2🌟

21 11 3
                                    

Sumpah tiber kalau aku tiba-tiba dekat dengan dia. Risiko banyak. Nanti mula la hakak-hakak senior tengok aku tak puas hati.

Almaklumlah. Junior minat abang-abang ni anti sikit. Tambah-tambah kalau terminat pakwe sehati sejiwa till jahanam tu.

Tiada unsur-unsur perli eh.

Haih. Susah. Padah ada crush.

Aku mengeluh. Kepala diletakkan di atas meja belajarku. Sekarang hujung minggu, agak bosan berada di rumah.

Aku memejam mata. Memikirkan rancangan nak dekat dengan crush.

Tiba-tiba aku mengangkat kepala apabila muncul idea bernas di benak kepalaku.

Ahah!

Buku nota dirak buku aku gapai.

Tangan mula menari diatas buku itu. Senyuman di bibirku tidak lekang semenjak tadi.

Kali ini baik punya plan.

Setelah selesai, aku mengangkat buku itu tinggi-tinggi. Aku sorak gembira.

-

Okay line clear.

Bagai pelisik aku berlari pergi ke meja Yusuf. Bekal makanan di tangan sudah selamat berada di bawah meja Yusuf.

Bekal plastik ja. Kitonyo tak mampu nak bagi tuppeware.

Sticky note berwarna pink dilekat cantik diatas bekal.

Ikhlas dari hati yang paling dalam. Dengan penuh rasa kasih sayang saya buatkan sandwich ni untuk awak.
-secret admire

Aku senyum sendiri. Harap dia suka.

Aku melihat kiri dan kanan. Takut-takut ada orang memerhati. Sanggup aku gerak awal ke sekolah hari ini semata-mata nak letak bekal ni.

Jadi. Yusuf Irshad tolong hargai sikit usaha aku ni.

Aku mula keluar dari kelas Yusuf. Berlari laju bergerak ke kelasku. Agak jauh.

Sebabnya kelas Yusuf berada di block B. Yeah memang blok sebelah-menyebelah.

Tapi jarak block B nak ke block C agak jauh. Alkisahnya block C terletak di nun sana. Megah juga la setiap hari nak ke kelas.

Selepas saja punggung selamat duduk di kerusi. Aku menggambil botol air. Teguk air bagai tiada hari esok.

"Woi! Assalamualaikum bakal ahli kubur! Penat nampak." Adelia memegang kedua bahu aku dengan kuat.

Alamatnya tersembur keluar air yang berada di dalam mulutku.

"Eee pengotor la kau ni." Adelia mula menjauh. Muka jijik terpampar di mukanya.

Aku mengambil tisu di bawah meja rakan sebelahku. Tauke tisu. Segala jenis tisu dia ada. Mintak ja.

Selesai lap air semburan aku tadi, mataku terus menikam tajam mata Adelia.

"Kau la! Buat terkejut orang je." Aku menjeling sedas. Ha ambil.

Adelia sengih kerang busuk.

"Ampunkan patik. Niat patik nak bergurau saja."

Aku menjulingkan mataku ke atas. Apa-apa saja la.

484 HARIWhere stories live. Discover now