Dua minggu berlalu, final exam Amanda dan Iman berjalan dengan lancar. Pada hari itu pihak universiti mengadakan majlis prom night bagi menghargai pelajar-pelajar sem akhir. Selepas maghrib,Amanda bersiap untuk menghadiri majlis tersebut.
Malam itu,Amanda mengenakan dress dan shawl berwarna brown. Dress yang dikenakan labuh sehingga menutupi buku lali dan shawl menutupi bahagian dada. Solekan nipis yang dikenakan menambahkan lagi keayuannya.
Ramai pelajar yang hanya berjalan kaki menuju ke dewan universiti termasuklah Amanda. Rumahnya dengan universiti tidaklah jauh mana. Dalam perjalanan,tiba-tiba sebuah kereta BMW berhenti menghalang jalan Amanda.
Hal itu membuatkan dahi Amanda berkerut.
"Ish! Kenapa kereta ni", gumam Amanda sendiri.
Tingkap diturunkan dan apa yang membuatkan Amanda semakin berang, wajah Iman yang menyambutnya.
"Naik!", arahnya ringkas.
"Taknaklah,dah nak sampai dah. Manda jalan kaki je", dia lagi rela jalan kaki daripada satu kereta dengan Iman.
"Kau nak masuk sendiri atau aku yang masukkan kau dalam kereta? Aku kira sampai tiga je kalau tak aku angkat kau", ugutan Iman membuatkan Amanda sedikit gentar.
Amanda masih tercegat dan terpinga-pinga. Iman tanpa basa basi memulakan kiraan.
" Amanda Han! Aku kira sampai tiga! Satu! " suara Iman naik seoktaf.
Amanda yang risau bakal diangkat oleh Iman, cepat-cepat masuk ke kereta dan duduk dibahagian penumpang. Wajah cemberut Amanda mewakili perasaannya yang tidak puas hati dengan Iman.
Amanda menyandar pada tempat duduk. Wajah hanya dihalakan ke hadapan dengan bibir merah yang sedikit muncung. Iman yang memandangnya tergelak kecil. Sikap Amanda seakan-akan budak kecil.
Hati Iman menjadi tidak tentu arah melihat kecantikan Amanda,namun dia mengawal ekspresi wajahnya. Kereta dipandu menuju ke dewan sehingga selesai diparkir.
"Tunggu dalam ni", arah Iman. Amanda yang terpinga-pinga hanya melihat tingkah laku Iman. Dia menuju ke bahagian Amanda lalu pintu dibuka dari luar.
"Turunlah", Iman menghadiahkan senyuman manis kepada Amanda,senyuman yang tidak semua orang akan dapat bahkan ahli keluarganya sendiri.
Mereka menuju ke dewan bersama-sama. Iman juga mengenakan baju kemeja brown berserta blazer hitam. Mereka sedondon di majlis itu.
Setibanya di hadapan dewan, mata-mata yang berada disitu tertumpu kepada mereka. Mana tidaknya, Iman seorang pelajar yang terkenal dan Amanda pula hanyalah pelajar biasa. Sudah tentu semua orang terpana melihat mereka hadir berdua.
“ Iman.. Manda gugup lah”, Amanda memandang Iman sambil matanya berair.
“Hey..janganlah nangis,takde apa lah..diorang tengok kau sebab kau cantik. Jangan nangis,kau dah make up nanti make up kau rosak macam mana?” Iman menghulurkan tisu kepada Amanda.
Mereka meneruskan langkah ke meja masing-masing. Susunan meja mereka memisahkan antara lelaki dan perempuan. Pelajar perempuan di sebelah kiri manakala pelajar lelaki di sebelah kanan dan ditengah-tengah laluan tersebut dibentangkan karpet merah.
Dewan tersebut kelihatan sangat gah sesuai dengan tema mereka iaitu glamor . Walaupun meja mereka dipisahkan. Iman dan Amanda masih lagi duduk bertentangan.
YOU ARE READING
Cinta Yang Diredai
Short StoryCinta Yang Diredai Hadirnya Iman Zackry dalam hidup Tyz Amanda Han yang merubah hampir 70% hidupnya. Daripada lalai dengan dunia kepada seorang perempuan yang mengejar akhirat. Namun,setelah beberapa tahun bersahabat, sesuatu telah merosakkan...