Bab 21

70 51 0
                                    

Dari tadi lagi Aifa berdebar-debar. Beberapa bulan yang lalu, dia dan semua pelajar yang sama umur dengannya menduduki ujian SPM. Kini, keputusan sudahpun keluar.

Aifa, Syah, Aiman, Encik Safizul dan Puan Sofea sudah berada di dalam dewan sekolah. Begitu juga rakan-rakan Aifa bersama dengan ahli keluarga mereka. Semuanya tidak sabar mahu mengetahui keputusan masing-masing. Ada yang nervous. Ada yang teruja.

Apabila pengacara majlis mengumumkan bahawa terdapat 13 orang pelajar yang mendapat straight A, Aifa semakin berdebar. Dia risau jika dia bukan salah seorang daripada 13 orang itu.

12 nama sudah disebut. Semuanya terdiri daripada rakan sekelasnya. Fattah, Syahmi, Muaz, Adam, Irfan, Danial, Fira, Ika, Neera, Ida, Honey dan Sya. Kini, tinggal seorang lagi yang belum disebut.

"Dan untuk pelajar yang terakhir mendapat straight A, beliau bukan sekadar mendapat straight A namun telah berjaya mendapat A+ untuk semua subjek yang diambil. Dipersilakan, adik Nur Aifaazalyia binti Mohammad Safizul" warga dewan menepuk tangan dengan kuat dan ada beberapa mata memandang Aifa.

Aifa menekup mulutnya dengan tapak tangan dan matanya mula berair. Tidak dapat ditahan, air matanya mengalir deras di pipi.

"Congrats" sempat dia mendengar ucapan itu daripada Encik Safizul, Puan Sofea, Syah, Aiman, Ri, Syir, Honey dan Sya.

Dia naik ke pentas dengan perasaan gembira. Setelah mengambil gambar di pentas, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada tetamu jemputan yang menyampaikan buku Laporan Kemajuan Pelajar, sijil SPM dan cenderamata sebelum turun dari pentas.

* * * * *

"Abang nak pergi toilet jap. Adik tunggu sini tau! Jangan pergi mana-mana" suruh Syah. Dia terus melangkah menuju ke tandas mall yang berada di hujung tingkat itu.

Sudah dua tahun berlalu, Aifa telahpun menamatkan pelajarannya di Universiti. Namun, dia masih belum mencari kerja.

Sedang leka Aifa memerhati orang yang lalu-lalang di sekeliling, matanya terpandang Aiman bersama seorang perempuan. Kebetulan Aiman turut terpandang Aifa. Namun hanya sekilas sahaja.

Aiman kembali memandang perempuan yang bersamanya. Aiman bercakap sesuatu kepada perempuan itu. Kemudian mereka berdua bergelak ketawa. Perempuan itu menarik slingbag Aiman disertai bibirnya yang menguntum senyuman manis lalu mereka berdua beredar dari situ.

"Adik" panggil Syah yang baru sahaja tiba.

"Hm?" Aifa terus memandang abangnya. Dia terasa mahu menangis.

"What's wrong?" tanya Syah apabila melihat air muka adik kesayangannya itu berubah.

"Nothing. Jom balik" ajak Aifa lalu menarik tangan Syah. Syah hanya mengikut sahaja. Dia hairan melihat tingkah laku adiknya.

* * * * *

"Are you okay?" tanya Syah yang sedari tadi berada di muka pintu bilik Aifa.

Aifa tersentak. Dia memandang Syah lalu mengangguk kepala perlahan.

"Abang tahu adik tak okay" kata Syah lalu masuk ke dalam bilik Aifa. Dia duduk di birai katil.

"Tell me" suruh Syah.

"Masa dekat mall tadi, adik nampak Aiman" bagitahu Aifa.

"Then?" tanya Syah.

"Eh wait. Bukan sepatutnya adik keluar dengan Aiman ke? Tapi Aiman cakap dia busy. That's why adik ajak abang. But, kenapa dia ada dekat mall?" tanya Syah hairan.

"Adik nampak dia keluar berdua dengan seorang perempuan ni" bagitahu Aifa lagi.

"Siapa?" tanya Syah.

"Atul" jawab Aifa sepatah.

"Atul? Atul mana?" tanya Syah lagi.

"Perempuan yang satu batch korang tu" ujar Aifa.

"Yang kelas hujung tu? Yang gedik-gedik tu?" tanya Syah untuk kepastian.

Aifa mengangguk.

"Mungkin diorang ada kerja sekali kot" kata Syah ingin menenangkan hati Aifa.

"Diorang shopping. Gelak ketawa sama-sama. Nampak bahagia sangat" ujar Aifa sayu.

"Why not kalau adik tanya Aiman baik-baik. Mungkin diorang tak macam apa yang adik sangka. Tak baik tau buruk sangka. InsyaAllah takda apa pun tu" suruh Syah.

Aifa hanya mengangguk. Ya, dia akan berjumpa dengan Aiman dalam masa terdekat ini.

Setia MenantimuWhere stories live. Discover now