Part 17

49.9K 2.8K 560
                                    

"Siapa punya ni, awak? Cantiknya!" Helaian jubah dan abaya atas katil di angkat Daisha, tapak tangan meneliti sulaman yang kemas di bahagian lengan.

"Isteri Arash punya. Saya beli waktu kita dekat Madinah. Tak sempat nak bagi awak waktu kita dekat sana." Tepi kepala Daisha dikucup sebelum Arash menyarungkan baju tshirt berwarna biru gelap melepasi kepala.

"Kalau saya nak pakai sekarang, boleh ke? Ke awak rasa pelik..?" Pakaian yang dipakai Daisha sekarang serba ringkas. Seluar panjang dipadan dengan baju tshirt lengan panjang yang dibeli sewaktu keluar berdua dengan Kak Jiah dulu.

"Tukarlah, sayang. Bertambah cantik kalau awak pakai baju-baju macam ni. Saya pergi letak barang dalam bonet dulu."

Abaya berwarna coklat yang menarik perhatian dipilih Daisha, selendang yang disediakan sekali untuk dipadankan dengan abaya dililit kemas menutupi setiap helaian rambut. Lama Daisha meneliti perubahan daripada pemakaian dia yang tadi kepada pemakaian dia sekarang di cermin.

Baru sahaja Daisha hendak mengusung keluar bagasi kecil ke kereta, daun pintu terbuka semula, bertentang pandangan dengan suami yang sedang melangkah masuk semula ke bilik.

"Aduh, cantiknya, Sofea saya! Tak boleh betul lah. Sofea bagi saya duduk sekejap. Lemah kepala lutut." Arash menghela nafas sebaik sahaja tubuh terbaring atas katil. Senyuman tak lekang pada wajah.

"Awak ni! Over lah.." Daisha mendekati suami, paha Arash ditampar. "Saya bukannya cantik.."

"Siapa cakap? Pada saya, Sofea cantik sangat." Arash mengenyitkan mata pada si isteri.

"Mata yang cantik ni lah saya akan cari setiap pagi, mata yang terakhir saya akan pandang sebelum saya tidur. Hidung Sofea yang selalu berkerut setiap kali Sofea gelak, cantik sangat pada saya. Pipi Sofea, pipi yang selalu merah padam ni pun cantik juga. Bibir yang mengomel pagi tadi macam peluru waktu awak kejut saya Subuh pun cantik. Semua cantik pada saya. Pada orang lain, kisah apa. Berani-berani lah diaorang nak cakap isteri Arash tak cantik, nampak ni." Jari-jemari yang digenggam kemas membentuk penumbuk di angkat.

"Awak ni!" Tertawa Daisha pada ayat suami. Awalnya bagai serius, akhirnya entah melalut ke mana. "Cepatlah bangun. Nanti lambat sampai sana."

Duduk semula Arash atas katil, muka menggerimis bagai menahan sakit. "Aduh.."

"Kenapa..?"

"Sakit dada lah bila tengok isteri Arash cantik macam ni." Dagu Daisha dicuit Arash.

"Ish. Arash Zayden!" Tegur Daisha pada tingkah laku suami.

"Syahdu betul nama saya kalau awak sebut. Okey, okey, jom. Cantiklah bila Sofea pakai macam ni. Jaga aurat awak ye, cantik." Tangan mencuit lagi dagu Daisha buat kali kedua sebelum mencantumkan jari dengan jari isteri sambil meninggalkan bilik.

Pipi menantu dikucup Puan Rozi sambil mengelus-elus lengan Daisha. Tak puas rasanya nak merasa adanya menantu di rumah bila anak sudah dipanggil masuk semula. Nak tak nak, terpaksa lah dia lepaskan Daisha pergi. Tak kan nak paksa Daisha duduk dengan dia pula.

"Daisha jaga diri, sayang. Kalau Arash ada misi ke apa, Daisha baliklah ke rumah. Tak payah duduk sana seorang diri. Cakap je dekat ibu, nanti ibu dengan ayah datang ambil Daisha."

Tiba giliran Arash, lengan anak sulung ditampar kuat.

"Aduh!" Lengan yang ditampar diusap Arash.

"Kamu, Arash! Jaga Daisha elok-elok. Ingat ibu pesan apa. Daisha, kalau dia buat perangai, report dekat ibu. Tahulah ibu nak buat apa." Puan Rozi bersuara mengingatkan anak tentang tanggungjawab.

Her Protector  | ᥴWhere stories live. Discover now