Bab 1

213 118 8
                                    

KETIKA sedang ralit mencari sesuatu di dalam beg tangan, tiba-tiba Aifa terlanggar seseorang menyebabkan dia hampir terjatuh. Dia memejamkan matanya rapat. Namun, dia berasa ada orang telah menyambut badannya daripada jatuh. Apabila membuka mata, dia melihat wajah kacak lelaki yang menyambutnya itu. Aifa tidak bergerak kerana terpesona melihat wajah lelaki itu. Begitu juga dengan lelaki itu.

Bunyi telefon bimbit Aifa membuatkan mereka berdua tersedar. Lelaki itu membantu Aifa untuk menstabilkan badannya. Aifa segera mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum. Aifa kat mana? Lama abang tunggu kat kereta ni" tanya abangnya, Syah yang sedang menelefonnya.

"Oh waalaikumsalam. Maaf abang, kejap lagi Aifa sampai" balas Aifa.

"Yelah, cepat sikit tau! Assalamualaikum" pesan Syah.

"Orait! Waalaikumsalam" Aifa terus mematikan panggilan dan kemudian memandang lelaki tersebut.

"Maaf sebab terlanggar awak. Saya betul-betul tak sengaja. Maafkan saya" ucap Aifa memulakan perbualan.

"Eh takpe. Awak okay tak? Takde luka mana-mana?" tanya lelaki itu.

"Saya okay je. Nasib awak tolong saya tadi. Terima kasih" balas Aifa.

"Sama-sama" jawab lelaki itu sambil tersenyum manis.

"Takpe lah, saya kena pergi dulu. Abang saya dah tunggu" kata Aifa lalu ingin beredar dari situ.

"Kejap! Saya Aiman, awak?" tanya Aiman kepada Aifa.

"Saya Aifa. Jumpa lagi!" balas Aifa sambil tersenyum.

Aifa terus beredar dari situ sambil tersenyum-senyum.

"Faa!" jerit seseorang membuatkan Aifa tersentak dan kembali ke dunia nyata. Rupanya itu adalah kawannya, Harmony Honey atau dikenali sebagai Honey.

"Jauh mengelamun sampai kitorang bagi salam pun kau tak dengar" tegur Dhafilla Qiesyaa pula. Nama panggilannya ialah Sya.

"Maaf, aku tak perasan. Waalaikumsalam" ujar Aifa selamba.

Dia sebenarnya tengah menunggu kehadiran rakan-rakannya untuk membuat kerja berkumpulan yang diberikan oleh Cikgu Faizal. Mereka membuat kerja itu di rumahnya sahaja memandangkan dia malas untuk pergi ke tempat lain.

Rumah Aifa mempunyai security. Namun, dia telah memberitahu security bahawa rakannya akan datang untuk membuat kerja berkumpulan. Sebab itulah security membenarkan rakannya masuk.

"Assalamualaikum" ucap tiga orang di muka pintu serentak. Seorang perempuan iaitu Fira manakala dua orang lelaki iaitu Fattah dan Danial.

"Waalaikumsalam" jawab Aifa, Honey dan Sya serentak.

"Maaf lambat. Tersekat dengan jammed pulak tadi" kata Fira lalu masuk diikuti oleh Fattah dan Danial.

Kemudian, mereka terus berbincang tentang kerja yang diberikan itu. Semasa perbincangan, Aifa tidak banyak bersuara kerana ada sesuatu yang mengganggu fikirannya ketika itu. Ya, dia sedang memikirkan tentang Aiman.

"Oi!" panggil Fattah membuatkan Aifa terus memandang ke arahnya.

"Kau asal? Selalunya kau lah yang banyak bagi idea. Asal senyap?" tanya Sya.

"Haah la. Kau ada masalah ke? Kalau ada ceritalah kat kami" pinta Honey.

"Takde apa-apa lah" jawab Aifa ringkas.

"Kau fikir pasal Aiman ke?" tanya Danial.

Aifa mengangguk perlahan.

"Harini genap setahun dia menghilang. Kadang aku tertanya, kenapa dia tiba-tiba hilang? Call tak jawab, mesej tak reply. Aku risau pasal dia" luah Aifa.

"Aifa, mesti ada sebab kenapa dia tiba-tiba hilang. InsyaAllah suatu hari nanti dia mesti akan balik lepas dia habis belajar" pujuk Fira.

Aifa tersenyum tawar.

"Dahlah, jom sambung berbincang. Takut tak sempat habis pulak" ujar Aifa.

Mereka pun meneruskan perbincangan. Setelah selesai semuanya, kawan-kawannya meminta diri untuk pulang kerana sudah lewat petang. Aifa naik ke bilik setelah mereka pulang. Dia mengambil gambar yang diletakkan di atas meja lalu mengusap gambar itu.

'Saya rindu awak, Aiman. Saya akan tunggu awak pulang' katanya dalam hati.

Setia MenantimuWhere stories live. Discover now