Mata dibuka. Apa yang Amanda nampak? Gelap. Kosong. Itulah yang Amanda rasa di saat dunia Amanda hancur akibat perbuatan kejam umat manusia. Keluarga? Itu sudah tentu. Itulah punca utama. Pasangan? Juga punca. Boleh dikatakan,orang terdekat adalah punca hidup Amanda hancur.
Musuh tidak perlu cakap. Orang takkan pernah puas hati dengan apa yang Amanda ada. Kebahagiaan dihancurkan akibat dendam,salah faham dan hasad dengki. Yang peliknya, macam mana Amanda boleh bertahan sehingga hari ni? Keluarga tidak pernah menganggap Amanda sebahagian daripada mereka.
Amanda bangun dari perbaringan. Kepala berdenyut kuat tapi demi kejayaan,Amanda tetap gagahkan diri. Amanda mengemas katil sebelum Amanda bersiap untuk ke kelas. Usai mandi, skincare dicapai,disapu dan diratakan pada wajah.
Beg galas yang berisi laptop Amanda galas. Jam menunjukkan tepat pukul 8:00 pagi,ada lebih kurang dalam setengah jam sebelum kelas bermula. Amanda singgah di kafe untuk sarapan.
"Sempat kut aku sarapan"
Pinggan kosong yang Amanda capai tadi,kini penuh dengan maknan. Tangan kiri pula memegang cawan yang berisi air. Dalam mencari meja kosong,kaki tersalah dalam mengatur langkah. Mata ditutup,reda dengan apa yang akan berlaku.
BAM!!
Makanan dan air tadi tumpah ke hadapan. Mata dibuka. Semua mata sedang tertacap pada Amanda. Muka bertukar menjadi merah. Malu! Apatah lagi kulit Amanda yang putih. Sungguh menampakkan perbezaan perubahan warna kulit Amanda.
Cepat-cepat Amanda kutip semula makanan yang tumpah itu. Buang. Amanda pergi ke kaunter semula. Memesan air kosong. Itu sajalah yang mampu setelah menghabiskan RM10 untuk makanan yang tumpah tadi. Duduk di meja yang agak jauh dari pandangan orang. Malu!
"Hmm..takpelah takde rezeki nak makan sedap harini", kata Amanda. Tanpa Amanda sedar,air mata mengalir. Cepat-cepat Amanda mengelapnya.
"Assalamualaikum dik. Ni ada nasi untuk awak. Takpe yang ni tak payah bayar,ada yang belanja", kata pelayan cafe sambil menghulurkan sebungkus nasi dalam bekas plastik.
"T- terima kasih kak"
Belum sempat Amanda bertanya siapa yang memberi,pelayan tadi terus masuk ke dalam kafe untuk melayan pelanggan yang lain.
"Siapa yang bagi ni? Takpelah rezeki jangan ditolak".
Ⓘ︎Ⓜ︎Ⓐ︎Ⓝ︎Ⓐ︎Ⓜ︎Ⓐ︎Ⓝ︎Ⓓ︎Ⓐ︎
Jam menunjukkan hampir pukul 3:00 petang. Pintu bilik dikuak perlahan. Sunyi. Badan dihempas kan ke katil. Penat. Katil yang sebelumnya tidak lah begitu selesa tiba-tiba menjadi selesa apabila badan kepenatan.
Tidak sampai beberapa minit, Iman masuk ke alam mimpi.
"TOK TOK"
"Assalamualaikum,man? Lah,tidur ke? Takpelah", dalam berura-ura untuk keluar tetiba ada satu suara kedengaran.
"Kenapa Izz? Sorry,aku penat sangat. Ada apa kau datang?"
"Takde apa,saja datang. Eh! Aku nak bagi tahu kau ni. Aku balik rumah mak aku tau Jumaat ni. Kau balik tak?"
Iman yang tadinya baring,mengubah posisinya kepada duduk. Iman diam seketika. Rumah? Perlu ke aku balik? Lama jugak aku tak balik. Fikiran Iman berbicara.
"Man! Kau dengar tak ni? Termenung pula kau", lamunan Iman terhenti. Wajah bersih Izz dipandang lama.
"Entah lah,aku rasa aku tak balik kot. Malaslah",belakang tengkuk digosok perlahan.
YOU ARE READING
Cinta Yang Diredai
Short StoryCinta Yang Diredai Hadirnya Iman Zackry dalam hidup Tyz Amanda Han yang merubah hampir 70% hidupnya. Daripada lalai dengan dunia kepada seorang perempuan yang mengejar akhirat. Namun,setelah beberapa tahun bersahabat, sesuatu telah merosakkan...