjoy the show!" jerit Astra.

• • •

TEPAT pukul 12.30 pagi, mereka pulang ke rumah masing-masing. Semasa dalam perjalanan, sempat Astra memuat naik gambarnya di story Instagram. Di dalam gambar itu, Astra hanya memakai sehelai baju crop top berwarna putih dan seluar jeans yang panjangnya hanya menutup sehingga atas lutut.

Tidak lama kemudian, dia mendapat notifikasi bahawa seseorang telah membalas mesej melalui story tersebut.

Assalamualaikum, cik Astra. Maaf, saya cuma nak tegur. Cukup cik baca, tak perlu balas. Baju cik tu agak tidak sesuai untuk dipakai, seksi. Carilah baju yang longgar sikit. Timbulkan rasa malu. Malu itu perisai bagi seorang wanita.

Mesej itu dibaca olehnya. Terasa panas pula hati Astra. Dia membuat keputusan untuk melihat profile lelaki tersebut. Benar tekaannya, hanya ada beberapa sahaja gambar dirinya dimuat naik, selebihnya pasti  berkaitan agama.

And guess what? The account belongs to Encik Misteri. Well, now it's Encik Ustaz.

You bukan yang pergi date dengan I masa lucky fans minggu lepas kah? One more thing, I tak malu langsung pakai that outfit.

Balasnya, marah. Tak sampai 5 minit, Encik Ustaz membalas mesej Astra. Namun, Astra malas hendak melihat apa yang telah dijawab oleh lelaki itu. Sakit hati.

"Astra, you nak balik rumah or nak ikut kami pergi makan?" soal Axel, drummer dalam kumpulan Luna Band itu.

"Hm, ikut lah," jawabnya. Maka, mereka mula memandu ke destinasi yang seterusnya, Texas Chicken. Perjalanan selama 30 minit untuk ke Texas Chicken dipenuhi dengan bunyi dengkuran, termasuk Astra.

"Astra," panggil Lucas sambil menggoncangkan badan Astra secara perlahan.  "Wake up, kita dah sampai. Kalau tak, I tinggalkan you dalam kereta ni," ugut Lucas.

Astra menguap dan menggeliat sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas. Akhirnya, dia keluar dari perut kereta itu. Mereka membuat keputusan untuk ke cawangan Texas Chicken yang tidak dipenuhi manusia. Sebab itulah masa perjalanannya agak lama.

Astra dan Eva melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang tidak jauh dengan kaunter pembelian itu sementara Lucas dan Axel membeli makanan. Selang beberapa minit sahaja, mereka muncul dengan dua tray yang mengandungi ayam goreng bucket, 4 minuman dan beberapa side dish.

Bahagian peha ayam itu cepat-cepat diambil oleh Astra.

"Hey, that's mine!" kata Lucas. Astra hanya menjelirkan lidah seperti seorang budak nakal. Eva dan Axel hanya mendiamkan diri, menikmati ayam mereka sementara Astra dan Lucas bergaduh mulut.

2 | Beza (Hiatus)Where stories live. Discover now