The King Romance: 50

12.2K 637 104
                                    

Alara menutup casing Ipad. Dia baru selesai membaca segala artikel tentang dirinya dan Isyika. Berpuluh ribu komen yang diterima dari media dan netizen setelah mengetahui perkara yang sebenar. Rata-rata dari mereka juga memohon maaf kepada Alara kerana telah menyiarkan berita dan mengutuk Alara secara tidak sengaja.

Alara menyandarkan badan ke sofa. Alunan zikir yang dipasang di Ipad dinikmati dengan penuh khusyuk. Hatinya tenang apabila karier dan namanya berjaya diselamatkan. Dia bersyukur kerana masih dikurniakan sekumpulan rakan-rakan yang menyokong dan ada bersamanya di saat dunia membencinya. Tanpa mereka, jangan mimpilah rancangan tiga malam lepas dapat dilaksanakan walaupun teruk juga dia kena tadah telinga mendengar Raja Adriel membebel dan memarahinya. Disebabkan dia salah, dia hanya diam aje. Kang menjawab, dia pula yang kena campak nanti. Ghisauuu.

Soal Isyika pula dia bulat-bulat menyerahkan kepada Raja Adriel. Memang sibuk Raja Adriel turun naik bertemu dengan Kerajaan Persekutuan untuk pelucutan kewarganegaraan Isyika dan Hariz. Menurut Raja Adriel, perbuatan mereka dikategorikan di bawah Perkara 16(A) Perlembagaan iaitu mencemarkan nama duli raja-raja sebagaimana Alara sudah menjadi sebahagian dari kaum kerabat diraja.

"Sayang... jauh termenung." Tegur Raja Adriel yang baru keluar dari dapur dengan membawa segelas minuman jus oren di tangan. "Tengah praktis nak qiamullail lagi ke?"

Alara menjeling manja. Menyempat suaminya ingin memerli. Memang dua tiga hari ini suaminya asyik memerli dengan modal yang sama.

"Eeeii... abang ni." Alara mengambil gelas dari tangan Raja Adriel. Jus oren di teguk sehingga habis. "Terima kasih abang for the juice. Macam tau-tau aje Lara tengah dahaga."

Raja Adriel hanya tersenyum kecil. Jus yang dibawa adalah untuknya. Dia belum sempat minum tapi hmm... tidak mengapalah. Untuk Alara, dia diamkan aje.

"Sama-sama sayang. Mestilah abang tahu... isteri abang ni dahaga macam-macam selain jus ni." Raja Adriel menarik gelas kosong dari tangan Alara.

"Dahaga macam-macam? Dahaga apa tu?" Alara tidak mengerti.

"Dahagakan kasih sayang abang. Sini, peluk abang..." Raja Adriel meraih bahu Alara rapat padanya.

"Abang! Ini abang yang dahaga sebenarnya..." Alara mengekek ketawa bila Raja Adriel sudah menongkatkan dagu di dadanya. Raja Adriel suka betul berehat di kawasan sensitif tubuhnya itu. Dia kegelian.

"Yelaaa... abang dahagakan sayang. I'm missing to hear you moan my name again." Ucap Raja Adriel perlahan. "Sayang cakap nak layan abang special lepas balik qiamullail tu... tapi takde pun."

"Eh nak salahkan Lara pulak. Abang yang bebel tak henti sampaikan Lara terpaksa buat-buat tidur awal sebab tak nak dengar abang membebel lagi." Alara mencebik.

Raja Adriel tergelak kecil. Terimbau kembali peristiwa Alara memuncung apabila dia betul-betul menegur sikap Alara yang membelakangkan dirinya dalam sesuatu perkara. Bukan main masam lagi Alara sehinggakan isterinya pula yang merajuk dan terasa. Aduh, siapa yang buat salah sebenarnya ni?

"Pandailah menjawab. Abang bebel pun sebab apa? Sebab sayang jugak... nak pergi healing lah, qiamullail lah. Alasan kalau boleh nak rentas langit ke tujuh." Raja Adriel berucap geram.

"Alaaa abang ni. Kan Lara dah explain semuanya. Tak payah lah ungkit..."

"Mana abang tak ungkit kalau sayang tipu abang macam tu. Bahaya tau tak... buatnya perempuan tak guna tu apa-apakan sayang macam mana?"

"Mana ada... kan orang-orang abang semua ada sekali. Takdenya Lara nak diapa-apakan. Lara pun boleh jaga diri sendiri. Abang tak perlulah risau. Lara kan ada black belt..."

The King Romance (HIATUS)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang