BAB 4

152 4 0
                                    


Malam itu, Diana tidak ke bar. Malah dia duduk dirumah dan diteguknya air haram itu sekali lagi. Dua tiga botol disimpan untuk dijadikan stok simpanannya. Malam ini dia mahu menggila. Kerana tengkingan Zaed masih lagi kuat bergema dalam benaknya hingga dia rimas.

"Aku sayangkan rin. Aku cintakan Rin."

Berulang ulang ayat itu di dalam kepala.

"Sial!" bisik Diana.

Kemudian Diana ukir senyum sendiri. Entah mengapa melihat Zaed Iman yang bersifat bengis begitu, dia rasa lebih tercabar untuk menguji Zaed. Seolah-olah mahu digoda dan lihat sejauh mana kononnya cinta pada Rin itu kekal pada lelaki bernama Zaed.

"You make me want to taste you more, Zaed. You make me crazy..." hela Diana perlahan sambil ketawa kecil.

Air di dalam gelas di teguk laju. Berdenting bunyi kaca saat berlaga dengan meja. Tangannya mencapai pintu kabinet yang tidak jauh darinya. Dikeluarkan botol yang berwarna emas. Gabus penutup botol di rentap kasar dan kemudian isi airnya dituang laju. Tidak sampai seminit, gelas yang kosong kini terisi penuh.

"Kau belum kenal aku siapa Zaed..."

Telefon di sisi di capai kasar. Terus mendail nombor Erina dan menanti panggilan untuk dijawab. Beberapa saat berdering, akhirnya lunak suara Erina menampar gegendang telinganya.

"Dee? Kenapa call? Kau dekat mana Dee?" tanya Erina lembut. Diana hanya diam. Senyuman sinis terukir di bibir.

"Rin...aku nak cakap sesuatu dengan kau..."

"Apa dia Dee?"

"Aku... aku..cintakan Zaed. Aku sayangkan Zaed."

Tiada balas dari Erina. Diam. Seakan-akan terkejut mendengar pengakuan berani mati dari Diana.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni? Aku dah tak mampu nak berpura-pura dengan kau dan Zaed. Selama ini aku pendam rasa ni Rin. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku mula sedar aku tak mampu lepaskan Zaed!"

"Dee.. apa kau... apa.. kau.. ca..cakap ni...?" sayu suara Erina. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang yang melintas ditelinganya.

"Aku sayangkan Zaed, Rin... aku tak mampu lepaskan dia pada kau... aku sayang...."

Pap!

Talian di matikan.

Diana mencampakkan telefon bimbitnya lalu dia teguk laju air yang berada di dalam gelas. Tak cukup dengan itu dia tambah lagi.

Dia tambah hingga dia lupa. Hingga tekaknya tidak mahu lagi menanggung rasa. Dia tidak pedulikan rasa itu. Terus air haram itu diteguk rakus.

Sekali lagi dia mencapai telefon bimbit. Dengan mata yang berbalam-balam, dia cuba mendail nombor Zaed dan jelas kedengaran suara Zaed menyapa deria pendengaran.

"Zaed... Zaed... tolong aku..." rintihnya sedih.

"Dee? Kau dekat mana ni?" suara Zaed keras.

"Aku... aku... nak bunuh diri kalau..."

"Diana!"

"Aku minta maaf Zaed.. aku tahu aku langgar batas aku sebagai seorang kawan. Tapi aku.. cintakan kau.. sangat-sangat..." lirih suara Diana.

"Diana! Kau dekat mana sekarang ni?"

"Aku.. minta maaf Zaed,"

Terus talian di matikan. Tangannya meliar pada beg tangan. Satu plastik kecil yang berisi pil putih di bawa keluar dari beg. Diletakkan di atas telapak tangan sebelum dia telan bersama dengan air haram.

Dia hanyut.

Dia makin menggila.

Nafasnya turun naik menahan marah. Menahan sedih.

Yang berlegar dalam benaknya kini hanya perkataan mati.

Dia mahu tinggalkan semua ini dengan satu rasa puas... Puas meletakkan rakan karib sendiri dalam perasaan yang kucar-kacir. Sama seperti apa yang di alami sejak bertahun lamanya.

"Zaed... aku sayang kan kau..."

"Rin... maafkan aku..."

Dan usai dia meneguk gelas terakhir. Kepalanya berputar hebat. Nafasnya tercungap-cungap dan tubuhnya rebah tanpa sempat dia berpaut.

Dunianya gelap.

Sunyi. 

UNTUK LUKA INIWhere stories live. Discover now