Chapter 23

3.7K 136 15
                                    


Sesampainya dirumah, Aisyah berjalan masuk dengan keadaan yang terkencot-kencot. Thaqeef memandang dari kejauhan seperti tiada apa pun berlaku baginya.

Ketika Aisyah ingin menaiki tangga untuk ke tingkat atas, kaki Aisyah sedikit menggigil dan terasa kebas dan sakit.

"Argh.. hm.. tahan Aisyah.. jangan tunjuk yang kau sakit nanti suami kau marah." Bisiknya sendiri.

Thaqeef yang terdengarkan suara Aisyah yang sedang cuba menahan rasa sakitnya itu terus melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia hanya memekakkan telinganya.

Sedang dia duduk termenung, tiba-tiba dia teringat akan kembali kata-kata daripada Aidil sewaktu di pejabat tadi.

Dahinya berkerut, kata-kata itu menghantui fikirannya.

"Hoi Thaqeef! Aku ingatkan kau dah berubah tapi kau masih orang yang sama!! Jadi sebab ni lah kau nak kahwin.. sebab senang kau nak lepaskan semua sifat baran kau tu dekat bini kau.. eeih! Bengapnya kau ni?! Dah dapat bini baik dan solehah macam ni kau seksa dia?! Kau gile ke?!"

"Arghh!! Diamlah Aidil!!" Marahnya sendiri..

Tanpa sedar dia menitiskan air matanya sendiri setelah merenung kedua belah tangannya.

"Kejam sangat ke aku? Tapi dia yang mula dulu! Dia yang bodoh sebab selalu buat aku naik darah." Masih menyalahkan Aisyah dan tidak mengakui kesalahannya sendiri.

Ketika di bilik, Aisyah berusah mengubati luka dan lebam akibat dilibas oleh Thaqeef tadi.

Tangannya lemah setiap kali dia cuba untuk menyapu ubat ke belakang badannya.

"Ya Allah. Sakitnya tangan ni.. kau boleh buat Aisyah.." cuba untuk menyapu ubat ke belakang badannya.

Tiba-tiba Thaqeef menghampirinya dan mengambil ubat sapu yang berada di atas meja solek itu.

Aisyah terkejut, adakah Thaqeef tidak memberinya kesempatan untuk mengubati lukanya sendiri.

"Awak..ubat tu.." pinta Aisyah lembut.

"Kau pergi baring dekat katil. Pergi sekarang." Arah Thaqeef.

"Awak nak buat apa?" Soal Aisyah yang masih takut.

"Tunggu kau sapu ubat ni sendiri boleh bertahun tau. Pergilah baring dekat sana, biar aku sapukan ubat ni."

"...." Aisyah sedikit terkedu kerana Thaqeef dengan tiba-tiba menawarkan dirinya untuk merawat Aisyah.

"Kenapa dengan kau ni? Ke kau ingat aku nak buat benda lain dekat kau bila aku suruh kau baring atas tu? Kau ingat dalam kepala aku ni ada benda tu je ke?!" Kata Thaqeef yang sedikit marah.

"Tak.. maaf." Aisyah bergegas pergi ke arah katilnya dan berbaring di atas itu.

Aisyah mengiringkam sedikit tubuhnya agar Thaqeef boleh menyapu ubat itu kebelakang badan Aisyah.

Thaqeef menyelak perlahan-lahan baju yang dipakai oleh Aisyah dan melihat kesan libasan yang merah kebiruan itu.

Dahinya berkerut dek kerana melihat kesan itu yang bukan sedikit malah merata-rata di atas tubuh Aisyah yang putih mulus itu.

AKU NERAKA BAGIMU (C)Where stories live. Discover now