"BALIK awal pun belum tentu ada orang hargai," komen si majikan selamba menyindir. Kurang senang melihat pembantu kanannya tergesa-gesa mahu pulang.
"Mana you tahu? You bukan suami I," bidas Sueraya bersahaja. Pun begitu hati mula berdenyut sakit. Bagai tertusuk sembilu.
Mulut mampu menafikan. Kebenaran tetap tidak dapat ditutup.
"Humph!" Si majikan mendengus kasar. Bibir tercebik tidak puas hati.
Masih lagi nak berdalih. Lainlah kalau dia tak pernah nampak dengan mata kepala sendiri bagaimana layanan si suami terhadap pembantu kanannya itu. Berbulu mata ni memandang!
Sueraya tersenyum lebar melihat gelagat lelaki lembut yang duduk berhadapan dengannya. Majikan merangkap kawan baik sedari dia mula menjejakkan kaki di syarikat kecil lelaki itu lebih 2 tahun yang lalu.
"You bukan tak cantik. Muda. Bergetah lagi. Buat apa tunggu suami kayu macam tu?" Si majikan masih ingin mengutuk.
Bukan sekali si majikan menuntut dia meninggalkan suami sendiri. Suami yang dirasakan tidak membawa apa-apa makna di mata majikannya.
Sungguh tidak patut!Perkahwinan bukan semudah itu untuk dihancurkan. Berdosa besar seorang isteri yang menuntut penceraian tanpa sebab munasabah.
Dia tidak mahu menggegar tiang Arasy mengundang murka Sang Pencipta. Belum cukup berani.
"Dia tak pernah peduli pun tentang you. You ada ke tak ada ke, tak ada beza pun di mata dia. He never cared!"
"He's my husband, Sherry," tekan Sueraya tidak selesa bila si teman terus-terusan mengutuk suaminya.
"Suami? You tahu tak apa tanggungjawab seorang suami selain bagi nafkah pada isteri?" soal Sherry dengan mata yang sengaja dibuntangkan.
"Sher..."
"Seorang suami perlu tahu mengasihi you. Mencintai dan membahagiakan you. He should care about you," tekan Sherry geram.
Padanya lelaki seperti itu patut ditinggalkan sedari awal lagi. Tidak perlu membuang masa muda sahabatnya. Ramai lagi lelaki di luar sana boleh dipadankan dengan Sueraya. Wanita itu masih cantik bergetah.
"I balik dulu, Sher," tutur Sueraya meraih tas tangan di atas meja.
Lagi dilayan bicara si majikan, lagi bernanah telinga mendengar Sherry mengutuk suaminya. Lebih baik dia cepat-cepat angkat kaki.
"Nak lari la tu," tuduh Sherry memuncungkan bibir yang terpalit gincu merah darah. Penampilan mengalahkan wanita sebenar.
"I nak selamatkan telinga I," bidas Sueraya terus membuka langkah.
"Telinga tu you sayang sangat. Hati you macam mana?"
Bibir tersenyum kelat mendengar soalan si sahabat. Soalan yang membuat telinga terasa berdesing.
Hati? Mampukah diselamatkan lagi?Sudah terlewat untuk menyelamatkan hati yang sudah lama menjadi milik suami sendiri. Suami yang tidak pernah peduli.
Kaki terus melangkah meninggalkan syarikat. Pulang demi tugas seorang isteri. Menanti suami pulang setiap hari. Menjadi rutin selama 6 tahun bergelar isteri.
YOU ARE READING
MENCINTAIMU SEPANJANG NAFASKU
RomanceMENCINTAIMU SEPANJANG NAFASKU ============================ Jatuh cinta pada suami sendiri, salahkah? Mencintai seorang suami bukankah dituntut agama? Mustahil salah, bukan? Yang salahnya bila hati mengharap balasan yang sama. Mengharap pada suami y...