"Mamat sewel?"
Ternaik seketika oktaf nada suaraku, dicuba untuk bangun daripada lecak sawah ini, namun badanku terjatuh semula dek lumpur yang lincin, terasa high heel aku semakin terbenam pada tanah becak ini,
" Arghhhh"
Jerit Aku sekuat hati, Geram! Terasa perasaan sebal semakin memuncak, mata aku semakin menikan tajam lelaki yang berdiri elok di hadapan Aku ini, langsung tidak sudi hulurkan tangan untuk membantu, ego sungguh! Padahal Aku terjatuh ini pun salah dirinya,
"It's all your fault! sebab awak saya jatuh dalam bendang busuk ni, habis baju saya kena lumpur!"
Aku mula menyalahkan dirinya, Aku lihat kening nya ternaik sedikit sebelum bibirnya mengukir senyuman yang cukup sinis, makin membara api kemarahan dalam hati Aku,
Sah! Dia sedang mengejek keadaan diriku sekarang,"Laa salah cheq pulak, hang tu serupa orang gila, duk lagutu tepi bendang, mai masuk dalam kampung pakai kasut serupa orang bandaq, hang cuba pakai akai, ada ka orang duk kat bendang pakai tumit tinggi? Padan la hang jatuh macam nangka busuk!"
Gila? Dia panggil Aku gila sedangkan dirinya yang sewel sekarang ini,
"Ehh saya takkan jatuh lah kalau awak tak sergah saya macam tuu, awak tu yang gila sekarang ni, main sergah orang tak kena tempat, I put all the blame on you!"
Dia ketawa mengekek, Tak guna, harap sahaja pemakain lelaki ini seperti hendak ke masjid, dengan songkok di atas kepala bagai, namun perangai mengalahkan syaitan!
Tahap kesabaran Aku sudah habis, dengan badan yang sudah comot dengan lumpur bendang, dengan lelaki di hadapan Aku ini yang ketawa dan tidak langsung sudi membantu Aku,
Aku lantas menangalkan high heel pada kaki kanan Aku, lalu dibaling ke arahnya,Cis, dia menghindar dengan mudah, lalu diambil high heel sebelah kiri Dan perbuatan sama aku lakukan, namun kali ini dia menangkap nya
"Uihh anak orang kaya rupanya, kasut pun jenama LV, patut perangai macam akai kat lutut"
Dia membelek-belek kasut Aku sebelum dengan rasa tidak bersalahnya, dibaling hinggakan ianya termasuk ke dalam reban ayam yang tidak jauh dari situ,
"Heii you dah melampau tahu tak?"
"Laa sapa suruh hang panggil aku sewel padan la muka hang, Yang hang ni pun, mai celah mana pun cheq tak tau, macam orang hulu jaa, duk tangkap gambaq serupa tak pernah tengok langit, macam kambing masuk kampung!"
Bidasnya pedas, berdesing telinga Aku, empangan air mata yang sedaya upaya ditahan akhirnya pecah, seumur hidup Adwa Naila tidak pernah dilayan sebergini, tidak pernah jatuh ke dalam bendang mahupun kasut dibaling ke dalam reban ayam kampung!
Ini sungguh memalukan!
"Ya Allah Zar hang buat apa dengan kawan adik hang?'
Zar memusing badan nya ke belakang, dilihat opahnya menghampiri dirinya dan perempuan asing yang sudah menangis tersedu-sedan ini, di samping opahnya ada kelibat adiknya, Dahlia Sumayyah, keluhan berat dihela, kopiah ditanggalkan dan rambutnya dikusut kasar, parah, ini kalau opah tahu apa yang sudah dilakukanya pada wanita ini, mau dilibas punggungnya dengan kain batik opahnya!
"laaaa Zar mana buat apa, tadi Zar dah nak pi masjid, pastu marka ni tiba-tiba jatuh dalam bendang, ni la Zar mai tengok, Zar sumpah memang tak buat apa aihh"
Zar cuba mempertahankan dirinya, bibir digigit perlahan, dilihat adiknya Dahlia cuba membantu wanita itu untuk bangun namun disebabkan tanah yang lincin, kedua-dua mereka akhirnya jatuh semula, ditepuk dahi perlahan,
YOU ARE READING
ZAR | COMPLETED
Storie d'amoreCOMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengapa dirinya menahan diri daripada mengeluh, kata-kata yang keluar dari bibir...