Bab 2

292 18 2
                                    

Betapa tekadnya seorang Safaraz hingga segalanya berjalan dengan sangat lancar dan sepantas kilat, luar daripada jangkaan aku. Majlis yang tidak terlalu besar. Betul-betul selesaikan apa yang perlu dan wajib sahaja dahulu. Begitu sekali dia ingin mengikat aku. Secepatnya. Seperti yang pernah dia katakan.

Namun dia menjanjikan sebuah majlis persandingan yang gah pada aku. Tetapi siapa peduli dengan janji itu?

Segala urusan yang berkaitan dengan urusan perkahwinan kami berdua sepenuhnya diuruskan oleh orang-orang Faraz dan orang-orang datuk sendiri. Kursus kahwin sudah aku hadir bersama Luth dahulu. Luth juga ditemani oleh Faraz. Kata Luth mana tahu nanti giliran Faraz pula yang menyusul sementelah umur lelaki itu juga bukannya makin muda malah semakin meningkat usia.

Lawak sekali. Langsung tak pernah aku sangka bahawa pengantin lelaki aku akan bertukar begitu saja. Tahu-tahu saja aku kini telah berada di dalam bilik bersama lelaki yang baru beberapa jam bergelar suami. Bilik juga langsung tiada rupa macam bilik pengantin. Nampak sangat kehadiran aku sebagai seorang isteri tidak disambut dan ikatan perkahwinan yang suci tidak dirai.

"Siap." Hanya sepatah saja perkataan yang keluar dari bibir itu. Bibir yang jarang sekali mengukirkan senyuman.

Pertama kali berbicara dengan aku selepas kami sah bergelar suami isteri, itu perkataan pertama yang keluar dari bibirnya. Perkataan yang merupakan satu arahan. Langsung tidak meminta pendapat atau persetujuan aku walau sedikit pun. Jelas sekali bahawa persetujuan aku bukanlah satu keutamaan bagi dia.

"Siap untuk apa?"

Faraz tidak terus menjawab pertanyaan aku sebaliknya satu senyuman sinis dia ukir terlebih dahulu.

Senyum buat sejukkan hati orang tak mahu, senyum untuk sakitkan hati orang mahu pula. Huh!

"Ikut aku balik ke rumah bujang akulah. Ini rumah bapak aku. Tak akan kita nak honeymoon dekat sini, sayang?"

Jijik.

Oh, apa yang aku harapkan? Dia jawab baik-baik? Sudah aku agak hanya jawapan sinis yang akan aku terima.

"Boleh tak kita balik esok aje? Saya penatlah, Faraz."

Ironinya aku masih berdaya untuk bertutur dengan baik. Penuh sopan selayaknya seorang isteri berbicara dengan suaminya. Entah dari mana aku dapat kesabaran seperti itu pun aku tidak pasti.

"Habis kau ingat aku tak penat? Cepat kemas! Esok aku ada kerja dekat ofis."

Masih dapat aku agak, mustahil Faraz akan berbicara lembut denganku.

Nampak sangat tak rela berkahwin. Sehingga cuti kahwin pun langsung dia tak ambil. Lantak dialah. Dia itu bos. Aku ini pula kuli saja. Berbeza dengan dia, akan aku manfaatkan cuti kahwin aku sehabis baik. Aku ingin berehat sepuas-puasnya meskipun hanya di rumah. lagi bagus jika dia pergi kerja dan biarkan aku sendiri.

"Esok aku bawa kau kutip semua barang-barang kau yang tinggal dekat rumah kau tu."

"Apa?"

"Kenapa? Kau ingat aku nak bagi kau duduk asing dengan aku ke? Kau dah lupa ke tujuan aku kahwin dengan kau? Atau kau buat-buat lupa?"

Riak muka mengejek masih tidak luntur dari wajahnya. Sungguh menyakitkan hati. Ingin sekali aku cekik makhluk di hadapan aku ini. Mulut itu ingin aku siat-siat. Wajah itu ingin aku toreh-toreh dengan pisau.

"Kau jangan berangan aku nak biarkan kau tinggal berasingan dengan aku. Dalam mimpi pun aku tak akan izinkan. Kau kena tinggal bawah satu bumbung dengan aku. Kita akan tidur atas satu katil yang sama, berkongsi selimut yang sama dan makan di meja yang sama. Setiap hari kau perlu rasa terseksa untuk hadap aku, suami kau sendiri."

Akadku NamamuWhere stories live. Discover now